Tuesday, December 15, 2009

Dis 15

Selasa - pagi ni tak sempat nak pi kebun. Jap lagi nak gi Rawang....nak cari kain untuk pakaian sekolah anak yang sorang tu...tahun depan ting 2. Sementara nak keluar ni, buatla update kat blog ni sambil tinjau-tinjau berita semasa dan email masuk. Dalam pada itu setting pulak untuk buat broadcasting 3 Jan nanti masa pendaftaran asrama...rujuk http://asramasm3kb.blogspot.com Pukul 9.30 ke stesen komuter KKB menuju ke Rawang. Kat Rawang singgah le tandas dalam kawasan stesen ...kena bayar la pulak..walaupun 20 sen .. (dulu free) tapi keadaan macam free...berbau, pintu berconteng macam ni ..(bahagian yang tidak patut dilihat telah dikelabuasapkan..dan ini ..
Bila ditanya rupa-rupanya tauke (yang dapat kontrak) tu orang KTM juga. Kalau dah tak terjaga buat apa diswastakan. Pusing-pusing Rawang - beli kain, pi Mydin...selesai 1.45...dari Rawang ke KKB ambil masa 30 mint...sampai ke rumah 3 ptg. Petang ni rasanya nak rehat-rehat je..cuaca macam nak hujan....kalau tidak ke kebun la pulak!!!

No comments:

Post a Comment