Saturday, December 19, 2009

Dis 19

Sabtu....tak menentu. Belum ada planning apa-apa. Awal pagi ni dah ready nak masuk kebun sejam dua....Hujan turun renyai-renyai. Dalam cuaca separa sejuk, peluh pun tak nak keluar. Mood nak kerjakan kebun pun tak berapa nak ada. Tapi sempatlah juga bawa pisang setandan, raut batang daun kelapa buat penyapu (salah satu perusahaan yang akan dibuka lepas pencen nanti..he he) dan cangkul mencangkul sana sini. Masuk dah jam 9 lebih. Lepas tu mengadak NB sampai ke malam,,,nak siapkan 2 perkara - Fail Meja GPB dan JK ICT 2010. Tinggal 20% je lagi sebab bahan rujukan ada kat sekolah. So...sambil Sehati Berdansa-Merlin-ModelMe-Kerana Lidahnya dan akhir sekali menlangut kat Hallmark...masuk tidur 1.30 pagi. Ana ingat ongumah ana tengok peksa kertas rupanya dah lelap awal-awal lagi.

No comments:

Post a Comment