Tuesday, December 1, 2009

Disember already

Dah masuk bulan Disember..akhir bulan tahun 2009. Rasanya tak banyak perubahan yang berlaku...ya la dari segi kekayaan. Tapi apapun alhamdullillah tak la seteruk mana sangat. Tahun 2010 nanti tak tau le pulak....dengan ekonomi yang tak menentu....gaji pun pun kena tempiasnya. Anyway kena usaha cara lain juga untuk perbaiki diri. Kena libatkan dalam bisnes yang tak pakai modal besar....ada ka? Hari ni pun ke sekolah juga buat kerja yang tak berbayar. Tapi rezeki datang dalam bentuk lain la pulak kan. Tak sakit demam sampai perlu bayar jumpa doktor, kereta tak meragam sampai kena bayar pada mekanik. Hutang piutang pun sikit-sikit boleh dibayar, bil-bil pun semua dapat dibereskan, tak la sampai nak kena potong semuanya. Kira boleh bertahan la lagi. Tapikan....tak lama macam ni...hujung minggu ni nak ke KL- minyak kereta kena isi mau habis RM80.00 (pakai kad kredit je - bayar RM4.00 sebulan). Minggu depan pulak ponnu cek dah ajak pi D'Muara Sg Hj Dorani. Kena spare juga duitnya belanja makan minum. Akhir-akhir bulan ni nak siapkan peralatan anak sekolah, bayar yuran kolej dll. Tak pa kad kredit ada....kad plastik yang selama ni jadi penyelamat. Itulah putaran ekonomi persendirian cek....keluar pagi balik petang...dapat gaji bayar hutang. Itulah seronoknya kehidupan...dulu, kini dan selamanya.

No comments:

Post a Comment