Friday, December 11, 2009

Final day D'Purnama

Hari ni Jumaat dah...pagi masih di Pangkor. Sesi kursus utama dah selesai cuma peserta je ada sesi perbincangan lanjut sampai majlis penutup jam 9.30 pagi. Check out dalam jam 11.30 ....insyaAllah sampai tanah besar jam 12 lebih. Cadangan asal nak singgah rumah bekas murid X-SM3KBian di Simpang Pulai...dia pulak nak ke Teluk Intan. Cadangan asal daripada ni nak pergi ke BNO di Sungai Besar...jadi balik ni nak singgah ke tidak belum dipastikan. Teringat pula kat Thurai..esok reception kat Sepang...hari ni dia ada kat mana ye? Kalau ada di Kuala Selangor boleh juga singgah jumpa dia. Buat masa ni tengah relax2...tunggu masa nak beredar dari Purnama Beach Resort ni. Kalau resort ni dekat pantai lain ceritanya...boleh juga jalan2 ambil angin ka, exercise ke. Ni sikit pemandangan tepi pantai Teluk Nipah...berjalan petang semalam...
Kini jam 10.00 ..berada dalam sesi majlis penutup kursus....Semuanya selesai jam 10.30 pagi. Lepas minum terus bersiap untuk pulang...tak ada makan tengahhari. Pukul 11.00 pagi dah bergerak ke jeti....dalam pukul 11.30 dah ada kat tanah besar....orang Pangkor kata semenanjung juga. Dari Lumut menghala ke Sungai Besar....sempat berhenti lunch...tujuan ke sana nak cari kain kat ARKED MAN...tutup la pulak..hari Jumaat. Dapat call dari anak di KL kata nak ke KKB....tukarla plan...terus menghala ke KL...hari masih awal...tak duduk lama terus balik ke KKB...sampai baru masuk waktu Maghrib. Keluar semula makan malam...balik tengok tv sambil tv balik sebab mata dah tak tahan ..terus masuk TIDUR.

No comments:

Post a Comment