Monday, December 21, 2009

Dis 21

Isnin - nak kena ke sekolah hari ini. Buku Pengurusan 2010 perlu disettle. Ada bahan yang belum dimasukkan. Sebelum ke sekolah, ke stesen komuter hantar anak lelaki balik KL. Lepas tu terus ke sekolah dan mula kerja - susun atur dan edit sedikit sebanyak....tapi bila ditengok balik banyak nak kena edit. Sampai pukul 2.30 dah tak tahan..balik makan dan sambung kerja kat rumah ...ingat boleh selesai sebelum tengah malam...rupa-rupanya carta-carta kena buat semula..tak boleh pakai cut n paster sebab format berlainan. Dah selalu macam ni....setting orang lain buat dalam fail bersepah-sepah...dah jadi tak teratur baru diserah kepada ana untuk selesaikan..dalam masa 24 jam. Tapi itulah trill dalam kerja ni. kalau ana kata tak nak baut atau tak tau nak buat....agaknya apa akan jadi ye. Tak kisah la..ni sebahagian daripada kerja ....hasil kerja tangan ana juga jadi akhirnya. So be it...!!!Dah lewat 2.30 pagi baru rasa nak masuk tidur...bahan baru 1/2 siap. Esok pagi kena sambung, petang kena cetak. Noktah.

No comments:

Post a Comment