Monday, December 14, 2009

Dis 14

Isnin....masih cuti tapi hati masih ingat kat sekolah. Bukan apa ada kerja yang terlintas nak buat di sekolah...tapi bila dah berada di sana lain kerja pula yang dibuat. Tak kisah la....teringat buat le. So..pagi ni awal-awal lagi lagi (pukul 7.30 awal le tu) dah ke kebun...target sampai jam 9.00..pastu nak ke sekolah. Masuk terlebih 15 minit...sarapan...sementara tunggu peluh kering..buka net jap. Update fotopages kursus yang dijalankan ...boleh tengok kat http://fasilitator.fotopages.com . Sempat upload 2 sesi - Pangkor & Cameron. Tengok jam dah 10.30 pagi. Dalam pada tu ada pulak yang telepon nak jumpa..elok sangatla tu. Kalau tak kerana tu,...rasanya dah malas pulak nak keluar rumah. Elok jam 11.00 gi le jumpa insan tu...bukan apanya dia nak pakai wang .. business kecik-kecik - ada barang nak keluar dari kilang nak gi hantar ke UPSI- katanya. Kalau ada berlebihan bolehla nak bantu...tapi nak buatcamne...duit kat bank tu memang banyak..tapi orang lain punya. Hak sendiri cukup-cukup untuk bayar hutang. Lepas tu terus ke sekolah...seperti yang dikatakan tadi....hajat hati nak kemaskini butiran peralatan ICT...bahan untuk dirujuk tak ada pulak. Habisnya ada pulak minta senarai guru untuk 2010...jadi siapkan yang itu....sambil-sambil selesaikan beberapa operasi online. jam 2 dah balik ke rumah. Dalam cuaca panas 2-3 hari ni,tetiba hujan lebat..siap angin kencang...tapi tak lama 40 minit je...kini dah senyap sunyi semula...ni mesti tempias hujan ribut dari mana-mana ni. Kira duduk kat KKB (kiri kanan bukit) terselamat la sikit dari kena hujan pantai timur. Tetapi yang merungsingkan sekarang ni masalah gempa bumi. Kesannya dah terasa kat Malaysia n. Ikut anggaran 100 tahun lagi, seluruh Malaysia akan terkesan dengan gempa bumi. Yang dikuatirkan ampangan selangor tu....maka akan berulang la sejarah...Kuala Kubu tenggelam tahun 2083. Taman Ampang Pecah akan jadi lepas tu Taman 2 Kali Ampang Pecah la pulak!!!

No comments:

Post a Comment