Thursday, December 3, 2009

3 Disember

Pagi ni tak kemana....housekeeping NB baru...transfer semua doc dari NB lama ke NB baru...selesai dalam 4 jam. Lepas makan tgh...pelik rasanya...minggu ni patutnya kena pi hospital buat checkup...minggu ni la banyak pula makannya. Makin berselara makan...sebenarnya perut rasa makin lapar tak tentu hala. Lepas zohor baru temankan ponnu cek ke sekolah...hari ni bebudak semalam tu ambil kertas geog. Dalam pada itu pemasangan PC baru untuk asrama oleh syarikat pembekal selesai jam 4.00 ptg. Dalam pada itu Pengetua minta buat draf BENDERA SEKOLAH...ya bendera sekolah yang dah lama tak ada ..tak la lama sangat dalam 20 tahun tak ada bendera. Ada satu helai tahun 70an ...dijumpai tahun lepas 2008 dah hilang tahun 2009. Jadi selaras dengan perubahan yang nak dibuat tahun 2010 - VISI baru, MISI baru, PIAGAM baru, semuanya nak baru belaka ...jadi bendera sekolah pun nak baru. Semalam pun permintaan buat kulit buku perancangan strategik pun tak dapat lagi. Baru sempat buat kemas data sikit, dah time balik. Malam ni baru dapat selesaikan dua-dua kerja sekali harung. Lepas ni nak tengok CHUCK...pastu TIDUR! Esok ada jaga SPM lagi...PSV kertas 2. So..DA DA untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment