Wednesday, December 2, 2009

Dis 2

Pagi tadi sampai petang SPM kertas Sains 1 & 2 (pagi) dan PSV 1 (ptg). Kedua-dua sesi calon berlumba-lumba nak keluar awal...dulu masa kami ambil periksa berlumba-lumba nak minta kertas tambahan...tapi budak sekarang lain pot. Tak kisah la....lulus ke tak lulus zaman sekarang bukan kisah sangat kot. Ramai juga lulusan U yang tak ada kerja...dah tu camne? Balik petang tadi terus tangkap leleh sampai 6ptg. Lepas Isyak ni ponnu cek ajak teman pi asrama..ada diskusi dengan anak didik dia..esok paper Geografi manusia. Last tip untuk depa gamaknya. Dari pemerhatian cek, tak semua bagi tumpuan (13 semuanya - 4-5 je yang nampak serius bagi perhatian. Ada yang nampak macam tak suka je...ada yang mcm tak kisah). Biasa le kan ...bukan atas kemahuan sendiri mana nak bagi komitmen. Petang tadi juga dapat berita dari PPD Sabak Bernam..kursus bina blog akan diadakan di Purnama Beach Pangkor 9-11 Disember. Yang tinggalkan pesan namanya Farihan...ingatkan macam Farihan KISAS...so hantar le SMs tanya kabar. Bila dia call balik rupanya pompuan...ada juga ye Farihan (L) dan (P). Lain kali kena tengok nama penuh bin ke binti. Biasala Nurizan pun ada bin dan binti....Nooraini pun gitu...dulu kat sekolah ni laki bini nama Nooraini. Tapi yang laki dah meninggalkan ..accident...vespa dia langgar lori masa balik dari Shah Alam ke KKB. Bininya dah kahwin semula..dengan x-boyfriend kat kampung asalnya...yang bujang terlajak dengar khabarnya. Tak kisah le asalkan bahagia. Ni sampai pukul berapa nak duduk kat sini tak tau le lagi...cek tak kisah janji boleh netting. ..pakai broadband..NB baru...saja je nak cuba try test. ....Cau Cin Cau.!!!

No comments:

Post a Comment