Monday, March 15, 2010
Mac 15
Isnin - Hari ni dah mula cuti seminggu. Nasib baik tak ada orang nak jumpa...yang dah set pun tak call up....Ra confim batal..mungkin datang hari Khamis. Calon PHD UKM pun tak call semula untuk confirm buat temuramah...Bayutirnik confirm sampai bangunan baru siap. Jadi sepanjang hari memerap kat rumah je. Malam ni je ada mesy JKKK ..9.30 mlm. Sebelum tu ada banyak masa nak update blog..sambil tengok sesi Parlimen live kat RTM1. Sampai ke petang bawa ke malam...menghadap nb dan tv je. Hujan kat keluar pun tak henti-henti dari awal petang sampai ke malam. Lepas Isyak ke Balai Raya Tmn Bukit Bujang - mesyuarat pertama JKKK Ampang Pecah...nak ambil alih tugas selaku Setiausaha. Habis pukul 12.30....mak ai...mesyuarat isu negara tu!!!!
Sunday, March 14, 2010
Mac 14
Ahad - Kenduri day .. Hari ni ada dua jemputan. Mulai 1.320 berada di Taman Pesara, anak Cikgu Raja Karim - Raja Khairun Nisa
Tak dapat nak ambil gambar bersama pasangan sebab bergegas pula ke Kg Soeharto. Bekas pelajar SM3KB juga kedua2nya. Di sana ongumah jumpa rakan sekelas tahun 1979,,anak murid ana juga la tu.
Yang baju merah tu Nurizan Wahab dan adik dia Nordin Wahab (1980). Yang berkahwin tu rupa2nya adik dia Norsuhaila Wahab.
Selama bersekolah dia tak cerita cakap pun kakaknya sm3kbian. Masa dalam perjalanan ke Kg Soeharto tu ada satu perkara yang berlaku.
Ada satu isu negara yang nak dibawa ketengah. Kalau di jalan raya, kereta bomba, polis atau ambulan , kita sedia maklum kena beri laluan. Sejak bila kereta berlampu kuning mendapat keistimewaan ini. Tadi semasa di trafic light Tanjung Malim ada satu van berlampu kuning ..hon hon minta beri laluan. Kereta apa? Kereta bawa keranda orang India. Berlagak betul ..ingat dengan lampu kuning tu dia istimewa ka apa. Bukan nak ke mana pun..tergesa-gesa semacam je..Ana tak bagi laluan pun..tu yang bising menghon2. Lepas trafik light ana bagi je dia potong ..sami yang duduk depan tu jeling semacam...ana peduli apa...tak sampai 1 km ana nampak kereta tu nerhenti tepi jalan ..buat apa tau? ambil pokok pisang !!! Ni tengah nak tanya-tanya sapa yang tahu - jpj ka, pdrm ka, nak jawab persoalan ana ni. Sampai ke Kg Soeharto dah dekat jam .230 ptg. Habis makan-makan, sembang-sembang, ana pun bergerak balik ke rumah..sampai 4.15 ptg...ngam-ngam masa nak solat zohor...tunggu sekejap solat asar. Baru nak menghadap NB, kena hantar anak ke stesen komuter. Dari petang tu sampai malam tengok TV je...sampai TIDUR.
Ada satu isu negara yang nak dibawa ketengah. Kalau di jalan raya, kereta bomba, polis atau ambulan , kita sedia maklum kena beri laluan. Sejak bila kereta berlampu kuning mendapat keistimewaan ini. Tadi semasa di trafic light Tanjung Malim ada satu van berlampu kuning ..hon hon minta beri laluan. Kereta apa? Kereta bawa keranda orang India. Berlagak betul ..ingat dengan lampu kuning tu dia istimewa ka apa. Bukan nak ke mana pun..tergesa-gesa semacam je..Ana tak bagi laluan pun..tu yang bising menghon2. Lepas trafik light ana bagi je dia potong ..sami yang duduk depan tu jeling semacam...ana peduli apa...tak sampai 1 km ana nampak kereta tu nerhenti tepi jalan ..buat apa tau? ambil pokok pisang !!! Ni tengah nak tanya-tanya sapa yang tahu - jpj ka, pdrm ka, nak jawab persoalan ana ni. Sampai ke Kg Soeharto dah dekat jam .230 ptg. Habis makan-makan, sembang-sembang, ana pun bergerak balik ke rumah..sampai 4.15 ptg...ngam-ngam masa nak solat zohor...tunggu sekejap solat asar. Baru nak menghadap NB, kena hantar anak ke stesen komuter. Dari petang tu sampai malam tengok TV je...sampai TIDUR.
Saturday, March 13, 2010
Mac 13
Sabtu - Kesakitan semakin kurang terasa. Baru makan 4 biji makjun Perak...belum try makjun Kedah. Apa pun memang ada kelainannya. Hari ni pula banyak program ni...mulai jam 12 - ke kenduri kahwin di Rasa...terus ke kenduri kahwin di Cheras...lepas tu ke Kg Baru (atau terus ke Klang)...ada kenduri tahlil. Semalam ada orang call cakap ana ada hantar borang selidik pasal susu apa tah. Katanya ada menag hadiah saguhati voucher nilai RM300 ..depa ada kat TESCO Klang. So kebetulan dah nak turun KL, ana confim akan pi sana hari ni. Tengok la apa hasilnya. 12.30 keluar dari rumah menghala ke rumah pertama di Rasa...Ini la pengantinnya
Dekat jam 1.15, bergerak ke KL. Hajat nak ke Cheras tapi dek trafik jem...pukul 3 masih ada kat Jaln Ipoh...makanya tak jadi le ke Cheras. Pasti jalan jem..sampai kat rumah kenduri jam 4 ptg..orang dah nak berkemas..lagipun kenduri dibuat di balai raya..tentu tak boleh lewat2..kalau buat kat rumah sampaio jam 5 pun masih ada belen makanan untuk dijamah. Jadinya ana terus je ke Kg Baru..sempat juga baring 1-2 jam sebelum asar. Lepas asar ada tahlil pula. Selesai bab tu dah pukul 7 mlm. Pergi juga ke TESCO Klang. Nak dapat susu !!!. Sampai ke sana dah jam 8.30 mlm. Bergegas ke gerai yang dimaksudkan. Tak nampak pun susunya..yang ada TV je tayang ladang ternak lembu. Dibagi bornag suruh isi untuk dapatkan baucer RM300 - buat SPA. Mak ai!!! satu lagi marketing strategi nak kenakan pengguna. Lepas beri sepatah dua kata kat salesman di situ. ana pun blah...pergi beli belah kat TESCO...habis RM352.00 - carik kad je. Balik sampai rumah 12.30 mlm..tidur 1.00 pagi !!!
Friday, March 12, 2010
Mac 12
Jumaat - Hari ini pula ada program jam 7.30 pagi. Bukan program ana tapi diminta tolong handle alat ICT oleh ongumah ana. Sampai 9 pagi.... tapi sebab tak fokus dalam inhouse ni, boleh la update kat sini, semak email dan apa yang boleh dibuat kat bilik mesyuarat ni. Selesai tu duduk kat dalam bilik pulak. Nak kena siapkan semua kerja rutin...esp Buku Rekod Mengajar sebelum 12.30. 2-3 hari ni dah mula sakit belakang (sakit pinggang?) ..tak pasti yang mana satu yang betul. Apa pun lepas bangun dari duduk tak boleh nak tegakkan badan...terasa cucuk-cucuk kat belakang bahagian bawah badan. Kalau berbaring pun tak boleh mengiring ke kanan..sekali sekali terasa sakit kat tempat yang sama tak semena-mena. Lepas solat Jumaat nak kena pi mesyurat lagi..kali ni JK Pelaksana Kejohanan Merentas Desa Peirngkat Kebangsaan. Hulu Selangor jadi tuan rumah kejohanan, SM3KB jadi pengerugi pelaksana. Sebelum pi tu telan 2 biji makjun kuat...buatan Tanjung Piandang,Perak. Nak cerita sikit pasal makjun ni.Rasanya susah nak dapat kat kedai-kedai biasa. Stok yang ada ni pun ana beli masa kat Tangkak tahun 2005 dulu..masa anak ketiga ana belajar kat matrikulasi Tangkak. Ana beli 2 paket. Biasanya dijual kat gerai-gerai tepi jalan atau kedai makan yang tak hebat2 mana pun. Pernah ana makan 4 biji tahun 1990an dulu...ok je sekali makan. Tu sebab ana simpan stok sikit in case sakit lagi. Jadi pun menjadi....sakit dah mula mendatang. Sebelum keluar tu ana telan 2 biji je. Sebelum nak balik mesy. ada la cerita2 dengan kawan sorang tu...ana nak pesan kalau dia balik Taiping ke, minta belikan majun tu lagi. Rupa2nya dia sedang makan majun lagi special dari Kedah dan orang yang menjualnya ana cukup kenal. Jadi on the way balik tu singgah la ana jumap orang tu, beli la 1 botol. Malam lepas makan ana telan 2 bji lagi makjun yang baki tu. Belum cuba lagi makjun Kedah ni. Kesakitan pun dah mula reda. Pukul 11 masuk tidur sebab nak tengok tv pun dah tak larat....asyik terlelap je.
Thursday, March 11, 2010
Mac 11
Khamis - Tak sempat nak update semalam...masukkan tarikh je...sebab apa...awal pagi buat kerja biasa. Sampai pukul 10.30, PK minta buat liputan penyampaian keputusan SPM. Habis masa kat situ la..sampai 12.45 ada pulak orang datang nak check barang yang diterima minggu lalu sampai lepas waktu sekolah. Terus balik...dapat juga tidur sampai 4.30 ptg bawa ke malam. Nak tengok CHUCK ..AXN tak ada siaran pula sejak dari petang..tak tau kenapa. Akhirnya jam 11 mlm..TIDUR...ongumah tengah buat kerja untuk presentation esok.
Wednesday, March 10, 2010
Mac 10
Rabu - Ada satu tugasan baru yang kena settel hari ini..jadinya tak berpeluang nak duduk lama kat dalam bilik untuk baut kerja2 lain. Apa dia....ni hah surat edaran kepada ibubapa pasal SMS Sekolah. Semalam dah siap draft...dah hantar untuk diriso...pagi ni tengok dah siap. Jadi buat kerja stapling..800 keping...lepas 1 jam kena masuk kelas - baru separuh siap. Teringat la pula kat PAR...minta tolong la kenanya. Nasib baik minggu bebudak exam....boleh la juga buat kerja kat NB...siap kan surat-surat serahan dan akuan terima. Lepas 2 waktu ..singgah kat kantin...jumpa 2-3 guru minta update email.....sambil makan kueh tiuw sup sayur & telur je ...RM3.00. ...Masa tu la dapat tahu ada inhouse pukul 2...siap ada makan jam 12.30tgh....bagi ana tak ada hujan tak ada ribut tetiba je cakap ada program..sori nak pi...surat tak terima ...hari ni buat hari ni tau...dah tu nak masuk kelas semula la pulak .Lepas kelas 12.30 sambung klip surat edaran ...tak cukup 30 helai. Nasib baik PAR keluar dari pejabat. Suami dah tunggu kat luar tapi nak juga dia riso lagi 30 tu. Lepas stapler, susun ikut kelas,...elok bunyi loceng balik. Sempat juga serahkan semua dokumen kepada PKHEM. Terserah pada dia nak edarkan kepada penyelaras tingkaan - guru tingkatan - murid. Baru nak bergerak balik, ongumah kata ada mesy dia pulak..Ana pun blah la dulu. Kat rumah tengok nasi semalam ada....apa lagi goreng la je. Kena pulak nasi tu masak lembik sikit....lepas tumis sambal terlebih air pula...jadi la bubur goreng..tapo boleh makan. Anak ana ni makan tambah kali kedua kira ok la tu. Bukan boleh nak tanya sedap ke idak...tengok reaksi dia cukup la. Ni baru balik pi ambik ongumah...cabut keluar dari mesy. ..dah boring kat sorang guru yang ada dalam mesyuarat tu. Ana tak kisah. Lepas ni tengok SIONG....sambil baring2...sampai malam.
Tuesday, March 9, 2010
Mac 9
Selasa - hari ni bebudak sekolah tengah hadapi ujian pencapaian. Ana dalam bilik ni je...baru teringat Jumaat ni nak edarkan surat siaran kepada ibu bapa pasal SMSSekolah. So draft surat....minta Pengetua sign...hantar riso. Harap Khamis ni siap untuk bagi kepada Penyelaras Tingkatan..untuk edaran hari Jumaat. Selesai satu bab. Lani ni nak fikir pasal Kad Harta Modal PC tahun 2008 & 2009...rasa macam dah buat...tapi cari dalam fail tak ada pulak. Ambil masa juga nak semak dan buat semula. Dalam pada tu teringat ThinkQuest....print tawaan projek untuk bagi kepada cikgu yang berkenaan ..yang tak pernah buka laman ni sejak dibagi taklimat dulu. Hari ni pula panas semacam.....macam minggu lepas. Nak kata tak makan, pagi tadi dah makan 4 keping roti...ubat 1 biji. vitamin 1 biji, saw palmetto 1 biji. Baru jap tadi 1 gelas cococino dan 5 keping biskut. Kira ok la tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

