Isnin - hari ke2 tashriq... hari ni jap lagi nak pi uruskan lembu korban masjid ampang pecah. Ada 5 ekor... kononnya ada 1 lagi yang belum sampai = 5 ekor dan 1 kambing. Mulanya 8.30 pagi...habisnya come what may!!! Kerja bermula lepas hanpir 9 pagi. Hujan turun renyai2...kerja jalan juga Pengerusi jadi coordinator saja la... tak larat pun nak pegang2 tali lembu ka.. nak duduk atas lembu ka... nak lari kena kejar lembu pun tak larat tau. Ada sekor hampir terlepas nasib baik tali panjang dan ramai org muda mengejar.Apa pun semua berjalan lancar walaupun perancangan awal JK yang dilantik saja buat kerja tak kesampaian kot. Ramai juga yang tak berT-shirt bantu sama... tapi tu nampak tak kemas kerja... dan pastinya lepas ni pahat akan berbunyi. Hantar balik kepala lembu satu dan ekor satu.. nak cuba2 siangkan. Selesai semua sebelum 12 tgh... sup pun dah masak.. perkena semangkuk dulu - kambing & lembu. Balik terus hantar daging untuk majlis ahad nanti di TDBB.. dihidang ketupat rendang sambil sembang isu2 taman. Kat rumah ramai dah berkumpul.. balik tahlil dah dibuat adik ipar... kira ok la tu. Lepas mandi manda, yang hadir pun makan2... solat zohor berjemaah... sambung lagi sembang2. Besan dari Chemoimoi pun sampai. Sambil tu buat sekali lagi tahlil ... sambil tu juga anak2 Chemoimoi yang uruskan kepala lembu. Ramai yang nak tengok sangat otak lembu... duduknya d mana, saiznya camne.. sampai kepada masaknya camne. Lepas tahlil operasi kepala lembu 1/2 siap, ekor siap disiang. Dah dekat nak balik baru nampak otak lembu...semua balik dengan puas hati la kot. Semua siap beredar lepas 5.3ptg.. tak jadi la penuhi jemputan di Tmn Ampag Indah. Lepas asar ... masuk maghrib - buat jemaah dgn anak menantu. Isyak di masjid... balik ke balai raya RDBB pula - ada perjumpaan dengan belia2 - nak tubuh pergerakan belia bukit bujang. Selesai bincang2 dekat 10 mlm... balik sebelun 10.30 dah masuk tidur.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Monday, November 7, 2011
Sunday, November 6, 2011
Nov 6 - SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Ahad - Hari Tashriq pertama - Solat Sunat Aidil Adha mula 8.30 pagi. Lepas Subuh sempat bersiap2 dan keluar 8 pagi ke masjid- kayuh basikal je - senang nak balik lewat sikit. Ongumah & anak2 naik keta ke masjid. Sempat bertakbir satu round sebelum bagi ucapan selaku Pengerusi masjid... tepat pada waktunya. Selesai solat - khutbah sebelum 10 pagi. Ada jamuan special - nasi berlaukkan daging kari kawah, acar rampai & ayam goreng. Semuanya ok... kari mendapat pujian, makan mencukupi - cukup untuk pau2 bawa balik sekali. Balik dah 11 lebih... sembelih lembu esok.. kat tempat2 lain ada la.. tapi malas nak ikut serta. Baca paper2 sampai 12 lebih.. rasa berat pulak mata ni... baring2 atas katil terlelap sampai 2.30. Lepas zohor teringat ada surat2 jemputan belum print lagi.. nak edar Selasa nanti tapi sebelum tu mesti lah masuk ke sini dulu... lepas ni come what may!!!Selesai update blog dah masuk asar.. ke masjid. Lepas asar sembang2 tak sedar dah 6.30 ptg baru balik. Habis masa mcm tu je.... tak lama masuk maghrib pula. Siap nak ke masjid untuk Isyak, anak 1 7 menantu balik...Lepas isyak tak ada program apa-apa.. terus balik awal skit. Ingatkan boleh buat kerja yang tak kesampaian petang tadi.. layan Maharaja Lawak Mega pula. online...kena tengok cepat sebab koleksi minggu lepas dah dipadamkan. Astro dok buat tuntutan copyright siaran online ni..selesai juga semua 14 peserta. Masuk tidur 1.45 pagi.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Saturday, November 5, 2011
Nov 5
Sabtu - esok raya!!! Countdown kpd raya lebih panjang 13 hari lagi. Hari ni ada gotong royong di masjid.. pagi bersih kawasan.. mlm masak masak juadah untuk makan esok lepas solat sunat aiddiladha. Kat rumah pun kena gotong royong juga ... nak pi pasar, nak kemas itu ini... family nak kumpul di KKB thn ni.. raya kedua (Isnin) nanti. Masjid sembelih lembu korban 5 ekor hari isnin juga... jemputan rumah terbuka KC PASCAP Isnin juga!..come what may!!! Sarapan pun di pasar - pekena roti telur.. beli itu ini.. singgah pulak kat TDBB ambil karipap & ayam.. terus bayar duit 3 ekor lembu korban.. RM7500 - orang punya bukan sendiri punya. Balik baca paper sampai .. hujan turun agak lebat kat luar. Lepas zohor layan cerita bollywood - kisah budak dysleksia... bawa sampai 5 ptg. Lepas asar .. keluar jap ke pekan.. singgah kedai gambar ambil gambar masa raya dulu-- habis RM180.. beli kamera datu RM280... balik rumah dah 6 ptg. Kemas2 sikit tempat buat kerja... lepas maghrib ke masjid untuk Isyak.. ada pulak jemputan takbir kat rumah mantan pengrusi masjid. Pekena roti capati dgn kari kambing je.. sikit salad.. tapi penuh juga yang perut ni. Sebelum keluar tadi dah pekena susu+oat+nestum. Tak tau pulak ada makan2 lagi. Dari rumah kenduri balik ke masjid. Ada kerja2 memasak kari daging untuk esok. Dalam pada tu pembekal lembu bagitau nak hantar lembu malam ni juga. Tak kisah la.. kebetulan dah berada di situ. Sebelum balik susun kerusi bawah khemah.. balik layan pulak tengok cerekarama tv3. Masuk tidur lepas 12 mlm juga.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Friday, November 4, 2011
Nov 4
Jumaat - countdown 14 hari sbelum cuti panjang. Sistem pagi ni masih ok... speedtest 1.1/904k. Ni pagi ni kononnya ada majlis restu ilmu.. tapi tak ada maklumat awal pun.. nama dah naik kat papan putih untuk relif. Dah tu dah sanggup nak handle program T3.. tahsin solat... dah ada sijil la katakan kan... dah pasti habis 1/2 hari. Ptg ni ada app dgn Khalid Jaafar di Sentosa... hari raya haji 2 hari lagi.. persiapan? come what may!!!Selesai kerja dlm bilik.. gi jengok kat surau pukul 8.30 pagi... dah siap bebudak menanti untuk slot tahsin solat. Cari LCD. usung LCD, pasang LCD habis 15-20 minit. Mula sesi pukul 9 sampai 10.30 pagi. Jamuan kat pejabat tak mula lagi sbb makanan tak sampai. Nak sambung tahsin pukul 11.. tak ada dah.. yg tinggal 4-5 orang. Tayang je cerita Nasi Lemak 2.0... sementara tunggu 12 tgh. Dapat 2 siri je.. itu pun je yang ada. Packing, hantar peralatan.. makanan dah tersedia. Tunggu kepala2 tak muncul.. terpaksa la mulakan majlis dengan buka tudung hidangan.. nak kejar solat Jumaat ni. Yang lain pun ikut.. elok lepas makan hampir 12.30 .. makan selesai,ucapan selesai, bagi hadiah selesai... boleh la balik. Lepas solat Jumaat... pukul 2.30 bergerak ke Bkt Sentosa dgn Ameer.. sampai sesi perbincangan bersama ARKD & PKM Btg Kali dah mula... ending yang agak positif. Tambahan pada itu ARKD diminta bagi idea camne nak bangunkan kawasan perindustrian di Bkt Beruntung. Singgah minum2 sekejap kat gerai... bergerak balik.. sampai dekat 6 ptg. Lepas asar lepak depan tv.... keltihan ngantuk terlampau. Terlelap sekejap2 je... dah masuk maghrib...nak ke masjid pun tak terdaya... lepas isyak lepak depan tv. Rupa2nya ada Anugerah Skrin 2011.. sambil netting sampai 11 lebih. Layan pula siri 7-9 Nasi Lemak 2 sebelum masuk tidur menjelang 12.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Thursday, November 3, 2011
Nov 3
Khamis - countdown cuti 15 hari... sistem ok.. speedtest 1.2/913. Ongumah ke Serendah lagi... balik nanti camne... come what may!!! Masuk kelas keluar kelas... relif tak ada... makan di pantry ada..nasi lemak. Majlis Graduasi kat dewan ada rupanya... tapi nama tak masuk dlm program dah.. elok la tu. Tapi tetap kena pi ambil gambar dan update blog... takat tu je la. Lebih masanya habis kat dlm bilik je sampai waktu balik. Tu pun dekat pukul 3 baru anak mai ambik. Ada benda nak buat tapi baring dan lelapkan mata lepas zohor lebih hebat. Bangun dah 5.30 ptg. Lepas asar baru tengok kerja2 yang dibuat tadi...tapi tak lama dah masuk maghrib. Isyak di masjid... ada rezeki pulak... mihun goreng. Balik sebelum 10 mlm.. sambung sikit lagi kerja sebelum masuk tidur lepas 11 mlm.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Wednesday, November 2, 2011
Nov 2
Rabu - Hari ke 2 bulan 11.. countdown cuti panjang 16 hari . Sistem kehadiran ok, LAN pun ok.. akses ok 3 hari ni.. tak putus2 pun lagi. Belum ada planning hari ni... mcm biasa gamaknya..come what may!!! Tengah syok makan roti canai jantan, dpt relif pukul 10.30 nanti... waktu tu ada kelas.. camne buat relif ni. Selesai makan roti canai jantan, ada yang offer makan tosai pulak.. pekena hampir 2 keping. Mengah la pulak pagi ni. Masuk bilik semula buat apa yang patut sampai masuk waktu masuk kelas. Lepas kelas layan bebudak UiTM buat kajian pasal sekolah bestari. Dah bagi tau apa yang patut... sampai dekat waktu balik. Bergerak balik 2.30 ptg... lepas zohor baring2 tak sampai 15 minit ada panggilan orang nak jumpa di TDBB.. urusan jualan rumah. Kat situ sampai 5.30 lebih.. balik dah dekat 6 ptg. Lepas asar semak fail/dokumen untuk mesy mlm ni. Lepas Maghrib - Isyak... ke balai raya.. dah bagi tau mesy mula 9 mlm (8.30 dah selesai isyak)...tapi tak nampak juga yang nak datang awal... hampir 9.30 baru muncul sorang2.. ada yang dah 10 mlm baru nak muncul.. tak boleh juga nak ubah budaya lengah masa ni. Tak banyak cerita dlm mesy ni.. selesai seblum 10.30 mlm. Balik masuk tidur pun lepas 11 mlm juga.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Tuesday, November 1, 2011
Nov 1
Selasa- masuk bulan 11 dah.... apa yang akan berlaku Jumaat 11.11.11 nanti? Pagi ni masuk blik sistem semua ok. .. speed dpt 1.2/919. Ada 2 kali relif... straight 3 waktu mulai 9.50 - 11.50. Dpt selesaikan tanda kertas budak.. habis tinggal 1 kelas yang tercicir tak diserta pada SU Pep. .. ada kat mej Ketua Panitia ... kira tak guna la juga buat tak tau je bukan kertas tapi tak nak serah pada yang hak. Sementara tunggu nak ke Holiday Villa ada jamuan akhir tahun staf 2011. .. pi naik bas... dapat la nak lelapkan mata kot ..come what may!!! Zohor kat surau ...Bertolak dari sekolah pukul 2 lebih sampai destinasi 3 lebih.. tersasar waktu. Program mula makan2 dulu.. lepas tu ucapan (ada pulak dijemput ADUN pembangkang - Wong Koon Mun - tak sempat dengar ucapan sbb pi solat asar... dptlah RM2K kononnya.. bila nak dapat pandai2 le uruskan kemudian... silap2 tak dpt langsung. Lepas tu cabutan bertuah.. lepas tu sleesai dalam sebelum 6 ptg. bertolak balik... sampai rumah sebelum 8 mlm.. .sempat maghrib sebelum isyak.. lepak depan tv... masuk tidur sebelum 11 mlm.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Subscribe to:
Posts (Atom)

