Isnin - hari ke2 tashriq... hari ni jap lagi nak pi uruskan lembu korban masjid ampang pecah. Ada 5 ekor... kononnya ada 1 lagi yang belum sampai = 5 ekor dan 1 kambing. Mulanya 8.30 pagi...habisnya come what may!!! Kerja bermula lepas hanpir 9 pagi. Hujan turun renyai2...kerja jalan juga Pengerusi jadi coordinator saja la... tak larat pun nak pegang2 tali lembu ka.. nak duduk atas lembu ka... nak lari kena kejar lembu pun tak larat tau. Ada sekor hampir terlepas nasib baik tali panjang dan ramai org muda mengejar.Apa pun semua berjalan lancar walaupun perancangan awal JK yang dilantik saja buat kerja tak kesampaian kot. Ramai juga yang tak berT-shirt bantu sama... tapi tu nampak tak kemas kerja... dan pastinya lepas ni pahat akan berbunyi. Hantar balik kepala lembu satu dan ekor satu.. nak cuba2 siangkan. Selesai semua sebelum 12 tgh... sup pun dah masak.. perkena semangkuk dulu - kambing & lembu. Balik terus hantar daging untuk majlis ahad nanti di TDBB.. dihidang ketupat rendang sambil sembang isu2 taman. Kat rumah ramai dah berkumpul.. balik tahlil dah dibuat adik ipar... kira ok la tu. Lepas mandi manda, yang hadir pun makan2... solat zohor berjemaah... sambung lagi sembang2. Besan dari Chemoimoi pun sampai. Sambil tu buat sekali lagi tahlil ... sambil tu juga anak2 Chemoimoi yang uruskan kepala lembu. Ramai yang nak tengok sangat otak lembu... duduknya d mana, saiznya camne.. sampai kepada masaknya camne. Lepas tahlil operasi kepala lembu 1/2 siap, ekor siap disiang. Dah dekat nak balik baru nampak otak lembu...semua balik dengan puas hati la kot. Semua siap beredar lepas 5.3ptg.. tak jadi la penuhi jemputan di Tmn Ampag Indah. Lepas asar ... masuk maghrib - buat jemaah dgn anak menantu. Isyak di masjid... balik ke balai raya RDBB pula - ada perjumpaan dengan belia2 - nak tubuh pergerakan belia bukit bujang. Selesai bincang2 dekat 10 mlm... balik sebelun 10.30 dah masuk tidur.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Monday, November 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment