Saturday, November 5, 2011

Nov 5

Sabtu - esok raya!!! Countdown kpd raya lebih panjang 13 hari lagi. Hari ni ada gotong royong di masjid.. pagi bersih kawasan.. mlm masak masak juadah untuk makan esok lepas solat sunat aiddiladha. Kat rumah pun kena gotong royong juga ... nak pi pasar, nak kemas itu ini... family nak kumpul di KKB thn ni.. raya kedua (Isnin) nanti. Masjid sembelih lembu korban 5 ekor hari isnin juga... jemputan rumah terbuka KC PASCAP Isnin juga!..come what may!!! Sarapan pun di pasar - pekena roti telur.. beli itu ini.. singgah pulak kat TDBB ambil karipap & ayam.. terus bayar duit 3 ekor lembu korban.. RM7500 - orang punya bukan sendiri punya. Balik baca paper sampai .. hujan turun agak lebat kat luar. Lepas zohor layan cerita bollywood - kisah budak dysleksia... bawa sampai 5 ptg. Lepas asar .. keluar jap ke pekan.. singgah kedai gambar ambil gambar masa raya dulu-- habis RM180.. beli kamera datu RM280... balik rumah dah 6 ptg. Kemas2 sikit tempat buat kerja... lepas maghrib ke masjid untuk Isyak.. ada pulak jemputan takbir kat rumah mantan pengrusi masjid. Pekena roti capati dgn kari kambing je.. sikit salad.. tapi penuh juga yang perut ni. Sebelum keluar tadi dah pekena susu+oat+nestum. Tak tau pulak ada makan2 lagi. Dari rumah kenduri balik ke masjid. Ada kerja2 memasak kari daging untuk esok. Dalam pada tu pembekal lembu bagitau nak hantar lembu malam ni juga. Tak kisah la.. kebetulan dah berada di situ. Sebelum balik susun kerusi bawah khemah.. balik layan pulak tengok cerekarama tv3. Masuk tidur lepas 12 mlm juga.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment