Thursday, November 24, 2011

Nov 24

Khamis - Hari ke 4... dah la ru sapa dok nak kira selalu... biarlah hari2 berlalu... sedar tak sedar nanti dah buka sekolah. Ni hari ni ongmah dok ajak pi kebun kat gesir pulak. Kata orang sana durian dah nak gugur... rambutan tak sebut pulak. Lepas settle seperkara dua yang tersangkut semalam, baru boleh ke sana .. tapi mesti pagi ni juga la... come what may!!! Lepas Subuh update blog.. semak email,,, baca berita online. Lepas sarapan.. lepas melepas... bergerak ke kebun .. ada la durian gugur dekat 10 biji tapi yang boleh dimakan 1 je.. yg lain ditebuk tupai dan muda2 dipetik beruk. Rambutan baru nak barbuah... ongumah tanam pokok limau 6-7 pokok. Singgah rumah sedara angkat onhumah.. pekena nasi sambal bacang sayur cekur/daun salang. kerang rebus cicah asam cili, ikan masak kicap... bertambah la skali makan.. dlm tak nak makan nasi. Sebelum tu uruskan sikit pasal nak buat tandas kat kebun tu bersama kontraktor .. kemudian tengok pulak tanah untuk dijual.. katanya RM60k seekar.. ada >3 ekar. Bukan nak beli untuk sendiri tapi org KL nak cari tanah kampung. Bergerka balik lepas 1.30.. sampai rumah sebelum dekat 3 ptg. Baru nak siap soalt zohor, ketua kampung pulak minta taipkan 2 lagi surat sokongan untuk org indin nak balik negeri bawa anak lahir kat sini. Lepas zohor surat selesai.. sambil tu layan sambung citer PRETTY WOMAN. Lepas asar masih melayan... kali ni citer SLEEPING DICTIONARY.. penggambaran di Sarawak.. citer masa kolonial tapi tema cinta berlainan kaum.. ongputih dgn ongiban. Tak pernah ditayang di tv pun sbb banyak obscene scene. Lepas maghrib ,, isyak di masjid,, ada bincang2 sikit leas tu. Balik rumah dah 9 lebih... layan sampai habis citer SD ..masuk tidur pun 11 lebih.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment