Tuesday, November 22, 2011

Nov 22

Selasa - hari ke 2 .. masih tak ke mana2 setakat ni. Banyak juga kerja nak dibuat -- projek2 yang masih tersangkut... tapi kekadang rasa malas je.. musim hujan la katakan. Jadi apa nak jadi hari ni.. come what may!!! Lepas subuh ni tengah layan nb.. check email.. update blog... pejabat call.. ada kes kecurian lagi di sekolah. Hari Isnin bilik guru cemerlang.. hilang PC... hari ni PSS pulak. - LCD TV utk ASTRO hilang dan sikit cash. Depa minta ambilkan gambar sbb tak ada kamera katanya. Sampai di sekolah adapun yang dah ambil gambar. Biarlah diselesaikan sendiri. Balik sebelum 11 pagi...singgah kedai beli paper, ternampak pulak durian dan rambutan. Beli durian 3 biji RM24 dan rambutan seikat RM5. Elok buahnya. Makan 4 ulas.. check darah pagi tadi 12... lepas makan durian 11 je.. tu yang hairan tu. Tengah baca paper ..lepak depan tv... ongumah bawa anak kucing ke vet sbb demam.. anak kucing pun demam dan pening kepala kot.. jalannya terhoyong hayang. Dah set nak masak nasi pukul 12 nanti.. ada pulak yang call nak ambil dokumen.. ajak keluar pulak nak bincang pasal projek perumahan. Balik dekat pukul 1.... lepas zohor layan citer2 online... sambil siapkan dokumen.. tak tahan mata pukul 3 lebih baring2 sat. Dikejutkan oleh panggilan dari SPRM pasal CF TDBB... dia minta dokumen difakskan ke pejabat dia esok. Lepas asar ongumah ajak ke rumah jiran buat parti birthday. Ramai le bebudak dan mak budak.. orang dewasa lelaki sorang je.. dah diminta bacakan doa pulak. Makan pun sekadar tauhu sumbat 2 ketul, pukul salut serunding dan pulut inti (dlm cup cake punya cup)... menu beratnya bihun sup ayam / bakso kata tuan rumah. Tak ada la nak makan semua tu esp yang ada ayam kan. Balik sebelum 6 ptg.. sambung sikit kerja semak dan taip semula PRA PERJANJIAN rumah TDBB... managernya minta email ptg ni.. nak print esok.. nak bawa ke kkb untuk tindakan susulan. Anak 1 & menantu balik seblum maghrib... sambung kerja sampai Isyak selesai. Lepas tu layan lagi tengok citer PRETTY WOMAN pulak.. sampai 11 mlm tak habis lagi.. masuk tidur 11 lebih.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment