Monday, November 28, 2011

Nov 28

Isnin - cuti dalam cuti. Hari memang pun dalam minggu kedua cuti panjang.. untuk staf pejabat pula cuti ganti 1 muharam semalam. Hari ada perancangan - nak ke agrofest di Shah Alam - nak hantar anak 4 balik Serdang... nak ... come what may!!! Janji nak keluar 9 pagi tapi biasala .. tok tek tok tek...dekat 10 pagi baru bergerak. Terus ke Stadium Shah Alam... Selangor Agro Fest (SAF)... kurang lebih sikit mcm kat Jln Kebun dulu. Ada pulak masa tu sesi penerangan untuk kaum India kat khemah utama. Rezeki la katakan.. ngam2 sampai kat situ majlis selesai... time makan. Menyelit sekali masuk barisan.. dpt beg isinya bekas makanan, mug, muffin dan air mineral. Hidangan nasi minyak - ayam masak merah, daging kambing masak kurma, jelatah dan buah lai.. lumayan. Tengah makan hujan turun lebat juga la. Lepas makan dlm hujan dah reda .. angkat kaki... terus ke Serdang. Singgah zohor di Petronas ..sampai UPM sebelum 3 ptg. Tak tunggu lama pun hantar anak 4 je...hulur 1 ketul. Dalam perjalanan nak masuk highway ternampak satu keta ni ... kereta impot pastinya sebab tertulis ELVIS.. Ni keta Elvis depan rumah agamnya... sebelahnya keta kat Shah Alam tu...



yang hairannya pemandu bawa belah kiri tapi tak ada tanda mcm keta dipandu OKU. masih pakai nombor plet asal ELVIS tak ada plet malaysia... apa kehenya? JPJ dah tukar polisi ka? atau sebab pemandu tu beruang (orang berwang) boleh tutup sebelah mata? Keluar kat tol Rawang singgah NSK... beli barang2 rumah - habis 2 ketul, Sing gah pulak makan rojak kat Serendah (depan masjid tu).. tengah makan hujan turun lagi. Balik sampai rumah 6 lebih... sempat asar 10 minit sebelum maghrib.... terus isyak.. terus lepak depan tv. Rasanya macam nak tidur awal sbb mengantuk sangat tapi dah layan NB ...baca email... update FB..lanjut sampai 12 mlm baru masuk tidur.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment