Friday, November 4, 2011

Nov 4

Jumaat - countdown 14 hari sbelum cuti panjang. Sistem pagi ni masih ok... speedtest 1.1/904k. Ni pagi ni kononnya ada majlis restu ilmu.. tapi tak ada maklumat awal pun.. nama dah naik kat papan putih untuk relif. Dah tu dah sanggup nak handle program T3.. tahsin solat... dah ada sijil la katakan kan... dah pasti habis 1/2 hari. Ptg ni ada app dgn Khalid Jaafar di Sentosa... hari raya haji 2 hari lagi.. persiapan? come what may!!!Selesai kerja dlm bilik.. gi jengok kat surau pukul 8.30 pagi... dah siap bebudak menanti untuk slot tahsin solat. Cari LCD. usung LCD, pasang LCD habis 15-20 minit. Mula sesi pukul 9 sampai 10.30 pagi. Jamuan kat pejabat tak mula lagi sbb makanan tak sampai. Nak sambung tahsin pukul 11.. tak ada dah.. yg tinggal 4-5 orang. Tayang je cerita Nasi Lemak 2.0... sementara tunggu 12 tgh. Dapat 2 siri je.. itu pun je yang ada. Packing, hantar peralatan.. makanan dah tersedia. Tunggu kepala2 tak muncul.. terpaksa la mulakan majlis dengan buka tudung hidangan.. nak kejar solat Jumaat ni. Yang lain pun ikut.. elok lepas makan hampir 12.30 .. makan selesai,ucapan selesai, bagi hadiah selesai... boleh la balik. Lepas solat Jumaat... pukul 2.30 bergerak ke Bkt Sentosa dgn Ameer.. sampai sesi perbincangan bersama ARKD & PKM Btg Kali dah mula... ending yang agak positif. Tambahan pada itu ARKD diminta bagi idea camne nak bangunkan kawasan perindustrian di Bkt Beruntung. Singgah minum2 sekejap kat gerai... bergerak balik.. sampai dekat 6 ptg. Lepas asar lepak depan tv.... keltihan ngantuk terlampau. Terlelap sekejap2 je... dah masuk maghrib...nak ke masjid pun tak terdaya... lepas isyak lepak depan tv. Rupa2nya ada Anugerah Skrin 2011.. sambil netting sampai 11 lebih. Layan pula siri 7-9 Nasi Lemak 2 sebelum masuk tidur menjelang 12.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment