Tuesday, February 14, 2012

Feb 14

Selasa - pagi ni sampai lagi awal... 6.45 pagi. Anak 2 hantar sebelum dia ke tempat kerja. Punch card problem lagi.. bukan rosak rupa2nya ada yg tutup suis petang smlm... bateri pun habis. Nak caj balik ambil masa kot. Hari biasa2 je... kerja biasa2 je... come what may!!! Baru nak mula kerja dpt satu envelope kad ahli PSKPP. Dah nak kena edar secepat mungkin.. rupa2nya termasuk staf sokongan. Kena la pulak buat kutipan khas drp mereka. Jalan sana jalan sini hari ni.. masuk kelas ..masuk relif (bebudak tak ada dlm kelas pulak - tapi dah naik turun tangga)... sampai le waktu nak balik.. kelas akhir pun waktu akhir. Ptg tak ada event apa2.. cari nak tumpang balik je le. Sampai rumah sebelum 3 ptg. Lepas zohor buka nb nak buat surat2... mengantuk pulak baring sekejap sampai 5 ptg. Ada yang memanggil kat luar rumah. Lepas asar sambung lagi akses apa yang boleh update itu ini, cari peta ke Pusat Latihan Sek 5 Shah Alam, ongumah nak pergi esok.... sampai maghrib. Isyak di masjid.. ingatkan ada bincang2 pasal projek tukar bumbung masjid tapi satu lagi pihak tak sempat dihubungi. Terus balik. Tak lama depan NB.. masuk tidur menjelang 11 mlm.

Monday, February 13, 2012

Feb 13

Isnin - hari ni anak 2 pi interview kat PERODUA.. bawa trajet. Pi sekolah naik teksi sapu.. sapa lagi Ketua Kampung @pengerusi JKKK. Sampai sekolah awal sebelum 7 pagi. Lepas2 ni..come what may!!! Lepas perhimpunan ada perbarisan, ada penyampai watikah guru penasihat unit uniform, ada perasmian NILAM. Selesai kutipan khas dan borang ICT kecuali 3 orang guru. Masuk kelas relif pukul 11.50-1.10 tapi ada guru lain nak guna bebudak pompuan kelas tu.. lagipun mmg tinggal budak pompuan je sbb kelas ERT. Dapatlah habiskan kerja kat dlm bilik.. dan makan2 kat pantry. Sejak pagi pagi makan free... tempahan untuk odit yang tak jadi dtg ke sekolah. Lepas zohor kat surau.. masuk mesy kualiti tapi tak ada pulak kerja khusus... nak minta ambil gambar je tak payah la nak tunggu sampai habis. Tapi nak keluar / balik pun tak boleh, kenderaan tak ada.. dok kena tumpang rakan2 yg sehala. Tunggu la sampai 4 ptg.. ada makan lagi - kuih je & teh tarik. Dah minta nak tumpang, tapi cikgu tu nak solat zohor dulu..tunggu sampai 4.30 baru bergerak balik. Sampai rumah dah masuk asar. Anak 2 belum balik... lepas waktu kerja katanya nak ke Rawang cari kasut & jaket. Baru nak mula kerja dah suruh beli macam2... kerja pun bukan lama ..sampai akhir bulan 3 je. Tak pa... keluar sikit modal, biar hati dia senang. Baru buka nb nak update blog2 .. ada jiran dtg nak offer kerja untuk anak 3. Dia pun baru balik dari Putrajaya interview kerja... dah bertindih offer. Terserah la nak ambil mana yang sesuai. Sempat semak tiket flight ke medan... masuk maghrib. Lepas makan sayur sambil update blog sikit lagi..ke masjid untuk isyak. Lepas tu bincang2 dgn SU dan Bendahari pasal nak tukar bumbung. Balik sampai rumah dah 10 lebih...buat itu ini itu ini..masuk tidur seblum 11 mlm.

Sunday, February 12, 2012

Feb 12

Ahad - walaupun cuti .. walaupun nak rehat lepas kerja smlm.. byk pulak aktiviti harini. Pagi ni jap lagi ada mesyuarat agung khiarat kematian KKB, pastu ada bincang khas pasal lawatan upkkkb, pastu ada kenduri di btg kali... terus nak tunjuk jalan anak 2 nak ke sg choh esok pagi..pastu nak ke rawang cari seluar dia nak kerja esok.. come what may!!! Keluar dari rumah 8.30 pagi lepas sarapan ringan (jangkakan makan kat mesy nanti). Mesyuarat Khariat Kematian kKB mula 9 pagi. Jangkakan selesai 11 pagi tapi ada puak yang nak tunjuk pandai dilantik jadi pengerusi mesyuarat..lalut sampai 12 tgh.Dilantik jadi Pen Setiasuaha... spt dijangkakan. Makan lepas mesy pun tergesa2... terus ke pejabat tapak pasar peladang..bincang2 pasal lawatan ke Indonesia. Keputusannya.. ditangguhkan atas sebab2 perbelanjan melonjak sampai >1K, ada ahli yang diarah jgn keluar dr Malaysia (sbb PRU dijangka bulan 3 - kalau betul Parlimen kena bubar bulan Feb ni- kalau nak buat PRU dlm 20 hari???) Selesai bincang2 dah pukul 1 lebih. Balik lepas zohor terus bersama anak 2 ke Sg Choh ikut jalan belakang...Bkt berutung-Sentosa. Timing ambil masa 30 minit. Terus je ke Rawang, masuk GIANT cari baju n seluar n tali pinggang... cari sekali seluar sendiri - sekali beli brg rumah sikit... habis >rm300. Balik singgah makan kat rojak kat serendah. Sampai rumah dah 6 lebih ..ada pulak yang nak jumpa bincang2 jkkk... pasal gelanggang futsal... pasal mohon kambing...asar pukul 7 ... lepas tu maghrib. Isyak kat masjid.. balik siapkan dokumen minit mesy jkkk untuk serah kepada penghulu untuk tandatangan. Hai cepat betul masa berlalu... dah nak kena hantar notis mesy bulan 3 pulak.. tapi yang terdekat ni nak hantar notis mesy agung PASCAP. Tak boleh bagi lebih masa.. masuk tidur seblum 11 mlm.

Saturday, February 11, 2012

Feb 11

Sabtu - sekolah hari ni.. ganti cuti TBC lalu... ada program MaulidruRasul.. ada surat jemputan hadir kursus haji pulak... come what may!!! Ke aekolah ikut time biasa... sampai je mcm biasa juga pintu pejabat tak buka. Tak kiash la masuk ikut pintu bilik sendiri. Sempat parking kat sini sebelum ke perhimpunan untuk acara maulidurRasul. Sempat siapkan edaran kutipan khas bapa guru meninggal... sambil2 pusing buat kutipan. Selesai satu sesi, rehat lepas tu ada sesi ceramah pulak. Di dewan utk bukan Islam, di asrama 2 dewan poleh 2 ustaz berasingan. Semakin lewat masa semakin kurang guru yang tinggal..mcm biasa juga. Kena wakilkan pengetua bagi saguhati kepada 2 penceramah penutup majlis. Balik rumah hampir 1.30. Nak kena ke masjid pulak nak tengok persiapan memasak utk majlis mlm ni . Sebelum tu ke bengkel kereta nak tengok kereta merah.. bengkel pulak tutup. Singgah masjid... masakan hampir siap. Nasi briani, kambing kari,ayam merah madu,jelatah. Ada pulak nak makan cempedak goreng.. belikan tepung dan ambil buah cempedak kat rumah siak di Tanjak. Balik siapkan bahan utk mlm ni..slide presentation. Lepas asar ke masjid semula setting LCD pasang kain skrin. Balik dah dekat 7 mlm.. nak keluar awal ke DArul Quran ambil pelajar untuk slot mlm ni. Pergi 2 kereta bersama bendahari masjid. Elok azan sampai ke masjid. Dah nak mula acara mlm ni SAMBUTAN MAULIDURRASUL. Lepas maghrib ngam2 sbelum 8 mlm dah bermula. dengan bacaan ayat2 suci al-quran. Terpaksa jadi MC... terpaksa uruskan LCD... terlupa nak bawa kamera kalau tak tambah satu lagi kerja. Bagi ucapan aluan sikit..slit pengumuman sikit. Lepas berzanji persembahan selawat dan qasidah... sesuatu yang agak baru. Yang hadir nampakl terpegun... rupa2nya lebih daripada jangkaan. Lepas tu ceramah pun diubah style.. jadi sesi dialog agama.. lanjut sampai 10.30 baru solat Isyak. Lepas tu baru dpt kejutan.. nasi bungkus 70 kotak dah habis... yang dlm masjid masih ramai belum keluar.. tersasar jangkaan... tersilap perhitungan. Hidangan untuk 50 orang -DQ, murid Baitul Hasanah, pel MRSM dpt makan... jemaah tempatan tak ada rezeki. Kena ambil positif perkara ni... mmg tak ada rezeki. Ada yang tunggu dpt la merasa apa yang tinggal - pengerusi pun makan nasi dgn jelatah je. Iktibar buat jk pelaksana - perubahan sedang berlaku.. masyarakat sudah menerima aktiviti yang dibuat masjid ampang pecah.. sambutan semakin menggalakkan dari semasa ke semasa. Tapi lepas insiden mlm ni, mauke depa dtg lagi.. wallahualam. Hantar bebudak DQ dah 11 lebih..terus balik rumah.. dan masuk tidur seblum 12 mlm.

Friday, February 10, 2012

Feb 10

Jumaat - penghulu segala hari bertemu lagi.. alhamdulillah. Pagi ni ada program2 di sekolah tapi tak masuk ajk...cuma sibuk nak bagi pinjam LCD kpd ajk yang terlibat. Petang ni ada mesyu jk alumni.. come what may!!! Dapat 2 kelas relif - 9.30 3C...dpt kempen projek PASTI A.. dan 10.10 4D bagi tazkirah motivasi je. Minum kat pantry je... mula dgn biskut cicah kopi pegaga.. pastu ada yg bawa bihun dan mee..pekena sikit lagi. ubat lupa bawa lagi. Sampai waktu balik..urusan dengan pembekal WAJUNA.. pulangkan NB yang dihantar untuk baiki bukan yang dihantar.. org lain punya gamaknya. Lepas Jumaat...singgah kedai moto survey harga untuk anak 2 yang nak mula kerja Isnin ni. Balik.. keluar semula ke sekolah .. singgah ambil paspot.. ada mesyuarat ALumni. Selesai awal juga.. sebelum 4.30 ptg. Tok tek tok tek..pukul 5 lebih juga balik rumah. Lepas asar lepak2 depan tv.. masuk maghri ...masuk isyak. Mula nak buat dokumen mesyuarat agung PASCAP... sambil tengok tv3 movie.. masuk tidur 12 lebih.

Thursday, February 9, 2012

Feb 9

Khamis - Awal pagi tadi seblum bergerak ke sekolah SU dtg minta sain surat. Pagi ni nak jumpa bebudak nak maib boling wakil sekolah ke peringkat daerah... 12,30 ada mesy TK..kalau dpt relif waktu tu.. come what may!!! Waktu pertama masuk kelas... keluar kelas buat kerja dlm bilik.. siapkan bahan mesy Tabung Kebajikan... luar bilik ....masuk bilik. Kelas kedua 10.30 pagi... masuk bilik keluar bilik sampai 12 tgh... layan sat pembekal tasly sbelum mesy tk mula 12.30. Habis RM420 (dansehen & teh hijau). Mesy selesai 1.50... bergerak balik 2.30 ptg. Singgah pej imigresen paspot tak siap (yang janji siap 1 jam dulu tu). Sampai rumah dah 3 ptg.. lepas zohor keluar ke Baitul Hasanah hantar surat. Singgah kat sekolah pekena pisang goreng.. sembang2...balik dekat 5 ptg. Lepas asar lepak2 depan tv... nak buka nb pun akses susah sgt. Line streamyx anak 2 pakai (lagipun semenjak dua menjak ni nb ni tak mau connect ke streamyx dah)... nak guna YES tak ada connection kat Ampang Pecah ni, nak guna celcom braodband lembab tak tahan. Lepas maghrib... tunggu isyak...tak sempat nak siap ke masjid dah azan. Sementara tunggu nak masuk tidur, selesai minit mesy jatikap ke 2.. masuk tidur 10.30 mlm. Minum kopi makan kek tapi kek tak cicah dalam kopi.

Wednesday, February 8, 2012

Feb 8

Rabu - sekolah hari ni. Mula guna punch card untuk kehadiran. Kurang satu tugas harian.. nak semak dan print... yg lebih penting nak menjawab pertanyaan bila nak rekod kehadiran guru. Tak ada kelas.. menanti kelas relif.. come what may!!! Pi kantin minum sbb rasa lapar.. dpt relif pukul 12.30 -1.50 kelas 2D. Sepanjang hari buat itu ini... siapkan apa yang boleh.. edar mana yang sempat. Dpt pula contoh batik untuk staf pakai.. buat tinjauan dulu. Singgah minum kopi kat pantry sblum masuk kelas relif.. bebudak dah tunggu depan makmal. Keluar sat solat zohor sbb hari ni balik lambar..ada koku. Ke pej imegeren tambah tempoh.. kena isi borang lagi, ambil gambar lagi.. tunggu hampir 1 jam bukan siap dapat cuma siap proses. Ambilnya esok juga. Balik ke sekolah dah dekat 5 ptg. Sampai rumah hampir 6 ptg. Rehat sekejap lepas asar... lepas maghrib ke masjid isyak ada kelas tajwid. Balik siapkan laporan upkkkb. Tengok tv sat citer singapura 1942, pastu penjara changi. Masuk tidur pun dah 11.30 lebih.