Ahad - hari terakhir bulan 2.....10 bulan lagi untuk terlepas dari bebanan hutan piutang. Esok dah masuk bulan Mac....apa yang bakal mendatang pada bulan ni tak sapa tau. Sekejap je kat sini dah siap nak pergi mesyuarat pertama - Mesyuarat Agung Khairat Kematian Orang-orang Islam Kariah KKB - jawatan Juru Odit. Mesyuarat bermula 9.00 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi. Sembang2 sikit dan singgah kedai, balik rumah dah pukul 12.30....baca paper, tengok melodi nak lelapkan mata dah pukul 2.00 ptg. Lepas solat pergi mesyuarat kedua - Mesyuarat Agung PAS Cawangan Ampang Pecah. Seperti biasa tak ramai yang hadir...dari 25 ahli..13 je yang hadir. Bincang punya bincang ...lepas luahkan perasaan sebab dekat 3 tahun tak dihubungi.... last-last dicadangkan ana jagi SU JKKK Ampang Pecah. No problem...memang banyak perancangan nak dibuat bagi menaikkan nama taman ni...apatah lagi peranan JKKK yang suram dan muram 1-2 tahun yang lepas. So bertambah satu lagi beban nak difikirkan...tapi tak pa untuk jemaah. Malam ni tak boleh nak buat apa sangat...sebab Raja Lawak dah nak masuk pusingan akhir...so kena tengokkkkk !!!
10.30 mlm - keputusan yang mengecewakan...MAMU tersingkir..tak tau kenapa...undian 20% nampak tak bergerak sejak hari Jumaat walaupun ana dah hantar undian...tapi masih tak cukup atau ada sabotaj gamaknya. Ntah le! Kalau tanya ana, kebolehan MAMU dah diiktiraf oleh Adlin Shauki dan Bob Lokman.....rasanya masa depan depa berdua lebih cerah berbanding raja lawak yang bakal ditabal minggu depan. Rasanya Idlan tak boleh sejaya Nabil. Alex dan Kecik pun tak boleh berlawak sendirian....kecuali ada slot khas macam Sepah. Ini andaian ana...kita tengok la dalam tahun ni.
Sunday, February 28, 2010
Saturday, February 27, 2010
Feb 27
Sabtu- Hari ini ada plan dengan ahli Briged Bestari - latihan bina blog. Tak tahu le depa ingat ke tak nak datang. Lepas tu ada kenduri qiqah...rumah bersebelahan sekolah je..Liza bt Mohamaed....sm3kian juga...kononnya dah 7 tahun kahwin baru dapat anak...syukurlah kan. Adik dia yang kahwin kemudiannya pun baru dapat anak ..baru 5 bulan umur dia. Ongumah pi belajar mengaji kat mesjid...ingat 1-2 jam je tapi katanya stop 1 tgh...sambung balik 2 ptg. jadi masa keluar asing-asing. Keluar dari rumah jam 8.30 pg...sampai ada sorang je budak tunggu. Sampai jam 10.30 2 orang je pelajar yang hadir..budak ting 1 (India) yg memang bersemangat nak belajar. Jadi mulai 11.00 pagi sampai 12.30 ajar sikit je depa dah dapat siapkan blog sendiri. Lepas tu ke rumah kenduri. Balik kul 1.00 ongumah tak balik lagi. Buat update blog...lasni solat..pastu tidor.
Friday, February 26, 2010
Feb 26
Jumaat - Cuti lagi...hari ni Cuti MaulidurRasul. Apa plan hari ni? Pagi ni tak buat apa sangat sementara tunggu nak pi solat Jumaat. Hari pun macam nak hujan....hajat awal nak pi kebun. Nanti petang sikit baru nak keluar ...pi ziarah sanak saudara...sorang tu baru lepas operation, lps tu mak sedara..lps tu ke Kg Baru. Sampai pukul berapa tak tau le lagi....Alhamdullillah semua berjalan lancar. Bertolak jam 3.00 ptg...terus ke Kepong....terus ke Kg Baru (tukar plan sbb anak tunggu nak minta hantar ke stesen komuter - dia presentation kat Serdang mlm ni)....terus pulak ke Kramat..ramai pun kat rumah tu,,anak cucu berkumpul...ye le kan cuti. Dari situ trus pula ke rumah ipar (kat kramat tu juga) utk solat Maghrib ..sembang2 lalut sampai Isyak. Bergerak balik lepas jam 9 dan sampai dah 11 mlm. Mandi manda terus tidur !!!
Thursday, February 25, 2010
Feb 25

Khamis - Hari Sukan hari ni..so dari awal pagi sudah berada di padang. Sebaik keluar dari bilik kerja, perasmi pun sampai...bukan sapa pun YDP PIBG....DSP KKB...jadi siap dengan iringan siren polis trafik...buat gah sikit. So dari awal sampai habis acara sukan dapat buat live broadcast..sebab tu tak boleh buat kerja lain. Meriah sikit sukan tahun ni sebab ada letupan asap warna selepas ucapan perasmian dan persembahan HAKA. yang lain macam biasa...walaupun tak banyak event dibawa ke hari akhir ni,tapi sampai pukul 11.00 pun tak habis lagi. Dengan panas terik, bebudak berlari 400m...nasib baik esok cuti.... kalau tidak pasti ramai MC. Apa pun lepas acara..lepas makan...balik macam biasa juga...2,30 ptg. Tu pun sebab ongumah nak stay back...layan bebudak ambil keputusan STPM dan nak tanda buku rekod mengajar. Dapat juga lelapkan mata 2 jam sebelum jam 4. Lepas tu tak buat apa dah....langgut tengok TV...sampai malam la tu...kan ada CHUCK mlm ni !!!
Wednesday, February 24, 2010
Feb 24
Selasa - Semalam tak sempat ..terlupa terus nak update sebab.... dari pagi ke sekolah ...dalam pukul 9 pagi keadaan badan rasa lain macam. Sebelum tu sempat register beberapa web page survey online. Menjelang jam 1030 pagi badan berpeluh seluruh badan, mengigil kelaparan. Mungkin sebab pagi tu makan 2 keping roti dan telan 2 biji ubat diabetik. Mungkin hypo kot. Lepas pekena 1/2 mangkok meehon sup (ongumha makan tak habis)..rasa lega sikit. Tapi menjelang 1tgh lapar balik..pekena nasi 1/2 pinggan. Ingat boleh le balik awal sikit nak rehat...ada pulak taklimat untuk staf.Ana tak pi pun....tunggu ongumah dah dekat kul 3.30 ptg. Dah sampai kat rumah tok tek tok tek lepas solat zohor nak tunggu asar, anak sorang lagi kat sekolah ...acara pra sukan. Gi ambik dia balik. Hujan pulak turun lebat kat kawasan pekan tapi tak kat kawasan taman ni.Lepas asar baru dapat lepak jap sementara tunggu Maghrib...dah tu melopong depan TV sampai 11 mlm baru masuk tidur.
Rabu -
Pagi ni dah berada di BTP Bukit Kiara..mesyuarat tak dijangka. Surat pun tak sampai...pakai print dari email je. Pagi tadi ...4-5 pagi hujan turun lebat. Nasib baik menjelang 7 pagi hujan dah reda. Bukan apa ikut prancagan ada raptai sukan pagi ni...tapi ana tak ambil pot dah. Waktu tu ni ada kat dalam dewan sejuk ni. Lepas mesyuarat sampai 12.45 tgh ..rupa2nya tak langsung makan minum. Nak potong badjet la konon. Tapi pak pak menteri, pengarah2 pi mesyuarat duduk hotel, keluar negara ada pula budget. Ya kuli badak kaum marhein je yang jadi mangsa. Ana pun sebenarnya tak kisah pun tak ada makan ke minum ke...at least bagi tau awal-awal, kami mampu bayar sendiri setakat makan nasi lemak kopi O atau tak pun pelawa bawa sorang sikit kuih ke apa ke. Nape benda macam ni tak boleh pulak nak fikir luar kotak??? Kalau tidak pun jangan panggil mai mesyuarat jauh-jauh...pakai teknologi yang ada masa kini. Apa pun ana dah bagi a piece of my mind kepada yang hadir mesyuarat - Timb Pengarah ada, bahagian-bahagian kementerian ada, wakil syarikat ada...gpb pun ada tapi tak semua yang hadir. Dalam pada tu ana sempat buat broadcast ... saja nak tunjuk tanpa belanja besar, tanpa alat canggih pun kita boleh buat perkongsian pintar. Tapi sejauhmana akan diterima pakai...ntah le!!! Selesai mesyuarat sempat ana singgah kedai Celcom kat Selayang....cancel sub broadband yg abang ipar pakai selama ni. Selesai sekejap je...tapi nak cari parking lebih lama masa diambil. Apa pun kerja yang tertangguh 2-3 bulan dah settle. Sampai rumah 3.00 ptg. Sampai lani tak ke mana-mana lagi...nak siapkan laporan mesyuarat dan rutin harian untuk minggu ni.
Rabu -
Pagi ni dah berada di BTP Bukit Kiara..mesyuarat tak dijangka. Surat pun tak sampai...pakai print dari email je. Pagi tadi ...4-5 pagi hujan turun lebat. Nasib baik menjelang 7 pagi hujan dah reda. Bukan apa ikut prancagan ada raptai sukan pagi ni...tapi ana tak ambil pot dah. Waktu tu ni ada kat dalam dewan sejuk ni. Lepas mesyuarat sampai 12.45 tgh ..rupa2nya tak langsung makan minum. Nak potong badjet la konon. Tapi pak pak menteri, pengarah2 pi mesyuarat duduk hotel, keluar negara ada pula budget. Ya kuli badak kaum marhein je yang jadi mangsa. Ana pun sebenarnya tak kisah pun tak ada makan ke minum ke...at least bagi tau awal-awal, kami mampu bayar sendiri setakat makan nasi lemak kopi O atau tak pun pelawa bawa sorang sikit kuih ke apa ke. Nape benda macam ni tak boleh pulak nak fikir luar kotak??? Kalau tidak pun jangan panggil mai mesyuarat jauh-jauh...pakai teknologi yang ada masa kini. Apa pun ana dah bagi a piece of my mind kepada yang hadir mesyuarat - Timb Pengarah ada, bahagian-bahagian kementerian ada, wakil syarikat ada...gpb pun ada tapi tak semua yang hadir. Dalam pada tu ana sempat buat broadcast ... saja nak tunjuk tanpa belanja besar, tanpa alat canggih pun kita boleh buat perkongsian pintar. Tapi sejauhmana akan diterima pakai...ntah le!!! Selesai mesyuarat sempat ana singgah kedai Celcom kat Selayang....cancel sub broadband yg abang ipar pakai selama ni. Selesai sekejap je...tapi nak cari parking lebih lama masa diambil. Apa pun kerja yang tertangguh 2-3 bulan dah settle. Sampai rumah 3.00 ptg. Sampai lani tak ke mana-mana lagi...nak siapkan laporan mesyuarat dan rutin harian untuk minggu ni.Monday, February 22, 2010
Feb 22
Isnin - Awal pagi on the way to school, Pengetua dah call bagi tau pagi ni ada majlis nak kena buat live. Ana tak kisah...elok juga bagi tau awal-awal supaya ana sedia maklum apa nak buat. Bukannya apa pun,,,,perhimpunan pagi ni kira perhimpunan unit uniform kali pertama. Seiring dengan itu ialah Hari Peringatan Anti Dadah Kebangsaan.... yang sepatutnya pada 19 Februari. So...semua berjalan lancar...gambar dapat, live telecast pun buat....blog pun dah update. Ni dah tengah hari....pagi tadi makan roti 2 keping je...sampai lani baru pekena 2 biji limau. Badan masih rasa tak berapa sihat tapi tak le teruk sangat. Awal pagi tadi lepas mandi pagi badan rasa seram sejuk. Lani rasa macam nak menggigil pula. Tengah fikir ni nak pi makan ke tak. Kat rumah lauk semalam ongumah masak tak sapa makan lagi. Rasanya balik nanti baru nak makan nasi. Kalau makan berat lani tentu kenyang pula. Ahh...minum kopi je le.
Sunday, February 21, 2010
Feb 21
Ahad - Semalam baru terima kad jemputan kahwin di kawasan taman ni.... majlisnya hari ini. Ingatkan dah tak ada yang nak kahwin. Semalam juga tetiba anak yang kat Sedang tu balik. Hari Khamis balik ke kampus...dengar kata tak ada orang jualan..jadi tak makan dia ...nak keluar tempat makan jauh..tetiba hari Sabtu balik. Dah tu hearsay lagi...ada hantu kat situ. Ntah le! Pagi ni dia pi belajar buat pastry pulak. Ana tak cadang nak buat apa lagi hari ni. Perit tekak masih terasa...makan makanan keras pun tak boleh telan cepat2. Tunggu makan kenduri je le jap lagi,
Subscribe to:
Posts (Atom)

