Thursday, September 10, 2009

20 Ramadhan

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh :
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Kali ni cek tak masukkan bahan-bahan luar sebab cek nak nyatakan syukur cek ke Hadrat Allah dalam bulan barokah ini. Petang Selasa lalu, ulangtahun hari kelahiran cek ke ?? cek terima panggilan dari seseorang yang mengatakan cek menang peraduan anjuran ERA-OWAGA. Kira macam hadiah harijadi buat cek la tu. Dia minta cek datang ke majlis penyampaian hadiah yang akan dibuat pada hari ini Khamis di Summit,Sunway Piramid yang akan disampaikan oleh Pak Nil (Aznil Hj Nanawi). Oleh sebab-sebab tak dapat dielakkan cek minta tolong anak cek wakilkan sebab dia ada di KL. Petang ni cek dapat maklumbalas cek terima baucer membeli-belah di Jaya Jusco benilai RM1000.00 (tempat ketiga). Pertandingannya apa? Senang je...cek hantaq gambar beraksi atas kerusi urut OGAWA ..tu je. Lekat pula tu. Syukur, Alhamdullillah ! Doa cek telah Allah makbulkan dalam bulan mulia ini.

No comments:

Post a Comment