Wednesday, September 30, 2009

Rabu 11 Syawal

Pagi ni hujan masa nak ke sekolah. Dalam perjalanan kena pulak hantar anak ke2 - ada appoinment Klinik Gigi Rawang. Lepas tu singgah pulak ambil kek untuk jamuan raya kelas. Bukan sebarang jamuan tapi kira macam praktikal satu item unit 8 Sivik - perpaduan. Berjalan lancar untuk kelas 1M dan lepas rehat kelas 1 G. Cek sediakan 2 biji kek, sekali sambut birthday murid lahir pada hari ini. Hari Isnin lepas kelas 1D. Daripada 3 kelas ni , yang lebih terancang kelas 1G - siap ada bihun goreng (walaupun tak cukup untuk semua orang) lepas tu diedarkan jajan. Kelas 1M tak sediakan bekas minuman, nasib baik ada lebihan yang disedikan untuk kelas 1D lalu. Pada keseluruhannya setakat makan bergaul 3 kaum tak jadi masalah tapi bila bab mengisi waktu untuk bertanya khabar - tak ujud perpaduan yang diharapkan. Budak Cina duduk dengan geng dia, budak India dengan geng dia. Yang baiknya ada juga sorang dua budak Melayu yang ringan tangan hulurkan makanan ke geng-geng tadi - dan diterima dengan baik - habis juga makanan yang disediakan. Sebagai permulaan untuk pelajar Cina dan India yang tak pernah berada dalam majlis seperti ini, kira ok la. Nasib baik petang ni tak ada program, pukul 2.15 dah balik ke rumah. Sepanjang hari tak dapat nak akses tanpa ganggun, jadi lepaskan geram kat rumah.


Kelas 1M


Kelas 1G

No comments:

Post a Comment