Wednesday, September 30, 2009

Rabu 11 Syawal

Pagi ni hujan masa nak ke sekolah. Dalam perjalanan kena pulak hantar anak ke2 - ada appoinment Klinik Gigi Rawang. Lepas tu singgah pulak ambil kek untuk jamuan raya kelas. Bukan sebarang jamuan tapi kira macam praktikal satu item unit 8 Sivik - perpaduan. Berjalan lancar untuk kelas 1M dan lepas rehat kelas 1 G. Cek sediakan 2 biji kek, sekali sambut birthday murid lahir pada hari ini. Hari Isnin lepas kelas 1D. Daripada 3 kelas ni , yang lebih terancang kelas 1G - siap ada bihun goreng (walaupun tak cukup untuk semua orang) lepas tu diedarkan jajan. Kelas 1M tak sediakan bekas minuman, nasib baik ada lebihan yang disedikan untuk kelas 1D lalu. Pada keseluruhannya setakat makan bergaul 3 kaum tak jadi masalah tapi bila bab mengisi waktu untuk bertanya khabar - tak ujud perpaduan yang diharapkan. Budak Cina duduk dengan geng dia, budak India dengan geng dia. Yang baiknya ada juga sorang dua budak Melayu yang ringan tangan hulurkan makanan ke geng-geng tadi - dan diterima dengan baik - habis juga makanan yang disediakan. Sebagai permulaan untuk pelajar Cina dan India yang tak pernah berada dalam majlis seperti ini, kira ok la. Nasib baik petang ni tak ada program, pukul 2.15 dah balik ke rumah. Sepanjang hari tak dapat nak akses tanpa ganggun, jadi lepaskan geram kat rumah.


Kelas 1M


Kelas 1G

Tuesday, September 29, 2009

Selasa 29 -pasar malam day

Ingatkan tak ada citer menarik hari. Tapi kena rekodkan juga apa yang dilalui. Sejak sebelum cuti raya oulium dan adapaer selalu buat kacau. Net tergendala dari semasa ke semasa. Asyik dok kena restart...akhirnya out terus. Hari ni 2 orang GITN datang - sorang check port router, sorang lagi tukar adapter. Sejak tu line ok ler. Lepas sekolah ada mesyuarat lagi tapi cek balik dulu hantar anak dan kado hajat. Datang balik jam 3.00 ptg mesy dah habis. Kena pulak check PC kehadiran sebab asyik tak boleh lancar awal pagi. Rupa-rupanya C: dah penuh - terpaksa le buat kerja delete dan pindah fail. Lepas ni meraban le cari fail masing-masing - dah cakap jangan buka folder sendiri dalam PC umum. Balik 4.30 ptg. Lepas solat asar, dah berkejar pulak ke pasar malam beli juadah untuk jamu tetamu dari Jepun. Beli laksa,kuehtiau goreng kerang,bihun sup, celur-celur,jagung, apam balik- nah ambik makan puas-puas. Tapi orang Jepun bukan boleh makan masakan pedas- jadi hidangan untuk mereka celur-celur dan bihun sup. Jagung rebus pun tak ada kat jepun, cara makan depa lain gayanya. Sampai lepas Maghrib depa duduk sembang, main bunga api pastu bergerak ke KLIA - kekawan yang iringi 2 budak Jepun tu dari minggu lepas ronda Malaysia la yang hantar. Ni la rupa 2 budak Jepun tu...macam Kin Chan tak?
Sedang menikmati hidangan.
One for the family album.
Ni budak Malaysia belajar di Jepun.

Monday, September 28, 2009

BACK TO SCHOOL

Isnin 28 Oktober 2009 / 9 Syawal 1430 - kembali ke sekolah. Mood masih raya gamaknya sebab suasana agak sunyi...macam tak penuh lagi kehadiran hari ini. Yang pasti staf pejabat ada yang masih bercuti. Ataupun kesunyian disebabkan pelajar tingkatan 3 dah mula terasa bahang PMR yang akan bermula minggu depan. Sepanjang hari keja-kerja macam biasa. Masuk kelas !D buat jamuan raya...ada dalam silibus Pendidikan Sivik - Unit 8 - perpaduan. Kira buat praktikalnya sekali sempena hari raya. Dah tu ada 2 wakturelif 2M - buat ulangkaji ciri pantun dan syair. Pukul 2 ada mesyuarat - sambutan hari ko-kurikulum cum hari makan-makan dan main-main pakai kupon. Briged nak buka cybercafe - main game aje - kolek duit untuk tabung...boleh buat high-T kat Seri Malaysia nanti. Bali dah dekat jam 4.00 ptg. Tak sempat pun nak buka NB kat rumah hari ni. Tengok-tengok TV..ambil kereta yang dibaiki...dah mlm. Tengok TV...tidur!

Sunday, September 27, 2009

Ahad 8 Shawal

Esok dah mula bersekolah....otak tgh fikiaq nak buat persiapan.Nak kena pi sekolah tengok sistem sat. Dengaq kata akses internet down. Dah seminggu tak tengok.Silap-silap ganggu sistem log in kehadiran staf. Sepanjang hari duduk kat rumah aje. Petang sikit baru ada bebudak taman datang raya ....makan kuih raya dan dapat duit raya je.

Saturday, September 26, 2009

Sabtu 7 Raya

Perancangan hari ni? Belum pasti...rasa macam nak ke Bangi....ada pula jemputan kenduri kahwin di taman sebelah...ada juga jemputan raya di rumah adik ipar (Kg Baru)...nak hantar anak ke Rawang...tumpang kawan dia balik ke Skudai. Bergerak keluar dari rumah jam 9.00 pagi. Singgah di Rawang Perdana ambil kawan anak cek yang nak balik Johor. On the way kena pula singgah Kg Baru hantar anak lelaki sulong dan barangnya sebab dia ada apppoinment dengan client gamaknya. Dari situ terus ke Sekesyen 7 Bangi..rumah anak sedara yang datang melawat semalam. Sori le Musa tak sempat nak call dan singgah ke rumah sebab nak kejar masa menunaikan janji di Nilai. Sampai tol Nilai sudah jam 1.15tgh. Yang ditunggu pun tiba...berangkatlah anak cek balik ke UTM Skudai bersama 2 rakannya. Yang memandu kereta orang Seremban.Alang-alang dah sampai Nilai..apa lagi ponnu cek nak ke Nilai 3 la pulak. Dari jam 2.00 ptg sampai kat pukul 5.30 kat situ...beli tikar fesyen baru, beli baju, beli langsir...banyak juga habis duit kat situ..tapi bukan duit cek! On the way balik ke Kg Baru, ada mangkok sorang ni bawa kereta macam jalan tu bapak dia punya. Nak mencelah je ikut suka dalam deretan kereta yang tengah laju. Cek tak kira punya..tak bagi laluan...terus hon aje..dia mengelak tak jadi celah...hampir langgar bontot kereta lain. Dalam pada tu pun dia celah kat kereta lain dan belah! Orang macam ni la punca kemalangan yang patut digantung je ...lesennya! Ntah-ntah lesen memandu pun tak ada! Bukan boleh percaya maluan macam tu.Dekat pukul 6 sampai kat rumah adik ipar yang jemput makan-makan raya. Semua tetamu dah balik..tapi makanan masih ada. Tengah mengadap datang anak sedara belah ponnu cek yang tak datang awal tadi...sama-sama la kami makan sambil sembang-sembang. Dia bertugas di Myanmar. Jadi tengah bicang-bincang nak lawat tempat dia sebelum dia dipindahkan balik ke KL. Lepas Maghrib cek bertolak balik ke KKB...singgah lagi kat kedai perabot di Rawang pulak. Alahai....cek tak kisah...bukan duit cek!

Friday, September 25, 2009

Jumaat 6 Raya

Belum ada plan apa-apa...tak ada nak ke mana-mana. Duduk di rumah tunggu tetamu. Hari ini dilawati ..Menjelang 12.tgh Ustaz Badri dan keluarga sampai...hidangan lontong special. Belum sempat nak keluar ke mesjid,bebudak taman pula sampai..hidangan kuih je..sebab itu yang mereka minta dan hulur.Balik dari mesjid ada jiran yang tumpang ke mesjid singgah sembang-sembang sambil teman makan tengah hari. Dalam rumah dah ada 4 dara bekas pelajar yang sampai lebih awal. Selepas asar, sampai pula 1 kereta 4 orang pelajar lelaki (T5)...dan tak sampai 10 minit sampai pula 10 lagi pelajar ting 4 dan yang telah pindah ke sekolah teknik. Tak sempat nak ambil gambar kumpulan, mereka dah keluar nak balik sebab anak sedara dari Bangi sekeluarga pula sampai. Yang pompuan akan sedara cek asal dari Jelapang, Perak. Suami dia orang Rembau....ibubapanya pernah tinggal di akademi bomba KKB...kalau ada yang kenal sila tinggalkan komen...mungkin kita pun bersaudara.Gambar tak jelas sangat? Nah tengok yang ini ..Hari yang memenatkan tetapi sangat bahagia. Kedatangan tetamu membawa rahmat ke dalam rumah ini. Hidangan makanan yang dijamah oleh kanak-kanak mendapat pelepasan dari Allah s.w.t. Tak percaya tanya ustaz!

Thursday, September 24, 2009

khamis 5 raya

duduk rumah je...ponnu cek bertugas kat sekolah. Cek dok rumah- buat kerja rumah je...update blog....tengok blog yang sempat. Tengahari pi juga la ke rumah Cikgu Zuraidah..pengetua ada, staf pejabat ada....makan-makan, minum tak sangat, sembang-sembang macama biasa. Lewat petang sikit ada group bekas pelajar datang ke rumah. Lepas Isyak 2 jirang sebelah pula datang. Makan-makan, minum-minum,sembang-sembang tapi cek tak masuk pot sebab semuanya pompuan. Kalau tumpang sekaki nanti jadi isu...payah! Habisnya melangut depan tv je sampai 12.30...masuk tidur..malam jumaat beb!.

Wednesday, September 23, 2009

Rabu 4 Raya

Banyak tempat nak pergi hari ni....dalam perancangan ...ke Taman Koperasi Polis - rumah seseorang yang dah 4 tahun janji nak pergi tapi tak sampai-sampai, ke Taman Keramat - rumah bapa saudara belah ponnu cek, ke Chochrane - rumah ejen GOJI - ke Kg Baru lepak sementara tunggu 3 petang untuk ke KLIA sambut orang Jepun kawan anak cek. Dari situ tengok la ke mana-mana pula...

Alhamdullillah...perancangan berjalan lancar. Dari rumah kami sekeluarga (full 7 orang) menghala ke Taman Koperasi Polis. Dek kerana nak lalu ikut Sungai Tua, maka cek pun call Rosli Jamaluddin - nak singgah tengok ladang tomatonya. Dia sekeluarga masih tidur tapi apa nak buat sebab dah dekat nak sampai rumahnya- redah la juga. Sori lah ya Rosli...nama pun HARI RAYA...tetamu mesti dilayan. Tak ada sangat pun nak dilayan, bukan minta sediakan juadah hebat-hebat - cukup sekadar air kosong dan kuih muih yang ada atas meja. Yang penting ziarah menziarahi, salam bersalaman, maaf bermaafan. Lepas ponnu cek petik buah tomato - nak sangat dia petik sendiri - kami pun beredar. Detinasi - Taman Koperasi Polis...tup tup sampai ke Taman Melewar - maka singgah la pula kat rumah kakak ipar cek - kerja dia kat Medan (bukan Medan Selera - MEDAN INDONESIA) sana nun...balik bercuti raya. Lama juga duduk kat situ - sambil tunggu hidangan (ringkas dan mudah je) sempatlah ponnu cek petik buah mangga muda sementara anak cek sauk ikan talapia dan patin dalam kolamnya. Lepas tu menghala semula ke Taman Koperasi Polis - rupa-rupanya FASA 2. Jumpalah rumah yang dicari. Tertunailah hajat yang tertangguh selama 4 tahun. Dari situ kami terus ke rumah sorang lagi kakak ipar cek - kat Keramat. Sebelum tu ponnu cek dah siap call minta sediakan bahan untuk masak patin fresh punya - masak lemak tempoyak. Sampai je masakan dah tersedia tinggal siang dan masukkan ikan. Makan tengah hari kat situ la jadinya. Jam pun dah pukul 3.30 ptg. Anak cek dah mula resah sebab janji dengan kawan-kawan dari Jepun jam 4.45 ptg di KLIA. Maka bergerak kami ke KLIA...dari Keramat 1 jam sahaja dah sampai. Tunggu punya tunggu punya tunggu pukul 5.45 baru mereka berdua sampai. Mereka beredar ke destinasi sendiri, cek bergerak balik ke KL. Singgah la rumah ejen GOJI...janji nak sampai pukul 1.00 tgh..pukul 7.00 mlm baru sampai - lambat pun sampai juga cek sebab dah janji. Sebelum masuk Isya'. dah bergerak semula ke Keramat - ambil ikan yang diasamkan, 1 set PC rosak untuk dibaiki (milik anak sedara)...minum-minum, makan-makan, sembang-sembang - pukul 11 bertolak balik ke KKB - sampai 12.00 tgh malam. TIDUR nyenyak.

Tuesday, September 22, 2009

Selasa 3 Syawal

Belum ada plan...lepas subuh, tengok-tengok blog...buat update sikit,, ponnu cek dah ajak pi market. Tak ramai yang menjual-beli - ramai masih kat kampung raya. Lepas tu sampai tengah hari masih tengok-tengok blog lagi. Dah agak petang sikit datang 3 family bekas anak murid cek tahun 1979 & 1986. Tak sampai 5 minit datang pula 2 family - juga bekas anak murid cek tahun 1998. Banyak juga cerita lama yang keluar terutama dari bekas pelajar yang pernah duduk asrama. Satu rahsia terbocor - amalan merokok dalam dorm asrama - bau rokok dihapuskan dengan semburan RIDSECT. Ni kisah lama bukan tips untuk budak asrama!!! Lepas makan-makan, minum-minum,cerita-cerita - mereka pun balik. Dapat maklumat terkini - apa lagi malam cek update blog alumni - tengok la kat http://www.alumnism3kb.blogspot.com/ Terima kasih sangat-sangat cek pada mereka kerana sudi datang ke teratak cek ni dan membawa 1000 rahmat.
Tiga beradik - 2 bekas anak murid - Mistura (1979) dan M.Asri (1986)Keluarga Mistura
Keluarga M.Asri
Keluarga Faizal (1998)
Keuarga Amir Hasanuddin (1998)

Monday, September 21, 2009

Isnin 21 Sept

Hari Raya kedua. Keadaan masih sunyi sepi di awal pagi. Jiran-jiran semua dah balik kampung. Teringat masa dulu-dulu - masa kecik dulu la...hari raya kedua awal pagi dah bangun. Seawal 9 pagi dah keluar semula ke rumah-rumah jiran - kumpul duit. Baju raya mesti 2-3 helai. 1 pakai hari raya pertama,1 raya kedua,1 raya ketiga. Mai masa anak-anak lani, tidor lagi pagi raya kedua ke ketiga ke. Lagi satu harapkan kita yang bawa pergi rumah jiran2. Suasana di kawasan taman perumahan gitu gamaknya. Patutnya lagi mesra dan erat persahabatan. Tapi nak kata macam mana lagi...tak ada rakan sebaya yang berjiran. Sekolah lain-lain. Main bersama dah tak boleh campur lelaki perempuan. Bahaya budak-budak zaman ni. Habisnya memerap kat rumah je- tengok tv, baca buku, mengadap komputer game. Tak pa la kot..lebih selamat rasanya.
Jadi hari ni cek nak jalan-jalan pi Gesir ....Gedangsa...Kg Soeharto....Sungai Besar -- sebesar hajat di hati harap kesampaian.
Cadangan tu nak bergerak keluar dari rumah seawal 8.00 pagi tapi tok tek tok tek...pukul 10.30 baru dapat mula. Destinasi dituju ...Gesir. Dalam perjalanan kawan ponnu cek dari Melaka bagitau dia nak sama-sama ke sana..jadi berjumpa di Behrang...terus ke sana. Depa semua anak murid cek dulu tahun 1978-1979. Rumah yang cek pi ni rumah kawan baik ponnu cek - kira macam mak angkat dia sekali tu. Lepas cerita-cerita, makan, makan, minum,minum - cek bergerak ke Sungai Besar pulak. Tak jadi pi Sg Dusun sebab orangnya dah rumah kat Gesir. Sampai di Sg Besar (rumah sapa lagi - Ustaz Badri le tu)...pukul 2.30 ptg. Macam biasa RAYA - makan,makan,minum,minum,cerita-cerita - pukul 4.00 ptg kami pi Sg Hj Dorani pulak - rumah kawan USM ponnu cek- Sabariah namanya.
Sepanjang perjalanan cek tengok budaya masyarakat di situ yang boleh dicontohi. Namanya BARAAN. Kalau KKB dibuat malam raya...lepas Isyak sampai 1-2 pagi. Penat! Tapi kat sebelah sini dibuat pagi sampai petang. Meriah! Pastu ikut giliran pulak - raya kedua puak lelaki, raya ketiga puak pompuan. Memang terasa kemesraan hidup sekampung.
Dari situ cek call Brahym....dia ada kat rumah mak dia di Parit 9. Tak jauh dari tempat di mana cek berada. Dari pukul 4.45ptg cek bergerak nak ke sana. Banyak jalan-jalan (permatang) kat situ. Cek ingat kalau ikut permatang boleh keluar ke Parit 9. Rupa-rupanya dah sampai ke Jalan Tali Air - terus ke Tanjung Karang. Sori la Brahym....hajat tak kesampaian. Cek pun terus je menghala ke Rawang untuk balik ke KKB. Pukul 8.45 malam sampai rumah. PENAT! TIDUR!!!

Sunday, September 20, 2009

1 Syawal 1430

SELAMAT HARI LEBARAN...MAAF DZAHIR & BATHIN .....Taqabballahu minnawaminkum...minal Aidil wa Faaizin.
Alhamdullillah....dapat lagi cek menikmati kemeriahan Aidil Fitri tahun ini. Pengalaman telah mengajar beberapa perkara bila tiba hari raya. Tahun 2007, dari Kpg Baru,KL cek berkejar nak sambut raya pertama di Penang. Dalam perjalanan cek kontek la kakak-kakak cek yang ada diPenang sana, kot-kot boleh tumpang bemalam. Tetapi semua rumah sudah dipenuhi anak-anak dan sanak saudara dari jauh. Jadi cek sekeluarga pun bermalam di Seri Malaysia Taiping. Berayalah hari kedau di Penang dan petang tu terus balik KKB.
Tahun 2008, cek tukar plan pulak...lepas beraya di KL, balik ke KKB....kot-kot ada jiran tetangga, rakan-rakan atau anak murid nak datang ke rumah...sampai hampir seminggu tak ada yang datang, cek nak pi rumah depa pun depa tak ada di rumah - pakat balik kampung semuanya.
Tahun ni cek buat plan lain. Lepas solat sunat Aidil Fitri, cek sekeluarga pi ambil gambar kenangan di kedai gambar. Lepas tu terus ke kubur mak mertuaku di Ampang, KL. Dari situ terus ke rumah kakak iparku di Damansara - port pertemuan keluarga untuk kali ini. Ingatkan cek dari jauh sampai lambat - pukul 12.30 tgh pun yang lain-lain tak sampai. Tak kisah la RAYA! Masing-masing sibuk dengan persiapan anak cucu depa. Pukul 3 ptg cek bertolak ke Jelapang - rumah kakak cek - sampai 5.30 ptg. Bukan nak lama sangat pun - makan, minum, cerita lebih kurang - cek bertolak balik ke KKB pukul 8.00 mlm -sampai rumah 10.30 mlm. Selesai satu hari raya.

Beginilah suasana hari raya keluarga belah ponnu cek di KL....



Tangan Cek, ponnu cek dan cucu sedara cek!!!

Saturday, September 19, 2009

29 Ramadhan

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan :
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Sudah 29 Ramadhan. Hari ini tengok anak bulan. Kalau nampak, esok Ahad raya. Kalau tak nampak ramai yang kata esok tetap raya. Dah ada yang sedia maklum tahun ni puasa 29 hari je. Apa pun dalam doa tarawih sepanjang Ramadhan kita mohon Allah s.w.t. " Semoga Engkai beri kami kurnia iman yang sempurna, semua yang Engkau fardhukan dapat kami tunaikan, ibadat solat dapat kami pelihara, amal zakat dapat kami laksanakan, kasih sayangMu dan kemaafanMu kami harapkan, dengan petunjukMu dapat kami berpegang, yang tidak berfaedah dapatg kami tinggalkan, terhadap dunia dapat kami berzuhud, terhadap akhirat semoga kami selalu menggemari, dengan takdirMu kami rela, terhadap nikmatMu kami bersyukur dan atas ujianMu kami bersabar. Di bawah naungan panji-panji Nabi Muhammad s.a.w, di padang Masyhar nanti semoga kami akan dihalau, di telaga Kautsar semoga dapat kami minum, di atas kasur mulai semogak kami didudukan, dengan bidadari syurga semoga kami diperisterikan, dengan kain sundusin dan istrabaqin kami diberi pakai, dengan makan surga kami diberi makan, dengan air susu dan air madu kami diberi minum, dalam cangkir iskan dan gelas yang bersih bersama para Nabi dan orang-orang yang benar, para syuhada dan para solihin. Ya Allah, pada malam yang mulia dan penuh barokah ini, maafi dan ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, saudara mara kami, ahli-ahli rumah kami, guru-guru dan orang-orang yang mengajar kami, orang-orang yang kami ajari, orang-orang yang mustahak ke atas kami, orang-orang yang mencintai dan berbuat baik kepada kami, orang-orang yang mewasiati kami dengan doa. semua kaum Muslimin dan Muslimat baik yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia."
Dan selepas witir, kita berdoa lagi:" Ya Allah, Tuhan yang menerangkan kehendak-kehendak Al-Quran dan membezakan di antara yang benar dengan yang bathil.Tuhan yang menurunkan AL-Quran dengan penuh pengetahuna dan jelas penerangan.Berkatilah kami disepanjang-panjang bulan Ramadhan ini dan ketemukan bulan yang mulia ini beberapa kali dari tahun ke tahun mengikut kehendak dan keredaanMu. Ya Allah, Tuhan sebaik-baik mengurniakan Rahmat, sesungguhnya Engkau pada malam ini dan malam-malam lainnya di sepanjang bulan Ramadhan ini ada membebaskan beberapa daripada penghuni-penghuni neraka, maka kami mohon padaMu, Ya Allah, jadikan kami, ibubapa kami, sanak saudara kami, ahli rumah kami, guru-guru atau orang yang mengajar kami, kaum kerabat dan rakan tolan kami, sekalian hadirin dan ibubapa mereka, terjumlah daripada golongan yang dilepaskan dari azab neraka."
Amin.
Kalau ada la tarawih malam ni...inilah ganjarannya yang Allah janjikan:
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh :
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

Friday, September 18, 2009

28 Ramadhan

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan :
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Renungan Hari Jumaat -
"Orang Mukmin yang paling sempurna imanya adalah yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap isterinya, anak-anaknya dan keluarganya."Hadith Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Imam At-Tarmizi.
Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindu kepadamu dan apabila kamu mati mereka akan menangisimu. Sesungguh Allah sayang kepada hambaNya yang berbuat kebaikan dan berkasih sayang.

Thursday, September 17, 2009

27 Ramadhan

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh:
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Hukuman sebat cara syariah ......


dan cara sivil ......

Wednesday, September 16, 2009

26 Ramadhan

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam :
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Ingin selamatkan kereta anda ...ikut cara ini...

Apatah lagi kiranya anda pemilik kereta WAJA model baru ini...

Tuesday, September 15, 2009

25 Ramadhan

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima :
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
...dari Concorde Inn, KLIA jam 4 pagi ...sahur disediakan oleh pihak hotel dari jam 2-4 pagi sahaja. Dek sebab dah biasa bangun sahur jam 5.00 pagi (lebih afdal melewatkan bersahur) bersama teman -Us Badri dan Us Taib - tapau je makanan dari cafe - dengan harapan dapat bangun semula untuk bersahur. Desert manisan dan kopi dah masuk sebagai alas perut.
Sedutan dari blog gpb bangi...nasihat perlu didengari....

Monday, September 14, 2009

24 Ramadhan

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat:
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Pagi ni cek akan bergerak untuk mesyuarat penyelarasan pembestarian sek. Negeri Selangor di Concorde Inn,KLIA. Maknanya dalam bulan ramadhan ni dah 2 kali berbuka kat luar. 1 Sept-2 Sept dulu kat BTPN Negeri Sembilan. Sekali sekala bertarawih dengan kekawan memang seronok.
Hasil karya seni - Cikgu Thurai boleh buat hantaran masa kawin nanti - ada ke?