Saturday, July 10, 2010

Julai 10


Sabtu - Pagi ni lepas Subuh ada kuliah Feqah - bab larangan orang berjunub. Macam biasa lepas kuliah makan nasi lemak, kuih seri muka, teh tarik... bedal semacam je... balik makan ubat. Lepas ni nak ke rumah ketua kampung...tengok2 apa yang patut.. tapi sebelum tu nak cari hadiah konsian ahli jkk untuk pengantin. Dalam pukul 12.00 nak gi Kepong pula..kenduri kahwin anak pengetua. Semuanya berjalan lancar. Dari kepong ke Greenwood Gombak rumah ipar yang akan langsung perkahwinan anaknya minggu depan. bertolak dari gombak 5.30 ptg .. sampai ke kkb elok2 nak masuk maghrib. Lepas maghrib bersama jk sediakan fail untuk program esok. Hadiah ongumah tolong balutkan. Sijil pun dah diprint. Tinggal seperkara dua je esok baru boleh buat. Apa pun masuk tidur sebelum 11 mlm. Cerita kata tv pun tak menarik..ASTRO dah 4 hari rosak decordernya... belum hantar ke kedai.. panggil datang ke rumah tak sampai2 lagi.

No comments:

Post a Comment