Friday, July 9, 2010

Julai 9

Jumaat - Pasar malam lagi petang ni ..tapi seblum tu perut dah kenyang sebab ada mesyuarat JK Khiarat Kematian- biasanya mee muar, kuih muih - pasti full punya. Hari ni pun berlalu dengan pantas ... cukup time balik... gi solat Jumaat- selesai - gi ambil ongumah kat sekolah - sampai rumah siap keluar semula gi mesyuarat kat rumah setiausaha Khairat Kematian - dekat sekolah juga rumahnya. Selesai agak awal hari ini... 4.00 petang dah over.. makan seperti yang dijangkakan. Sampai rumah sempat lagi ke masjid untuk asar. Lepas asar terus ke masjid besar untuk tengok2 dan ambil hari ketua kampung/pengerusi jkkk kahwinkan anaknya. Ambil 2-3 snap gambar...duduk belakang imam tetiba diminta isi borang... jadi saksi. Ana tak kisah ... pastu dihulur RM dalam tangan. Selesai semuanya lepas 5.30 ptg..singgah Pasar malam beli makan untuk ongumah dan anak sorang - laksa, bihun sup dan jagung. Ana dah kenyang.. lagipun malam ni ada makan lagi. Masuk waktu ke masjid untuk Maghrib... hujan turun lebat lagi.. ada kuliah lepas tu. Sempat bincang dengan Us Nizam - fasi untuk program Ahad nanti. Lepas Isyak ke rumah ketua kampung - tahlil dan doa selamat - hidangan sup tulang lembu. Makan semangkuk dan seketul... balik perut rasa tak selesa... nasib baik semangkuk. Rasanya lepas ni tengok je le dan jamu mata. Balik dah pukul 10.30... nak pantau2 web pun tak larat dah..jadinya masuk tidur je.

No comments:

Post a Comment