Monday, July 19, 2010

Julai 19

Isnin - Perhimpunan pagi ada sikit kejutan - ada majlis kempen sopan santun, kejutan bukan sebab apa..sebab tak tahu pun ada program.. nampak belon je tetiba.. budak Briged pun tak dtg cari kerja.. kenalah ambil gambar sendiri. Ada relif satu waktu 11.10 nanti. Tengah buat kerja dtg pen editor METRO - e-sm3kbian - Mazlan Ohkom, Bincang sikit pasal JUBLI EMAS - sebut Jubli Emas teringat kerja-kerja yang masih tergendala - nak edit logo sambutan. Tengah buat keraj tu teringat kerja JKKK tak siap - minit, surat menyurat. Tengah buat kerja JKKK teringat kerja MAHAP - surat mohon bantuan - plan dah siap. Begitulah putaran kerja hidup ini. Anyway ..semua berjalan lancar... dah jumpa.. dah bincang.. dah masuk kelas relif. Baru keluar kelas, ahli JKKK dtg jumpa cerita pasal nak buat surat tuntutan.. sampai waktu nak balik. Balik dah pukul 3 ptg... lepas zohor tak sempat nak buka NB..dah masuk asar...ke masjid. Lepas asar ambil gambar lagi - projek baiki longkang, kwasan lapang dibuang tong sampah oleh MDHS, pokok-pokok nak minta trim. Sampai rumah dah 6 ptg.. perut rasa lapar -- jamah roti, buah duku, rambutan - saja je makan yang manis-manis sebab nak makan ubat lepas tu. Sejam lepas tu dapat pulak hidangan kuehtiau sup. Lepas tu buat kerja susun surat2,,,masuk maghrib kat rumah je... lepas tu baru ke masjid untuk ISyak. Lepas Isyak ada perbincangan 4 orang pasal tanah perkuburan yang nak dibuka semula. Balik dah 10 mlm.. siap-siap masuk tidur 10.45 mlm.

No comments:

Post a Comment