Tuesday, July 6, 2010

Julai 6

Selasa - Sehari lagi datang .. alhamdulillah masih bernafas segar .. diberi peluang untuk hidup sehari lagi. Hari ini berlalu bukan begitu sahaja sebab kejar masa untuk siapkan kerja. Dapat 2 relif hari ini.. awal dan tengah. Mula2nya 2 waktu sebelum masuk kelas sebenar 2 waktu = 4waktu straight. Komplin la sikit kan... tukar jadi 2 berasingan. Masuk situ .. keluar ..masuk lagi .. keluar .. tak lama masuk lagi... macam ni mana nak siap kerja. Belah pagi godek2 sikit printer yang ada ni..dah buat hal. Cari ganti buat sementara. Selesai kerja printing. Keluar dari kelas...sempat tengok2 apa yang patut.... yang tak patut tak tengok la. Habisnya pukul 3 lebih baru dapat tinggalkan kawasan sekolah..singgah Pusat Zakat hantar surat..sampai ke rumah 3.30. Lepas solat baru nak menghadap NB sambung kerja2 sikit, dapat call dari sekolah orang kementerian datang pasal makmal komputer dalam pembinaan. Berkejar balik ke sekolah ..sampai 5 lebih. Balik pulak... solat asar ..siap untuk ke masjid. Lepas maghrib start malam ni buat kelas BI untuk bebudak yang dtg ke masjid.Lepas isyak dapat laporan kes dah lama berlaku.. orang tak sihat otak mengendap rumah ustaz... siang hari pulak tu....kaki mencuri - basikal bertukar ganti, hp - jual murah2, dipukul orang dan memukul orang dan macam2 lagi - tentang orang yang sama. Gi jumpa abangnya .. dapat cakap dengan maknya.. semua cakap report polis je. Jadinya bersama Pengerusi dan Imam masjid, ke balai la kami pada pukul 10 mlm. Lepas buat report IO (Investigation Officer kot) panggil untuk ambil statement. Sebelum tu uztaz yang kena intai pun dah buat report tapi tak ambil statement pula. Habisnya dekat 11.30 mlm. Habis semua maklumat pelapor direkodkan... soal nak mengneal suspek, nak minta kerjasama kesan suspek tak timbul pun. Alih-alih IO tu nak jumpa la pelapor malam tu..dah dekat 12 mlm. Mungkin ini yang dimaksudkan dengan tindakan segera kot. Apa pun dapat masuk tidur ketika jam nak berdetik 12 tengah malam.

No comments:

Post a Comment