Saturday, December 10, 2011

Dis 10

Sabtu - melaporkan dari tapak perkhemahan Air Terjun Kota Tinggi. Baru selesai solat subuh di kawasan lapang...dlm suasan hening deruan air terjun... memang dekat dgn alam. Hari ni nak bergerak ke tempat lain pulak.... mlm ni ada gerhana bulan penuh dari 8.30 mlm smpai 1 pagi... kalau dpt berkhemah lagi dpt rasakan suasana yang berlainan. Ni tgh caj NB,telpon sambil update blog.Apapun lepas ni nak sarapan kat mana...come what may!!! Dari pagi bersantai2 dulu sebelum kemas untuk bergerak ke Skudai pulak. Jadinya tak sarapan sbb tak ada orang jualan walaupun gerai ada 3-4. masih awal pagi lag katakan. Merayap naik ke kawasan atas air terjun.. ada lagi ada terjun.. kolam lebih besar dan dalam.. menyusuri tangga yang dibuat untuk tujuan tu. Pukul 10 lebih packing dan beredar dari tapak khemah Air Terjun Kota Tinggi. Singgah sarapan sebaik jumpa kedai makan tepi jalan. Tinggal lontong 2 mangkon, kuihtiaw sepinggan dan nasi lemak sepinggan - horlick, kopi jantan, nescafe - RM15.00. Ok ka? Lepas makan singgah pulak ke Muzium Kota Tinggi. Banyak catatan sejarah ... dan satu tingkat pasal kembara mahkota Johor... semua hadiah diterima semasa kembara sejak 2003.. satu pembaziran yang tersirat... fikirlah sendiri. Satu lagi ruang keisah menteri besar johor... ada buat sikit komplen... gambar2 tak ada caption untuk terangkan kisah disebalik gambar. Dah jumpa pegawai yang terlibat .. dah bagi pandangan pun. Dari situ ke makam Sultan Mahmd mangkat dijulang... dah mati pun masih nak julang. Dibina bangunan ditempat makam beberapa batu nisan zaman kurun 16-17. Boleh ka dibuat begitu atau sekadar dijadikan tontonan saja kot. Dah tu terus menuju ke Pasir Gudang... nak cari tempat penginapan tapi tak jumpa. Singgah rumah keluarga angkat anak 3 masa di belajar kat utm ni. Bergerak dari rumah lepas azan asar.... cari hotel di Taman Universiti .. ada beberapa tapi semua full. Pusing1..akhirnya ke Taman Tun Aminah.. banyak tempat tumpangan yang murah. Dah 6.30 ptg.. checkin kat Union Hotel.. sebilik standard RN52 je...ada wifi psd mbha2011. Sempat asar-zohor sblum maghrib. Sebelum keluar cari makan mlm.. minum kopi makan kek... baru keluar cari kedai makan. Ada satu je kedai makanan melayu.. lain semua cina. Pekena nasi sup ekor, sayur cendawan,puyuh goreng lada,, anak2 mkn tomyam je. Selesai makan sempat tengok gerhana bulan.. nampak jelas dari Skudai ni... dah 3/4 tutup.. baru 9 lebih. Naik ke bilik....tunggu sekejap sampai gerhana penuh.. dlm 10 lebih.. tak sanggup tunggu sampai 1 pagi. Minum kopi makan kek lagi.. mata terlelap sebelum 12 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment