Monday, December 19, 2011

Dis 19

Isnin - melapor dari Rasa Hotel,Batu Feringgi, Penang, Lepas subuh biasa le update blog ni. Lps ni nak check out, cari makan dan pusing pulau....come what may!!! Tak tunggu lama2... 9 pagi dah checkout... terus menuju ke Teluk Bahang.. cari kedai makan. Singgah di pasar Teluk Bahang.. ada gerai2 makanan juga. Pekena nasi lamuni lauk daging cili... pekena juga kuih kocok.. ada ketupat palas. Dah tu jalan2 pusing pasar terjumpa makcik ikan kering- dia jual buah rokam jeruk. Sembang2 dapat tau ada pokok namnam kat rumah dia. Dari situ ke Taman Negara Pulau Pinang dulu. Tak pernah pergi sebab baru dibina dan dibuka – baru2 dah 5-6 tahun kot. Satu usaha yang baik untuk conserve nature. Dari situ saja je pusing2 cari rumah makcik ikan kering..... jumpa pulak homestay jiran makcik tu. Dapat la bergambar sekali dgn pokok namnam dan buahnya yang masih muda. Sembang2 suami isteri mengadu tidak mendapat bantuan zakat atau yang berkaitan .. nak baiki bumbung rumah pun tak dapat apatah lagi bantuan2 lain. Suaminya nelayan nak ke laut pun sampan sendiri enjin bot dah rosak.. tak boleh dpt pinjaman lagi sbb umur dah lanjut..tapi orangnya masih bertenaga. Jadi bekerja dengan tauke je le.Isteri jual ikan kering...rokam jeruk dan buah kelapa. Alahai..pemimpin tempatan buat apa no? Dah tu beredar ke Pantai Acheh... cari pantai terus masuk sampai hujung kampung cina...bela babi...pantai mmg tak ada. Dinamakan gitu sbb dulu orang Acheh mendarat kat situ..ntah kat mana mendaratnya. Pusing balik ..dalam perjalanannya ada balai cerap – Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir....singgah sekejap sembang2 dgn petugas di situ – Us Firdaus dan Sukri... dpt gift beg isi risalah. Tinggi juga memanjat tangga ke ruang pameran & ruang cerap.. tapi pengalaman yang menyeronokkan. On the way singgah pekena cendol tepi jalan di Sungai Pinang. Memang sedap lemak berkrim santannya. Sembang2 penjual suami isteri 5 anak.. mengadu hal tidak ada pembelaan oleh kerajaan dulu atau lani. Minta gerai utk niaga tak dapat, bantuan jpm dihentikan, zakat pun tak terima. Katanya penghulu tak boleh diharap... pemimpin pulak berpuak2 dulu dan sekarang. Rasa macam nak call Ketua Menteri PP nak mengadu hal. Jadi masalah mereka ditinggal dengan membeli 10 keping popia goreng.. ngam2 RM10 dgn cendol. Dari situ mulala perjalanan pusing2 pulau Penang.. singgah Petronas solat zohor-asar...sambung perjalanan dari balik pulau ke Teluk Kumbar...ke Bayan Lepas. Banyak perubahan pada jalan raya dilakukan sampai pokok pala dan cengkih dah tak nampak dari jalan raya. Kalau dulu boleh juga berhenti di tepi jalan untuk tengok, sentuh, petik daun dan buah pala tapi lani tak tau mana pergi semuanya. Perjalanan pun makin dekat . Dari Bayan Lepas terus ke Paya Terubung... keluar ke Air itam. Singgah maybank keluarkan duit.. masalah pulak. 3 mesin tak berfungsi... dah tu bila dah berbaris di mesin yang ok.. kad pulak problem. Habis pulak masa mengadap pegawai bank mengadu hal.. 2 kali keyin data tapi duit tak dpt2. Nasib baik blum ditolak dari akaun... penyelesaiannya dirubberkan je cip kad tu... dah ok. Terus pergi sekali lagi ke Bukit Bendera. Dpt kautim dengan apek jaga kereta... parking pun dpt cepat sikit. Dia nasihatkan letak ditempat yang disyorkan.. selamat katanya. Bayar parking fee RM4 utk hari ni..Esok bayar lain pulak... tak la mahal sgt...MPPP punya pekerja. Tawakal saja le tinggal kereta di bawah sbb cadang nak bermalam kat atas bukit bendera. Dah agak petang tak panjang sgt berbaris nak ambil tiket. Kos tiket sekepala RM30 untuk warga asing dan RM8 untuk orang Malaysia.... kanak2 dan warga emas lebih 55 thn..RM4 je... jumlah RM28 je utk 4 orang. Keretapi pun dah baru... laju. Tak ada tukar2 train dah..terus ke puncak bukit. Sampai je terus cari hotel. Nasib baik ada bilik kosong. Ambil family room RM240.00 .. kalau standard RM180 sebilik 2 orang. Dah tu masa dah pukul 5.. dah tak ada jualan makanan lagi. Terpaksa pula book makanan kat restaurant hotel ni.. sbelum 8 mlm...sbb lepas 8 mlm semua staf dah turun dengan last train pukul 8 mlm. Order dulu nasi goreng 3 pinggan, bihun goreng 1 pinggan, coklat 1 gelas, milo satu gelas dan teh o limau 2 cawan. Sementara tu jln2 dulu sebab baru 5.45 ptg. Tengok burung2 dalam sangkar kat taman halianya... tengok masjid yang tak besar2 mcm dulu juga Cuma tambahan kelilingnya saja berbanding kuil India sebelah nya.. semakin besar dan makan tempat yang luas... nasibla kan. Tengok pulak sesi bergambar dgn ular.. org2 lain la.... sampai hampr 7 mlm balik ke hotel untuk dinner sambil lihat permandangan scenery Penang waktu mlm. Selesai makan bayaran RM58 sensen + servis caj 10% dan govt tax 5%. Makan pun kena bayar cukai.. ada patut ka? Ni dah malam bukan boleh ke mana2 atas bukit ni. Memerap dalam bilik je le. TV pun tak ada... Anak bini pun dah tidur awal.. sblum 10 mlm ... sejuk walau tak ada air cond. Sambil tu tgh layan net pakai broadband je walaupun ada wifi kat sini tapi kena masuk bilik khas pulak tapi tu la merah je... dan asyik disconnect sendiri. Dari pukul 8 tadi layan MLM 8 sampai lani baru dpt tengok pi mai dan saehu pun tak habis.... dah 11 lebih ni.. nak lelapkan mata la pulak.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment