Thursday, December 8, 2011

Dis 8

Khamis - hari ni baru nak ke Johor... jap lagi pukul 9 -10 kot. Baru lps Subuh..semuanya sudah..tgh semak2 berita.SU masjid tgh sibuk nak minta tandatangan,minta buat surat...ada orang nak sponsor baiki masjid katanya RM50K...check darah pagi ni masih 7.7 je...tapi semalam tak pulak minum monavie... ni packing belum lagi ni..come what may!!! Bergerak dari rumah 9 lebih. Ikut highway sampai exit Air Itam.. ambl minyak kat pertronas langsung solat jamak. Dari situ merentas barat ke timur ke Mersing – 120km. Sampai Pekan Mersing... singgah kat pantai sekejap. Scene yang luar agak luar biasa ... kiri jalan pantai, kanan jalan sekolah, hospital dan bangunan2 kedai.. dekat dengan pekan la katakan. Pekan rojak dan ub goreng..murah juga 5 keping RM1.00. Dari pekan Mersing nak cari tempat khemah la kononnya... lalut sampai ke Pantai Air Papan... nape nama Air Papan..tak ada yang tahu..tanya bebudak sekolah kat sini la.. orang tua belum tanya lagi. Pusing2 cari chalet... chalet banyak juga kat pantai ni.. projek industry pelancungan mcm honestay... ada juga yang mcm hotel. Ada sewa RM100 tanpa aircond, RM140 berair cond, ada yang RM150- RM170 – rata2 boleh muat 4-5 orang. Akhirnya ternampak satu yang Cuma RM50-RM80(aircond) ada laman boleh pasang khemah. Sesuai sangat. Jadi settle kat sini. Ianya rumah yang dibahagikan 3 – ada bilik n blk air 1 – katil utk 4 orang – ok la sorang RM20 je. Lepas mghrib keluar cari makan... ni yang payah sikit. Baru 8 mlm dah tak ada jualan... nasib baik ada satu gerai baru nak buka katanya...bolehla tahan makan nasi / mee yang dimasak panas... 2 pinggan nasi goreng, 1 mee hailam,1 mee bandung – air susu halia, limau, baru RM17.00. Lepas makan balik ke bilik...nak tengo tv channel 1 2 je..tak clear pulak tu... check broadband dpt tapi tak boleh akses net... tak dapat la nak update blog terus... habisnya tidur je 10.30 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment