Monday, December 12, 2011

Dis 12

Isnin - melaporkan dari Straitsview Lodge, Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka.Dari bilik lodge ni boradbank lancar... mula2 hijau tetiba merah.. kira ok la boleh akses. Lepas ni nak berkhemah pulak kat tepi pantai lokasi yang sama...come what may!!!Lepak dari pukul 10 pagi sampai petang. bakar ikan fresh dari laut... nelayan dikenali semalam dah jadi sahabat.. sekali lagi dibawa ke laut untuk angkat jaring tapi malang hanya dapat pedukang sekor dan apa tah sekor. Lepas tu dilepaskan semula jaring. Balik ke pantai (pondok persingahan nelayan).. pasang api nak bakar ikan. Dia supply lagi ikan cencaru dan jenahak yang dibawa naik oleh nelayan lain. Dalam pada tu 2 ekor siput besar belum diusik.. apa nak dibuat.. katanya kena rebus sampai isi siput tu keluar sendiri baru dipotong2 dan masak sambal. Untuk malan tengahari siap dibawa nasi lemak dari rumah. Jadi makan nasi lemak ikan bakar cicah kicap bawang/cili api. Lepas makan sekali lagi lepak2 lagi, sembang2 sambil baring atas hemock...terlelap la juga sekejap. Lewat petang ke rumah sahabat baru ni jumpa isteri dia dan pinjam kuali.. nak buat apa? Kali ni nak try pulak buat cucur udang jeragau. Hidupkan api semua dah lewat petang.... siap untuk dimakan dah masul maghrib. Solat kat pondok je.. ambil wuduk dgn air laut..saja je nak praktik apa yang dipelajaru.. ok juga tak ada lekit2 ka apa.Lepas makan ke masjid mandi dan baju... balik ke pondok. Relaks sampai 10 lebih.Dah tu sbb dah buat janji siang tadi minta diurut badan ni, sahabat kita pun mula mengurut sampai 11 mlm. Tidur pun atas hemock saja.....dan terlelaplah mata ntah pukul brapa.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment