Sunday, November 11, 2012

Hari ke 3

Ahad, 11.11.12- hari masih cerah. Katanya nak bubar parlimen hari ni.. tak jadi juga kot. Cucu2 buah dari Jelapang nak mandi laut. Nak bawa ke satu kampung melayu tepi pantai pasirnya putih di Teluk Kumbar.. tapi tersalah masuk jalan baru terus sampai Bayan Bayu. Nak pusing balik bukan main susah... tak ada langsung kawasan U turn... babas sampai kat QueensBay.  Singgah kat tepi pantai... tapi sayang tak sesuai untuk mandi manda..tak ada orang pun nak mandi kat situ.. laut kotor sgt. 2 perkara ni nak bagitau KM Lim Guan Eng... kena buat sesuatu untuk kembalilah kesegaran / keserian pantai Batu Maung. Penuh dgn sampah sarap mcm tak ada sapa nak uruskan.. MPPP buat apa? Buat dono kot. Akhirnya balik ke rumah tumpangan... nak siap2 nak ke rumah kenduri di rumah pengantin lelaki pulak..di Bayan Baru ni juga. Rombongan nak bergerak 2 ptg... lama lagi masa nak siap2.. tu yang sempat masuk kat sini ni. Nasib baik cuaca baik.. smua berjalan lancar. Selesai acara balik salin pakaian... lepas tu ziarah sedara mara kat Kaunter hall pulak sampai lewat petang.. terus ke rumah kakak di Kelawai. Berkumpul sedara2 yang ada kecuali abang yang berada di Beijing. Ada beberapa keputusan dibuat berkaitan isu2 melibatkan keluarga. Balik dah hampir 12 mlm...esok citer lain.
Isnin, 12.11.12 - keluar 7.30 pagi terus ke Bukit Bendera... nasib baik awal..orang tak ramai lagi. Senang ambil tiket..senang naik train. Kakak sulong dpt jumpa kawan lama kat atas sana... tercapai hajat. Ada satu yang pelik di medan selera kat atas bukit bendera ni. Kawasan makan tak sama dengn kawasan minuman. makan kat atas, minum beli kat bawah. Jadi isu dan persoalan pelbagai pihak. Buat aduan online ke MPPP... terserah nak layan ke tidak. Turun lepas 12 tgh terus ke tepi pantai di Batu Feringgi.. dpt le cucu sedara tunai hajat nak mandi laut. Dari situ nak balik ikut pusing pulau.... sampai lewat petang... lepas jam 4 ptg bertolak balik ke KKB..singgah lagi kat rumah kakak di Sg Pinang Btu uban (rumah pengantin).dpt raja kayu 1 kaki pjg. Sampai KKB dekat 10 mlm... selesai pusingan 1.
Selasa, 13.11.12 - ke Bukit mahkota pulak ..majlis perkahwinan anak sedara kl belah lelaki. Baru nak selesai makan, Ustaz Kampuchea call dah sampai kat KL. Bergerak bersama anak 2 ambil ustaz di PuduRaya... ke kramat ziarah biras yang stroke - hantar semula ke PuduRaya.. terus ke Bangi. Ada urusan nak selesai dgn anak menantu. Berangkat pulang sebelum maghrib.. sampai rumah jam 9 lebih.
Rabu, 14.11.12 - selesakan urusan - anak 2 nak masuk UTM - matikan stem, sign surat jaminan; jemput ustaz di stesen bas KKB- bawa jumpa Cikgu Soin. Hantar semula Ustaz nak balik ke Klang... singgah check kereta. Sampai rumah sbelum 4 ptg... siapkan dokumen mesy PASCAP mlm nanti. Mesy tak lama pun..10.30 dah selesai... dpt balik dan masuk tidur awal... esok bermula pusingan ke 2.. ke Kelantan.

No comments:

Post a Comment