Wednesday, November 21, 2012

Kembara siri 3 - Acheh

Rabu, 21.11.12 - bergerak ke LCCT dari Bangi jam 7.30 dgn ongumah, anak 1 & menantu & cucu (3bulan).Sampai semalam dari  KKB naik komuter... dari 6 ptg sampai UKM 8.30 mlm. Anak 3 hantar ke LCCT ...Sampai hampir 9 pagi.. terus checkin bagasi. Sementara tunggu nak terbang singgah kedai minum kat LCCT - secawan kopi o -rm9.90 .. minta air panas free minum kopi senyum. Flight 10.35.. pukul 10 dah naik pesawat. Landing kat LT Anatarabangsa Sultan Iskandar Muda kul 11 pagi... penerbangan ambil masa 1 jam 20 minit!!! Dari   situ ke Hotel 61 Banda Acheh naik teksi 70K rupiah. Bilik 105 -taak ada almari, tak ada cerek, tak ada kopi teh cuma ada tv & astro tak lengkap... banding bilik ekskutif -semua ada. Cari makan restoran  sebelah hotel - makan nasi 2 pinggan, 1 sekor, nangka lemak tulang seketul (liat pulak tu), mee udang acheh 1 pinggan - 35k rupiah. Rehat sekejap... lepas zohor-asar - merayap dgn ongumah jln2 pekan... kedai baiki motor banyak sekali, kedai telpon pun banyak... blum  jumpa kedai kain. Singgah kedai lagi makan mee udang acheh (kedai lain pulak). Last2 masuk bilik je... sampai maghrib (jam 5.55ptg). Keluar lagi utk cari makan... ke restoran mie raazali lagi sekali... pekena mertabak (selapis roti canai disalut penuh telur).. anak menantu makan mee ketam (2 ekor dibubuhnya). On the way balik hotel ternampak penjual kebab... disediakan kerusi sandar & meja tepi jalan raya.. try kebab ikan (rupa2nya ikan sadin). Masuk bilik seblum 10 mlm Acheh (11mlm Msia).
22.11.2, Khamis - baru lepas sarapan ..bihun tak brapa nak sedap, roti bakar & bubur kacng. Hari ni anak menantu daftar diri kat conference di UniSyiah... kena jaga cucu sampai petang gamaknya.
Jumaat,23.11.12 - hari menantu bentang kerjaskerja di Unisyiah... hari kedua jaga cucu.Lepas  sarapan(pekena nasi lauk ikan tuna masak kicap, sayur campur & bilis tempe kacang sambal - sedap juga kat lidahni).. bawa cucu jln2 cari koran - ada yg jual makanan - kuih granit (cucoq kodok pisang), biskut  tawar salut telur (dipotong 3 segi) selain tauhu sumbat (tak brapa sedap) & rempeyek (pun tak brapa sedap). Depa balik awal hari ii seblum 11 pagi... tgh tunggu masuk waktu ... baru nak keluar mkn tengah hari sambil tonton FOX movie.
Sabtu,23.11.12 - Lepas sarapan - pekena mee goreng &roti bakar - itu je menu harian kat hotel ni.. ada group tour - bas disediakan oleh unisyiah. Melawat tempat2 dilanda tsunami, - tapak kapal penajana letrik di pelabuhan hanyu ketengah  kampung... dah jadi tmpt lawatan pelancung - lps tu Muzium Tsunami - makan tghari di Pusat Pengumpulan masa tsunami nanti - solat di masjid ar-rahman tgh kotaacheh (bukan masjid yang tidak roboh masa tsunami - itu masjid ar-rahim. Lepas tu ingatkan dah nak balik - lawat pulak rumah org jadi kilang buat kopi. Balik ke hotel dah hampir 4 ptg.... santai2dlm biliksementara nak keluar lagi cari makan. Lepas maghrib cari makan- pusing2 kat situ juga. Sambil jln2 cari souvenir... bertemu pembeca - smlm jaga parkir speda- dibawa putar2 (pusing2 maknanya longkang)bandar acheh. Ramai betul penduduk bersantai mlm libur ni.. penuh dgn motor.. pasti lokasi berhimpun golongan marhean... ada mcm pasar malam jual mcm2 -pasti murah punya. Masuk ke bilik semula jam 9 lebih.. siap packing sebelum tidur. Esok flightkul 11.30 pagi.
Ahad,24.11.12 - hari akhir di Acheh. Flight 11.30 pagi... janji nak bergerak ke airport 9.00 pagi.. pihak unisyiah nak hantar.. tunggu unya tunggu punya tunggu.. sampai kenderaan dibawa 3 dara thailand dulu.. kena tunggu kereta lain. Janji 9.30 sampai 10.0 lebih baru nak bertolak ke airport. Nasib baik sempat nak check in...pesawat pun tak sampai lagi. Alhamdulillah semua lancar. Berlepas pun selamat... mendarat pun selamat.. selamat sampai LCCT 2 ptg. Singgah di Bangi dulu solat... ambil kopi senyum.. naik komuter dah 5 lebih. Sempat la maghrib di stesen komuter Rawang.. sbelum train bergerak 9 mlm.. sampai rumah seblum 10 mlm.. layan tengok tv sat sambil tersenguk2.. masuk tidur dah 12 lebihnya.

No comments:

Post a Comment