Saturday, November 10, 2012

Kembara Nov 2012 bermula

Jumaat, 9.11.12 - bermula kembara untuk tahun ini. Bertolak dari rumah 2.00 ptg menuju terus ke Penang. Sampai selepas azan maghrib di Sg Nibung, Bayan Baru rumah kakak yang akan melangsungkan pernikahan anak pada esok hari. Tunggu untuk makan malam selepas isyak (tuan rumah le... kami musafir jamak je). Semabang.. pastu bergerak ke rumah tumpangan (rumah orang ditumpangkan - serupa homestay kot)..dah 11 lebih.
Sabtu, 10.11.12 - bergerak dari rumah tumpangan jam 9 pagi kembali ke rumah kenduri. Sarapan bihun goreng.. tak lama lepas tu kumpulan marhanab sampai. Join sekali marahan tapi tak la baca rawi.. takut lagu lari... tapi nampak gayanya tak le brapa pro sgt... lagu mcm tak menjadi. Selesai marhaban tgh pekena kuih muih pula... rombongan pengantin lelaki pun sampai. Dah ipar minta jadi saksi nikah. Sebelum kadi nikah sampai.. diminta jadi jurucakap untuk sebelah pengantin pompuan pulak dah.. hemtan saja la... Nikah pun selesai dengan lancarnya... pekena nasi minyak pula. Sembang2 sampai kul 3 balik ke rumah tumpangan.... Mlm ni ada mkn ikan bakar.. tapi sbelum tu ziarah jiran2 lama kat Kg Baru. Pak Dewa (kawan mcm keluarga) baru kematian isteri... kena ziarah tu. Bergerak pun dah 4 lebih... selesai kat sana dah 6 lebih.. hujan pula mula turun. Balik ke rumah tumpangan.... lalu depan rumah pengantin.. api belum bernyala pun... kalau tunggu mau sampai 9 lebih baru nak mula bakar membakar. Balik dulu la .. lepas maghrib-isyak baru ke rumah pengantin semula. Memang iapun.. hujan baru berhenti..api baru tgh nak dihidupkan. Pekan ikan siakap..ikan meraha..share2 la 4-5 orang..tapi ikan pari habis sendiri. Kat situ sampai 10 lebih.. sampai rumah tumpangan 11 lebih..dah tak larat terus hit the sack. Hingga esok pagi...

No comments:

Post a Comment