Friday, November 16, 2012

Kembara siri 2 - Kelantan

Khamis, 14.11.12 - bertolak dari rumah jam 9 pagi... melalui Simpang Pulai - Gua Musang ke Kota Bharu. Serik dah nak lalu ikut jalan ni.. mungkin dekat tapi keadaan jalan bergerigi... rasa macam nak rosak kereta dibuatnya... rasa longgar habis skrew2 yang ada...rasa mcm nak tertanggal tayar. Sampai di rumah tumpangan Hasly kat PCB dah lepas waktu isyak. Keluar cari makan kat tepi pantai sambil survey tempat penginapan lain - di PCB Resort. Balik tidur hampir 12mlm.
Jumaat, 15.11.12 - tinggal ongumah & anak2 kat Hasly.. ke Lapangan Terbang ambil Cikgu Sukor sebelum ke PUTIK. Sampai dah hampir 8.30 ..katanya majlis mula 8.30 pagi..sampai tak sempat nak sarapan dulu... rupa2nya tunggu VIP sampai 9 lebih baru mula. Selesai sesi pertama balik ke rumah tumpangan... lepas zohor-asar keluar semula untuk sesi 2 sambil ongumah & anak2 siaraaya kat gerai2 yang ada. Sesi tamat 6 ptg... terus ke Wakaf Cek Yeh sampai 10 lebih...masuk tidur lepas 11.30 mlm... esok sehari lagi di Kota Bharu.
Sabtu,16.11.12 - bertolak ke PUTIK lepas sarapan di gerai.. pekenan nasi kerabu. Anak 4 hantar.. ngam2 sampai muktaar baru nak mula... jam 12 nak check out -- pindah ke Resort PCB. Hari ni selesai sampai 6 ptg. Pusing2 cari pantai Sabak.. yg dulu katanya dah ditenggelami air... tinggal kawasan yg sempit  kat hujung kampung. Sambil2  tu singgah2 beli makanan makan dlm keta. Balik resort... mandi manda... keluar makan betul2 punya tepi pantai PCB... sampai 11 mlm masuk tidur.
Ahad, 17.11.12 - hari akhir...dihantar juga sbb ptg ni nak shopping2 kat putik. Muktamar selesai 1 lebih.. pusing2 dpt beli jubah sehelai RM50.00 & kopiah RM10.00 sementara tunggu ongumah & anak2 dtg... pastu cari gerai makan... pekena laksa. & ayam percik...serempak dgn Sulaiman... dia belanja makan. Lepas tu terus balik resort... lepas maghrib keluar cari makan kat Kota Bharu. Ntah mcm mana jumpa medan selera KB... mcm2 ada dijual. Balik ke resort masuk tidur awal..esok nak bergerak pulang.
Isnin, 18.11.12 - bergerak dari resort lepas sarapan 9 lebih... kali ni nak balik ikut Grik. Nampak pulak laluan ke Rantau Panjang.... ke sana la pulak.. tengok2 je tak beli apa2. Singgah makan kat Gerik- gerai tepi jalan - singgah kat Banding - Tasik Temenggor.  akhirnya sampai KK dah 7 mlm... masuk highway... sampai rumah 10 mlm. Selesai kembara 2.

No comments:

Post a Comment