Monday, December 7, 2009
8 Disember
Hari Isnin..bersantai-santai. Tak ada apa yang nak digesa. Dalam jam 10 pagi ke sekolah..tak sampai 1 jam Sdr Vincent dari Genting ajak minum kat kedai. Dia menunggu anaknya ambil ujian untuk masuk ke MRSM. Lepak kat kedai kek makan laksi...sedar-sedar dah pukul 12.00tgh. Balik ke sekolah sempat juga siapkan list peralatan ICT sekolah (complete set - bestari, ppsmi, am) dan siapkan KEWPA untuk harta modal 2009. Ingatkan dah settle, rupa-rupanya ada 2 lagi - ICT dan KDP belum masuk kira. Tak kisah la esok-esok (maknanya lain kali). Rasa macam nak siapkan tapi dah jam 3.30 ptg...solat belum....makan dah 5 jam lalu. Kat rumah lepas asar ke kebun la pulak...exercise. Malam pun tak ada program khusus....jadi santai-santai je.
Sunday, December 6, 2009
6 Disember
Ahad yang memenatkan. Seawal pagi bangun pukul 6.15 pagi pun dah terasa tak cukup tidur. Semalam tidur jam 12.30 tg malam sebab apa lagi ...nonton tv le. Lepas subuh sempat lelapkan mata sekejap (deakt 1 jam lebih) bangun dah siap nak ke KL...Kg Baru. Tugasan hari ni mengemas rumah lama peninggalan orang tua ponnu cek yang didiaami oleh saudara terdekat tapi dah lama tak dikemas. Sampai dalam jam 11.30 pagi terus mula kerja..salin tikar getah, angkat alih ubah posisi perabot dan bersihkan kotoran pada dinding dan habuk yang bertahun-tahun bertempek kat situ. Berhenti makan tgh hari dah pukul 2.30 ptg...sambung lagi sampai maghrib....kira selesai semasa azan magrib. Bertolak balik ke KKB dari jam 8.30 singgah kat TESCO Selayang...sampai rumah jam 11.30 malam. Penat betul ni..tapi dek kerana dah biasa...kena update blog ni dulu sebelum boleh TIDUR.....
Saturday, December 5, 2009
5 Dis
Pagi ni buat updating awal sikit...tapi ntah kenapa ada error message setiap kali buka blog page...tapi tekan F5 dia ok la. Kat GPBNSDE dah update ucapan untuk Thurai. Nak pergi jauh sangat. Minggu depan kat Sepang pula tapi malam. Alamat tak dapat sertai le...rasa gembira dari jauh je le. Hari ni program sendiri pun banyak juga. Nak pi Proton City....nak pi kebun...tapi belah petang sikit. Pagi ni rasa macam nak pi kebun sebelah rumah tu...rasa je. Akhirnya ke kebun juga dari 9 pagi sampai 1.00 tgh. Kemas-kemas, bakar sampah sarap, kupas kelapa, minum air kelapa, bakar ubi kayu...habis masa 4 jam. Lepas zohor kebun lagi satu...ambil rambutan dan cempedak. Singgah kat Proton City ambil tikar getah kat apartment ponnu cek (beli atas nama sendiri...saja je nak ambil kemudahan pinjaman beli rumah - bagi sewa timbul masalah - kini kosong. Balik dah maghrib...sampai sekarang masih netting....sebelum masuk tidur.
Friday, December 4, 2009
4 Disember
Hari ini subjek PSV2 - 3 jam. Macam biasa calon kat pusat yang dijaga pelbagai kerenah. Ada yang datang lewat....bawa pencil sahaja. Kertas soalan yang dibagi lebih awal tak dibaca pun. Tak buat persediaan la tu. Ada juga yang baru nak tengok soalan...nasib baik dibawa. Pagi pula hujan sampai habis waktu pep. Ada juga 3-4 orang calon sampai saat akhir masih mewarna..tebal pulak tu. Alamatnya tak kering le untuk dibungkus. Tapi ketua ni lain sikit...nak bungkus juga...dialas kertas je...nasib le masa buka nanti melekat-lekat le kertas lukisan tu. Tengahari dah ada kat rumah. Lepas solat jumaat ke sekolah sekejap selesaikan urusan nak buat bendera sekolah dan kulit buku pengruusan. Settle tinggal nak touchup je. Malam ni rasanya free kot...macam biasa la netting je.
Thursday, December 3, 2009
3 Disember
Pagi ni tak kemana....housekeeping NB baru...transfer semua doc dari NB lama ke NB baru...selesai dalam 4 jam. Lepas makan tgh...pelik rasanya...minggu ni patutnya kena pi hospital buat checkup...minggu ni la banyak pula makannya. Makin berselara makan...sebenarnya perut rasa makin lapar tak tentu hala. Lepas zohor baru temankan ponnu cek ke sekolah...hari ni bebudak semalam tu ambil kertas geog. Dalam pada itu pemasangan PC baru untuk asrama oleh syarikat pembekal selesai jam 4.00 ptg. Dalam pada itu Pengetua minta buat draf BENDERA SEKOLAH...ya bendera sekolah yang dah lama tak ada ..tak la lama sangat dalam 20 tahun tak ada bendera. Ada satu helai tahun 70an ...dijumpai tahun lepas 2008 dah hilang tahun 2009. Jadi selaras dengan perubahan yang nak dibuat tahun 2010 - VISI baru, MISI baru, PIAGAM baru, semuanya nak baru belaka ...jadi bendera sekolah pun nak baru. Semalam pun permintaan buat kulit buku perancangan strategik pun tak dapat lagi. Baru sempat buat kemas data sikit, dah time balik. Malam ni baru dapat selesaikan dua-dua kerja sekali harung. Lepas ni nak tengok CHUCK...pastu TIDUR! Esok ada jaga SPM lagi...PSV kertas 2. So..DA DA untuk hari ini.
Wednesday, December 2, 2009
Dis 2
Pagi tadi sampai petang SPM kertas Sains 1 & 2 (pagi) dan PSV 1 (ptg). Kedua-dua sesi calon berlumba-lumba nak keluar awal...dulu masa kami ambil periksa berlumba-lumba nak minta kertas tambahan...tapi budak sekarang lain pot. Tak kisah la....lulus ke tak lulus zaman sekarang bukan kisah sangat kot. Ramai juga lulusan U yang tak ada kerja...dah tu camne? Balik petang tadi terus tangkap leleh sampai 6ptg. Lepas Isyak ni ponnu cek ajak teman pi asrama..ada diskusi dengan anak didik dia..esok paper Geografi manusia. Last tip untuk depa gamaknya. Dari pemerhatian cek, tak semua bagi tumpuan (13 semuanya - 4-5 je yang nampak serius bagi perhatian. Ada yang nampak macam tak suka je...ada yang mcm tak kisah). Biasa le kan ...bukan atas kemahuan sendiri mana nak bagi komitmen. Petang tadi juga dapat berita dari PPD Sabak Bernam..kursus bina blog akan diadakan di Purnama Beach Pangkor 9-11 Disember. Yang tinggalkan pesan namanya Farihan...ingatkan macam Farihan KISAS...so hantar le SMs tanya kabar. Bila dia call balik rupanya pompuan...ada juga ye Farihan (L) dan (P). Lain kali kena tengok nama penuh bin ke binti. Biasala Nurizan pun ada bin dan binti....Nooraini pun gitu...dulu kat sekolah ni laki bini nama Nooraini. Tapi yang laki dah meninggalkan ..accident...vespa dia langgar lori masa balik dari Shah Alam ke KKB. Bininya dah kahwin semula..dengan x-boyfriend kat kampung asalnya...yang bujang terlajak dengar khabarnya. Tak kisah le asalkan bahagia. Ni sampai pukul berapa nak duduk kat sini tak tau le lagi...cek tak kisah janji boleh netting. ..pakai broadband..NB baru...saja je nak cuba try test. ....Cau Cin Cau.!!!
Tuesday, December 1, 2009
Disember already
Dah masuk bulan Disember..akhir bulan tahun 2009. Rasanya tak banyak perubahan yang berlaku...ya la dari segi kekayaan. Tapi apapun alhamdullillah tak la seteruk mana sangat. Tahun 2010 nanti tak tau le pulak....dengan ekonomi yang tak menentu....gaji pun pun kena tempiasnya. Anyway kena usaha cara lain juga untuk perbaiki diri. Kena libatkan dalam bisnes yang tak pakai modal besar....ada ka? Hari ni pun ke sekolah juga buat kerja yang tak berbayar. Tapi rezeki datang dalam bentuk lain la pulak kan. Tak sakit demam sampai perlu bayar jumpa doktor, kereta tak meragam sampai kena bayar pada mekanik. Hutang piutang pun sikit-sikit boleh dibayar, bil-bil pun semua dapat dibereskan, tak la sampai nak kena potong semuanya. Kira boleh bertahan la lagi. Tapikan....tak lama macam ni...hujung minggu ni nak ke KL- minyak kereta kena isi mau habis RM80.00 (pakai kad kredit je - bayar RM4.00 sebulan). Minggu depan pulak ponnu cek dah ajak pi D'Muara Sg Hj Dorani. Kena spare juga duitnya belanja makan minum. Akhir-akhir bulan ni nak siapkan peralatan anak sekolah, bayar yuran kolej dll. Tak pa kad kredit ada....kad plastik yang selama ni jadi penyelamat. Itulah putaran ekonomi persendirian cek....keluar pagi balik petang...dapat gaji bayar hutang. Itulah seronoknya kehidupan...dulu, kini dan selamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

