Monday, March 8, 2010
Mac 8
Isnin - Log in kehadiran jam 7.20 ..terus ke makmal bestar...siap sedia on PC untuk taklimat pengurusan SAP kepada guru tingkatan...10 orang tak datang. Bab ni yang boring..kena ulang tayang...kalau depa sanggup mai jumpa ana. Yang lain tu nampak macam faham. Selesai sesi tu...duduk dalam bilik nak settlekan kerja-kerja yang tak pernah habis. Tengah buat satu kerja terserempak dengan kerja lagi satu yang juga perlu diselesaikan sebab kalau tak selesaikan kerja yang kedua tak selesai juga kerja yang pertama...dan seterusnya. Bila dah sampai waktu nak balik, kerja siap ke tak siap...tinggalkan je. Balik lewat pun bukan dapat apa...kerja boleh sambung esok. Kalau siapkan semua tak ada kerja pula esok!!!. Ingatkan paling lewat pukul 2.15 dah boleh bergerak balik, ongumah pula ada temujanji dengan student..katanya 15 minit..tunggu punya tunggu, habis baca 5 muka surat Readers Digest, tak keluar juga. Tunggu sampai pukul 3 - bergerak ke pasar cari sayur sikit, dan beli roti...baru sampai pasar, ongumha telpon dah siap nak balik...giliran dia la pula tunggu. Dalam 3.30 ada kat BSN pulak..anak kat Serdang nak guna duit...buat transfer..sampai rumah pukul 4.00. Solat...tengok Siong...hujan turun kat luar...masuk net jap...malam macam biasa...lepak depan tv...So You Say You Can Dance...jam 11.00 ..TIDUR.
Sunday, March 7, 2010
Mac 7
Ahad - Le Tour d Langkawi - last stop di KKB hari ini. Kawasan pekan pasti dah ditutup sesak sbb kena tutup jalan..habis tu nak buat apa...gi kebun la. Dapat juga hasil sikit - belimbing buluh ada, jambu air ada, raut dauh kelapa dapat penyapu 1 ikat, kelapa muda pun ada. Masuk jam 11..makam tengahari...sampai petang tengok tv sambil-sambil pantau net. Pukul 5.30 ke rumah Termizi ...ada bbq ..dia masuk rumah baru..landscape dia buat sendiri. Malam ..menghadap Raja Lawak final ,,walaupun MAMU dah out minggu lepas. Mata pun dah letih semacam...TIDUR je.
Saturday, March 6, 2010
Mac 6
Jumaat 5 Mac- Sekali lagi dek kesibukan keterlaluan sampai terlupa nak masuk ke sini. Bukannya ...tengah tumpu pada menghasilkan bahan untuk persembahan pagi Sabtu ni. Maklumat baru diterima...nak siapkan ppt...dah tu data tak lengkap..kena cari dan siapkan data sikit..dari awal pagi sampai waktu balik...buku rekod mengajar untuk minggu ni pun dibuat masa dekat nak balik..nasib baik masuk waktu zohor 1 lebih...kira sempatla selesaikan semuanya. Lepas jumaat sambung lagi sikit ..malam pula tumpu kat bahan penulisan...tengok tv ..tidur.
Sabtu - Pagi ni ada Mesyuarat Agung PIBG....bergerak dari rumah jam 7.45 ...dah ramai yang ada di sana. Kecoh sikit bila dah lebih jam 8 sepatutnya dah mula multimedia presentation tapi guru yang mengurusnya tersadai kat Kerling dek hujan lebat. Mau tak mau ana yang kena handle - apa orang kata - the show must go on.
Tak kisah sebab nak buat live pun tak boleh sebab tak ada capaian yang bagus kat dalam dewan tu (buat kat Dewan Hj Mansor, Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia, KKB). Besar, sejuk dan selesa tapi tapi ada capaian. Bila dah mula sesi..dah selesai ppt ucapan pengetua baru guru berkenaan sampai. Ana serahkan kepada dia lepas tu sbb ana boleh ambil gambar semasa mesyuarat - sampai selesai. Pukul 1.30 dah ada di rumah - terus buat kerja update blog dan post gambar kat http://gpbbea5061.fotopages.com (tengok la ye) sampai malam. Rehat sambil tengok cerekarama dan tidur.
Sabtu - Pagi ni ada Mesyuarat Agung PIBG....bergerak dari rumah jam 7.45 ...dah ramai yang ada di sana. Kecoh sikit bila dah lebih jam 8 sepatutnya dah mula multimedia presentation tapi guru yang mengurusnya tersadai kat Kerling dek hujan lebat. Mau tak mau ana yang kena handle - apa orang kata - the show must go on.
Thursday, March 4, 2010
Mac 4
Khamis - Pagi ni ras tak puas tidur...sebab? semalam balik pukul 11.30 mlm. Usrah?..lebih pada mesyuarat untuk adakan aktiviti zon....oleh JKKK. Mak ai....dah nak dilantik jadi SU JKKK Ampang Pecah...maka sibuk lagi menyibuklah jadinya. APa pun hari ini terperap kat bilik yang dah tak sejuk sejak bulan 6 tahun lepas. Sempat buat semakan dan update beberapa perkara tentang profil staf. Kebetulan ada staf (kaunselor) baru sampai - daftar dalam SPS & SMSSekolah...ternampak pula STS ..close semua report sebelum ni...buat report susulan dan baru. Buat semua-semuanya sampai wakti masuk kelas..1.10-1.50. Habis kelas terus balik rumah. Ingat nak baring2 tapi tak rasa mengantuk pula...goreng telur makan dengan roti (itulah lunch ana), masuk kain dalam mesin, angkat kain tersidai semalam, sidai kain baru, bersihkan bilik, kemaskan wiring telepon....dah nak masuk asar pulak. Update kat sini...jap lagi tengok SIONG...sambil boleh lelap sikit2 kot...sampai malam.
Wednesday, March 3, 2010
Mac 3
Rabu - Hari ini lagi sekali ada program di awal pagi. Program sambutan MaulidurRasul...bersekali dengan penerapan nilai murni (bukan Islam). Kali ni sebab urusan lain nak dibuat, serahkan bab ambil gambar kepada ahli briged. Ana tumpukan pada kerja-kerja kemas bilik untuk simpan barangan yang diterima semalam dengan bantuan ahli briged juga. Alang-alang dah buat kerja kemas mengemas, terus kemas stor bestari yang selama ni penuh dengan kotak-kotak. Selesai satu bab. Lepas ni dah boleh panggil pegawai pelupusan mai tengok. Elok selesai kerja...rehat 1/2 jam....minum, makan biskut...masuk kelas la pulak sampai 12.30. Lepas tu baru nak attend kepada email dari RA...time untuk balik. Pukul 2.30 dah ada kat rumah...sidai kain yang tersadai sejak semalam......terus menghadap NB ni...buat sikit lagi bahan untuk Sabtu ni,,,,pukul 5.00 petang hujan pun turun dengan lebatnya. Malam ni ad program lagi... usrah dan kenduri isteri sahabat baru lepas bersara jad Pengetua. Pukul berapa nak habis ntah le...tidur lambat skit la malam ni gamaknya.
Tuesday, March 2, 2010
Mac 2
Selasa - Mak AI...hari ni pun tak sangka sibuk semacam. Sampai je kat sekolah...pukul 8 dah ada meeting dengan pengetua..bincang pasal printer dan PC bilik guru. Dalam pada tu dapat tugasan sediakan bahan multimedia untuk mesyuarat agung pibg Sabtu ni. Lepas print kehadiran untuk minggu lepas dan semalam...mula cari bahan untuk ubahsuai movie yang sedia ada. Mengambil masa juga mencari 2-3 gambar orang penting yang selama ni tak dititikberatkan semasa dia ada seperti YDP PIBG tahun 2008...rupa-rupanya tak banyak gambar dia diambil...cari punya cari dapat juga satu..tapi habis 1 jam kat situ je....tetiba dah waktu untuk ke sesi taklimat peperiksaan....rupa2nya ada taklimat mesy agung pibg dulu...dll..dalam pada tu ada lori hanatar barang untuk ganti sistem rangkaian ...dari MOE. Surverynya buat bulan 6 tahun lalu..barang baru sampai hari ...bukan sikit..berkotak-kotak...berpalang-palang..ada almari lagi. Dah nak cari tempat letak sebelum teknician syarikat datang..ntah bila pulak tu. Dah le tak makan tengahari...berkejar sana sini...India hantar barang tu nak cari pasal pulak. Lepas diturunkan barang, kita baru nak kenal pasti di mana nak letak barang...dia tak mahu tolong angkat lepas diturunkan dari lori. Kena sembur sedas baru nak tunjuk baik. Terkejut juga sapa yang tak pernha tengok ana naik hangin. Selesai semuanya dah 3.30 ptg. Balik lepas zohor..masuk asar...dah menghadap NB ni. Nak kena siapkan 2-3 lagi movie sebelum buat presentation semasa ucapan pengetua sabtu nanti. Sampai ke malam la buat kerja ni.....
Monday, March 1, 2010
Mac 1
Isnin - Hari pertama bulan ketiga..sudah mulai sibuk. Awal pagi ada perhimpunan khas...kaunselor sekolah bersara. Biasa le....ambil gambar peristiwa dari mula sampai akhir. Lepas tu buat kerja kat dalam bilik....sambil GITN check router yang dikatakan rosak. Minggu lepas dah ada teknician datang..tukar router...dijangkakan rosak..tapi masalah masih ujud. Kali ni yang pakar datang..sekali tengok dia tau router memang rosak tapi bukan seperti yang dijangkan...rupa2nya salah label. HQ kata A...jadi dia check dan tukar yang A ...sebenarnya yang rosaknya B...B ni dalam rekod HQ ialah A. Faham ?? Tak faham tak pe...bukan masalah negara pun. Lepas tu sempat buat tuntutan ke BTP minggu lepas....dah sampai waktu balik. Pukul 3 kena pi Rest House KKB ada majlis lagi untuk yang bersara. Dari awal dah dibagitau makanannya chicken chop...dari awal ana tak bayar untuk makan-makan. Ke sana untuk ambil gambar dan raikan kawan-kawan. Selesai kat situ 5.30....teringat tak update blog ni. Nasib baik anak dah kena ban bukan internet....Mak dia yang bankan sbb minggu depan dah ada ujian bulanan. Dan rasanya sampai malam tak buat kerja lain selain menghadap TV.
Subscribe to:
Posts (Atom)

