Wednesday, April 7, 2010

Apr 7

Rabu - Asalnya petang ni tak ada rancangan apa-apa...ada urusan dengan Ustaz Kassim ..hal UPK. Tup-tup semalam pengetua call minta attend meeting kat PPD jam 2.30 ptg pasal Anugerah Sekolah Amanah bawah Khazanah...ntah le butiran belum ada. Jadi seperti biasa hari ni Rabu kelas ada 3 waktu....sempat settle seperkara dua sebelum masuk kelas. Keluar kelas sempat minum sekejap....sebelum masuk kelas semula. Lepas kelas kedua 12.30 terus balik. Sempat jumpa pembekal buku program UPK. Balik lepas zohor..ke PPD. Hasilnya...kena siapkan butiran ..siap hari Isnin nak hantar. Nasib baik dah ada draft borang anugerah sekolah kluster..edit yang tu je le. Selesai pukul 4.30..tunggu ambil anak kat sekolah habis koku..ke rumah ustaz Kassim ...ambil duit program. Sampai rumah dekat jam 6.00. Sempat lagi tengok-tengok hal JKKK sampai 10.00. Masuk tidur 10.30...kononnya ada hajat tapi tak tau le.

Tuesday, April 6, 2010

Apr 6

Selasa - Pagi ni ke SMSM Batang Kali....buat live Kejohanan Bolasepak MSSM Daerah Hulu Selanogr....boleh tengok kat www.smkkkb.blogspot.com atau www.mdkhs.blogspot.com Sampai sana 830 pagi tak ada pun pegawai yang patut sampai awal. Biasa le janji Melayu. By 9...registeration bermula...game mula jam 9.30. Line tak berapa cantik..interuption..live tak dapat nak buat sangat. Pukul 10..ana bergerak balik..singgah kedai spare part beli oil filter. On the way ada sorang hamba Allah minta tumpang...singgah minum kat pelasari...cerita punya cerita..kes dia macam Sarin...kerja ikut suka..gaji kena potong,,,pension tak dapat....kena buang kerja..tapi katanya tak ada surat hitam putih. Ana janji nak tolong dia dapatkan hak dia balik. Tengoklah macam mana..kalau dia betul2 nak ...dia bagi fail surat2 yang ada pada dia..boleh juga nak proceed. Sampai kat sekolah dah 12.00....tak banyak nak dibuat.....rehat makan2 sikit lagi..tapi tak berat sgt la sebab tadi dah pekena 2 bungkus nasi lemak (tak lemak pun). Pukul 2.30 dah balik. Lepas Asar ke kebun ..bakar sampah sarap....tak sampai 2 jam..hujan turun lebat pula tu. Malam ni tumpu pada satu lagi bahan untuk 10hb....sekitar PMR,SPM,STPM. Dari jam 8.30 ..sampai 11.mlm dah selesai. Boleh masuk TIDUR.

Monday, April 5, 2010

Apr 5

Isnin -hah tu dia...dalam senang lenang ..hari ni pack dengan event. Awal pagi tengah buat kerja rutin, ada call minta masuk taklimat untuk aktiviti hari Sabtu....tugas bahagian multimedia...dan tambah satu lagi buat business ambil ambil pos-pos istimewa. Lepas tu sambung pulak ..kena lagi ...esok sampi khamis ada kejohanan bolasepak mssm daerah. Selama ni bab-bab bola sepak ni ana tak terliabt...sekali deme nak buat live hari perasmian dan penutup. Ana tak kisah...tapi sikit sebanyak jejaskan kerja-kerja yang perlu dibereskan. Lepas tu pula...kena ambil gambar team pemulihan BM yang dibentuk untuk bantu murid yang masih tak tahu membaca---selepas 6 tahun di sekolah rendah. Apa la yang cikgu budak2 ni buat selama 6 tahun..tak kesan dan ambil tindakan ka? ITULAH PERSOALAN? Dah tu time dah lebih jam 9..nak ke 10..ada yang kat pejabat jemput jamu selera..laksa ada, karipap ada, cendol ada, cucur badak ada. Sesuai sangat la ..sebab memang time makan berat. Dalam pada tu deme kat pejabat nak jual suratkhabar lama. Ana tolong callkan je lori yang selalu ..dah biasa dengan ana. Bila lori sampai..ana lepaskan kepada deme...itu urusan deme..duit masuk tabung deme buat beli barang-barang makan kat pejabat. Waktu tu dah dekat pukul 12 lebih...siapkan print bahan sikit..terus pi solat zohor...hari ni balik lambat sikit...ikut perancangan ada perjumpaan dengan bebudak Briged. Sementara tunggu 2.30 ptg..sempat daftar bebudak tu kat thinkquest.org Bila tiba time yang dijanjikan 3 orang je yang datang. Dah kali kedua....depa masih tak faham kehendak ana ni. Tapi ana tak kisah. Selesai dengan deme pukul 3.30 ana pun balik. Lepas azar menghadap nb buat movie staf untuk 10hb nanti sampai 10.30. Tunggu nak siap rendering je ni.....lepas ni nak masuk TIDUR.

Sunday, April 4, 2010

Apr 4

Ahad - tak ada pula kenduri kendara hari ini. Bila ada kenduri bertindih-tindih...macam Sabtu ni ..ada kenduri kahwin, ada kenduri tunang.Pagi ni pun mood elok..cuaca pun hening ...matahari tak naik tegak lagi...so sesuai la nak ke kebun. Rasa macam tak nak lama sangat..sekadar 2 jam cukup la ...lepas tu masuk sarapan. Sebelum keluar minum nestum chokelat je..sebab diiringi dengan 2 biji maajun. Sejak makan maajun tu, rasa cucuk2 dalam badan pun dah kurang...sakit pinggang lepas makan 4 biji dah tak terasa dah. Jadikan amalan makan 2 biji awal pagi dan sebelum tidur...untuk kesegaran. Tidur pun nyenyak. Lepas 2 jam baru boleh makan berat sikit dan diiringi 2 biji ubat hospital. So kat kebun buat kerja cangkul mencangkul rumput....dan meraut daun kelapa...bila hujan mulai renyai ...terasa titisan hujan je..tapi tak hujan pun...ana pun masuk. Air pula tak ada...ada kebocoran paip di taman sebelah. Makan nasi lemak...dekat jam 11 pagi...perfect timing...lunch sekali macam semalam. Lepas tu keluar ke pekan cari surat khabar sambil tu ingat nak pergi tengok tempat yang dilaporkan ada pokok besar nak di potong kat Kampung Kelapa..aduan ke JKKK. Cari lot 64 tak jumpa..kena rujuk kepada pelapor semula. Balik dari pekan, ronda kawasan Alor Lempah....kawasan perkelahan yang tidak diurus sejak sekian lama. Niat di hati nak cadangkan proposal paper agar dijadikan kawasan yang lebih terurus oleh JKKK. Tu yang pi ambik gambar sepanjang jalan kawasan tu. Dah lama ana tak lalu kat situ ..lebih setahun dah. Sampai ada orang dirikan bengkel buat pintu besi pun ana tak tahu. Pokok-pokok yang ditanam oleh penduduk berhampiran pun dah besar2. Ada sekumpulan belia (budak sekolaa kot) duduk bawah pondok...sebelahnya ada kolam ikan keli yang mereka usahakan. Bagi ana bagus semangat macam tu. Tanah tak dibiar kosong begitu je. Dalam perjalanan balik, bersembang dengan jiran yang juga mengusahakan kawasan kecil tepi longkang besar taman, dia mengadu pasal lampu jalan tak ada kat kawasan tu. Bagus juga..dapat satu lagi aduan rakyat yang boleh diketengahkan. Masa tu baru hujan nak mula turun. Ana pun masuk ke rumah. Air pun dah ada...terus mandi untuk solat zohor. Petang sempat tidur sekejap sampai 5 lebih....go online sekarang ni...dah nak masuk Maghrib...menanti Isyak...tengok ABPBH..cukup time TIDUR.

Saturday, April 3, 2010

3 April

Sabtu - Kepuasan tak terhingga. Lepas Subuh....lepas mengaji...lepas wirid...kira-kira jam 7.15 selesai urusan bersama Allah...terus ke kebun sebelah rumah. Apa dapat hari ni? Tebas menebas, cakar mencakar...kait kelapa tua untuk diberi kepada orang sebelah rumah nak buat kenduri 10hb nanti...dapat 30 biji...kupas kelapa. Kait kelapa muda...habis ana selesai sebiji...dek dahaga dan lapar sebab sarapan pagi tak sampai-sampai. Kait lebih sikit...10 biji lagi buat jual depan rumah..sebiji RM2.00. Ada rezeki ada la ornag nak beli. Manala tau, kelapa muda kan penawar penyakiy H1N1. Sempat juga raut daun kelapa dapat segenggam lidi untuk buat penyapu. Masuk dekat jam 10.45..terus sarapan n lunch sekali ...makan jemput2 dan laksa. Lega rasanya...kepuasan tak terhingga. Tengah turunkan panas badan sebelum mandi dan zohor...sambil tu bleh browsing dulu. Jadinya sepanjang hari duduk di rumah je sebab kat pekan KKB pasti sibuk dengan pelbagai golongan opportunist membanjiri pekan menginringi PM -yang dibawa dari jauh dengan dekat untuk menunjukkan sokongan. Semuanya pura-pura belaka demi survival politik - dari ana tinjau dari jauh je. Sampai ke malam tak ada mood lagi nak fikir pasal kerja...biar anak je browse...ana tengok akademik fantasia...jap lagi dah nak tidur..10.30 kot nanti.

Friday, April 2, 2010

Apr 2

Jumaat -Penghulu segala hari....malam jumaat berlalu pergi tanpa aktiviti. Sepanang pagi sampai tengahari waktu balik, selesai sudah sebahagian lagi kerja yang tak sudah-sudah. Tak kasih la, itu dinamakan kerja. Apa yang menarik hari ini, waktu solat Jumaat. Sebab hari ni siap lebih awal daripada biasa, tergerak hari nak ke masjid besar (mesjid daerah la tu). Selalu ana ke mesjid di Darul Quran je. Parking pun special punya tempat...macam memang disediakan untuk ana je. Sampai tu tengah azan....ngam-ngam masa untuk dirikan solat sunat. Dalam pada tu terperasan orang sebelah lain macam warnanya...berseri-seri...berstokin. Rupanya Menteri Besar Selangor tengah solat sunat sebelah ana. Selesai solat sebagai orang kecil tak la ana hulurkan tangan untuk bersalaman, sebab ana dah selesai solat dulu...ana ingat dia nak berdoa ka apa dulu.....tapi rupanya sebagai orang besar dia pun tak hulurkan tangan kepada orang kecil macam ana ni. Lepas disedari Orang Besar Daerah, MB ada di barisan belakang, terus dijemput ke depan...sekali sebaris dengan Dr Hassan Ali. Dia naik jadi khatib...sentuh pasal AMANAH dan KEADILAN dalam pemerintahan. Sekila pandang ana tengok MB ni mcm orang sakit...pasti dia obese....sebab duduk antara 2 sujudnya, cara duduknya dan pergerakan lain nampak tak cergas. Dia perlu buat sesuatu sebelum diserang penyakit lain. Lepas solat Jumaat pun ana tak bangun untuk bersalaman dengan mereka berdua..ana duduk bersama 2 orang UMNO...sementara Dr Hassan Ali bersalam dengan jemaah lain yang masih duduk tapi tak sampai ke tempat kami...macam teragak-agak...akhirnya dia berbual dengan Nazri dan S/U masjid. Satu peristiwa yang tak ada makna apa-apa tapi memeri sedikit gambaran perwatakan mereka di mata ana. Petang ana tak ke mana...menghadap NB cari lagu gamelan untuk 10hb nanti. Puas download 4-5 tadi....rupanya dah ada CD lagi gamelan dalam simpanan. So update blog ini dan nak prepare pula untuk contest thinkquest. Lepas ni mata pun dah tak larat nak angkat..TIDUR je le!

Thursday, April 1, 2010

April 1

Khamis - April Fool Day.....don't play2...tumpuan hari ada pemantauan penggunaan ICT yang tengah heboh bak settle sebelum 9/4/10..tapi webnya payah nak masuk. Ana dah siapkan 3/4 drpny ..tapi tak tau la pulak diterima ke tidak. Pagi ni web BTP pun tak boleh nak masuk..GITN kata pasal DNS tak configure....dah berbulan-bulan tak ada masalah..hari ni pulak kata dns problem. Dalam pada itu selesaikan laporan kehadiran, RPH...minum sat....cari fail untuk bawa ke mesy petang. Dapat berita sorang guru kemalangan...bertiga gi tengok kat rumah nya...keretanya belah pintu yang rosak teruk..orangnya tak ada apa-apa ssangat...boleh bergerak, boleh bercerita,boleh bergurau.
Jam 12..balik rumah..siap nak ke mesy di PKG KKB jam 2.00 nanti. HAH...lani ni ada kat tempat bengkel le ni..Tak tau le boleh akses ke idak...sama je masalah....kekadang masuk..kekadang idak..sampai habis sesi. Tapi kira ok la dapatl ditunjukkan apa yang nak ditunjukkan.Tak ada makan minum..alasan tak sempat cari caterr lain sebab yang biasa cater pi umrah..blum balik. Balik 4.45 ptg. Dari petang sampai ke malam...cuba-cuba nak mulakan kertas kerja permohonan dari JKKK...sambil tengok Biggest Losers.....bawa ke CHUCK..bawa ke TIDUR.