Wednesday, April 14, 2010
Apr 14
Rabu -Awal pagi ke hospital untuk ambi darah...esok ada app jumpa doktor. Lepaskan ongumah dan anak di sekolah...buka makmal bestari sebab ada cikgu nak guna....terus ke hospital. Tak lama pun....ambil darah balik...tak sampai 8.30 pagi dah ada kat sekolah balik. Tak sempat nak buat apa-apa sangat dah kena masuk kelas sampai 10.30 .Hari ini tumpu pada kemaskini data peralatan ict...kena hantar ke ppd 16hb..Jumaat. Lepas sekolah jam 2.30 ada gotong royong...sebelum semua balik 5.00 ptg...selesai data kdp dan tmk. Balik ke rumah pun dah lewat petang...buat itu ini..masuk maghrib....masuk Isyak...baca berita online...10.30 masuk TIDUR.
Tuesday, April 13, 2010
Apr 13
Selasa - Terlambat bangun pagi ni...jam 6 baru tersedar...loceng alarm tak set semalam. Tapi masih dalam jangkamasa biasa...keluar dari rumah tetap sebelum 7 pagi. Ni pagi ni ada jemputan lagi ..Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Hulu Selangor...dapat lagi RM30.00...Noh Omar rasmikan. katanya rasmi mesyuarat tapi mesyuarat tak buat. UPKKKB dapat hadiah UPK Terbaik 2010...kena la ambil gambar untuk blog UPKKKB. Sampai kat sini tadi jam 8.30..daftar..minum 2 biji kuih (ambil 6 le free)..jam 9.30 ada perkongsian pengalaman perngusaha berjaya...Mohd Shahrul Daud orang Kedah. Berjaya jadi usahawan bermula dengan 10 ekor lembu daging...tambah lembu tenusu..buka kilang bahan tenusu...tanam nenas..berjaya betul dia. Perasmian bermula 10.30....lepas ucapan2...seronok juga dengar cerita Noh Omar..1 yang menarik perhatian...orang Melayu nak jadi usahawan pegang 3 T -tanam,tinggal,tuai - jadi yang senang usahakan jenis lumut, sarang burung dan ikan hiasan - semuanya ada pasaran baik. Lagi satu 3T yang ada pada orang lelaki -teringin tapi takut. Habis pukul 12.30..claim RM50...makan tengah hari..balik ke sekolah sebab 2.30 ada janji - operasi dengan Briged. Selesai semua jam 3.30 ptg...terus balik. Sampai ke malam kemaskini fail JKK...pukul 10.30 mlm masuk tidur...rasa macam nak dapat habuan lagi malam ni kot!!!
Monday, April 12, 2010
Apr 12
Isnin - Panas! Panas! Panas! Bukan cerita panas..tapi cuaca memang panas...kat luar confirm panas..ni kat dalam bilik server pun panas...air con dah 6 bulan tak dibaiki...sparepart dah tak ada nak dicari ganti. Hari ni tak buat kerja lain dah..dari awal pagi tumpu kat sediakan dokumen calon Sekolah Amanah....sampai siap print pukul5.45 ptg. Malam kat rumah draft permohonan JKKK pulak..dapat siapkan 3 permohonan. Esok dah boleh serahkan untuk tindakan pihak berkenaan. Leka sampai terlajak ..lepas 11.30 mlm baru tidur
Sunday, April 11, 2010
Apr 11
Ahad - Hari cuti bagi kebanyakan orang...tapi hari ni pun program bertindih. Orang sebelah tengah siap-siap nak walimatul-urus hari ini, ana ada urusan di Batang Kali....mesy agung kawasan hulu selangor. Pukul 8.15 keluar dari rumah...ongumah suruh hantar doc kepada pengetua kat rumah dia...cari punya cari tak kenal rumah mana...terus gi ke sekolah bagi kat jaga suruh serahkan kalau pengetua mai mesyuarat nanti....rupa2nya dia dah gi Shah Alam,..mesyuarat JK Alumni kat Shah Alam. Dekat 9 pagi sampai kat lokasi mesy. Belum mula pun lagi....jemputan 8.30 - 6.00 ptg. Dekat 10 pagi baru nak mula...Bab ni satu2nya yang ana tak berkenaan dengan geng ni..tak pandai uruskan masa....terleleh buat kerja. Kata nak berhenti jam 1....1.30 baru stop. Bagi masa makan tgh.- solat zohor- masuk balik 2.15 ptg. Ana tak kisah. Ana balik je rumah...pi rumah kenduri jengokkan muka..lepas solat..3 lebih ana gi balik ke tempat mesyuarat. Mesy tgh berjalan...ok la tu...jam 4.30 tepat Salahuddin Ayub sampai untuk ucapan penutup. Selesai jam 5.30 ptg. Balik ke rumah menghadap NB la pulak..nak siapkan bahan untuk sekolah amanah..esok nak completekan...sempat ka? Rasa letih sangat ni..mata nak lelap je.
Saturday, April 10, 2010
Apr 10
Sabtu - Fuh pasti penat hari ini. Ada program yang telah dirancang awal. Ada program yang terselit kemudian. Ada program tempias PRK P094. Pagi-pagi dah ke lokasi majlis anugerah kecemerlangan akademik..nasib baik kali ni dah ada ahli briged yang boleh diharapkan. Dia handle semua ...ana handle benda lain. Tamat kat situ 10.30pagi..jam 11..bergerak balik. Nak singgah ke tempat kenduri kahwin awal sangat..kebetulan ada Mini Maha kat kawasan lapang Pelasari dekat kawasan taman ana. Terus ke sana je...tapi orang tengah pasang-memasang lagi. Jualan pun dah ada juga. Spotlightnya malam ni..perasmian oleh Menteri Asas Tani. Ni rezeki tempias PRK....aktiviti diadakan tergesa-gesa gitu..tak ada tempat khusus...tempat ala kasar pun ok. Yang seronoknya nya untuk merasa tempias PRK, ahli PPK, LPK,UPK Hulu Selangor yang datang pada malam ni..dapat RM50.00. Lepas beli mangga dan karipap & pau sejuk..Ana pu rumah kenduri...
bekas sm3kbian...
dua-duanya. Lepas makan balik rehat sekejap...bukan rehat pun....edit gambar penerima hadiah sebab buat bisnes ambil gambar (untuk Briged Bestari juga). Tak sempat nak siap, dah dekat jam 2.30...bersiap pula ke mesyuarat UPK KKB. Yang ni memang dah lama dirancang...kena teruskan juga, Tahun ni tak la lelah sangat sebab presentation tak ada...tak payah sediakan dan pack peralatan. Mesyuarat pun berjalan lancar tapi habis pukul 5.30 ptg. Dapat elaun kehadiran RM30 dari LPK...dan RM25 dari UPK. Petang ni sempat update kat sini sebab jap lagi jam 8.00 nak pi tuntut RM50.00 kat MAHA.
Rezeki jangan ditolak...penumbuk jangan dicari! Dah tu petang2 tengah tunggu nak Maghrib, pengerusi JKK datang minta hadir kursusu SPIES anjuran SUK untuk JKKK Hulu Selangor. Ana janji boleh gi lepas gi MAHA dulu. Lepas solat maghrib ke MAHA dah dekat 8.30...kata menteri mai 8.30...mungkir janji juga. Nak buat apa lagi....round2 la tengok sekeliling. Siang tadi dah round tapi malam ni lain sikit. Ada kambing golek...free.
Ana rasa seketul je dagingnya sebab ramai beratur nak try. Jalan2 lagi sampai hujung khemah, ada hidangan nasi beriani free juga (semua ni tempias PRK).
Ana tak makan la nasi ..minum air je. Tunggu punya tunggu 9.30 baru mula...menteri sampai, ucapan....tak sempat dengar ucapan menteri ana belah ke Kem Bina Semangat. Sampai je giliran Azmin Ali berucap...sedap dan menyengat juga ucapan dia. Tak sampai 45 mini kemudian MB sampai....banyak berita terkini diberikan. Selesai kat situ 11 lebih..ana pun balik...tidur dekat jam 12.
Friday, April 9, 2010
Apr 9
Jumaat - Pasar malam lagi di KKB. Itu petang nanti. Pagi ni settle kerja dulu. Tolong orang tu, tolong orang ni....makan itu makan ini....kejar itu kejar ini...akhirnya kerja selesai juga. Urusan nak ke UNiRAZAK Rabu depan dah settle peringkat pengurusan awal. Pengurusan seterusnya dihandle guru ict. Masuk data SKPM online..settle..tak banyak yang nak dikeyin...cuma 1 mukasurat..tapi dek tak nak bertanya kepada yang uruskannya jadi keliru dan membebankan. Elok selesai siapkan RPH - Rancangan Pelajaran Harian - minggu depan? tak minggu ni punya..buat hari Jumaat. Balik ..lepas Jumaat kena gi sekolah balik...tengok tempat untuk esok ditangguh dari jam 3 ke 6 ptg. Sempat lagi 2 jam ubahsuai bahan. Keluar jam 5.30 ingat nak singgah pasar malam dulu sebelum ke Akademi Bomba..hujan turun lebat sekali...biasala 9hb..tulah sultan Selangor. Terus ke akademi..hujan masih lebat..orang2 kat situ yang hadir taklimat PRK pun tak dapat nak keluar. Jam 6 lebih redah masuk juga...test PA...dengan budak briged seorang. Jam 7 lebih balik baru singgah pasar malam - beli laksa minta 3 bungkus balik tengok 1 bungkus isinya bihun...laksa dah habis kot..tapi tak pulak orang tu tanya dulu boleh tak ganti dengan bihun..sorok2 dia isi belakang van..terus ikat dengan bungkusan laksa yang 2 lagi. Ana tak kisah...laksa ke bihun ke...ana nak kuahnya aje. Dah lepas makan tu kenyang la pulak. Nak tunggu Isyak...lepas ni rasa macam nak tidur awal.
Thursday, April 8, 2010
Apr 8
Khamis - Ceria sikit pagi ni....semua yang terkendung dah dilepaskan semalam. Menghadap kerja harian la pulak...kalau nak disusun menimbun kerja mendatang. Semua nak disiapkan dalam masa 3 hari ni ...esok kena submit SPKM...bahan untuk Sabtu tunggu dari orang lain..kalau tak sampai..tergendalan jadinya.Menjelang Isnin nak kena siapkan borang pencalonan Sekolah Amanah. Ni permintaan pihak BTP tak layan lagi, RA minta check SPS pun belum dapat tengok. Dari awal pagi settle hal Briged....dokumen kebenaran ibubapa untuk ahli brigedbertugas hari Sabtu - settle, borang tempahan gambar - settle, pagi ni PC login kehadira hang,,,,restart terus hdd kong...buat report - settle...esok teknisian HP akan call nak datang ke idak belum tau lagi. Pagi ni kena ambil gambar dua program berjalan serentak - Seminar BI PMR dan Taklimat rogol, cabul dan ganguan seksual untuk budak pompuan..disampaikan oleh mek2 polis. Habis masa kat situ 1 jam..balik ke bilik tengok sikit bab SPKM. Esok khabarnya nak isi online. Nak buka pagenya pun tak dapat2. Time masuk kelas la pulak..1.10 sampai 1.50. Lepas tu terus balik. Tumpu kepada kumpul bahan untuk Sekolah Amanah. Nasib baik banyak juga bahan yang ada dalam majalah sekolah. Scan je le..esok baru nak edit..kalau ada masa...kalau tak hari Ahad la kena buat sebab Isnin dah nak print dan hantar ke PPD. Draftnya pun kena tengok semula dan susun bagi kemas sikit. Sambil tengok CHUCK..sempat edit sikit bahan multimedia yang student buat...tambah subtitle sikit sebab narration tak brapa nak jelas. Dah dekat 10.30 ..rasanya kena masuk tidur...keletihan malam tadi pun tak hilang lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)

