Wednesday, August 11, 2010

ogos 11 -MARHABAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK


Rabu - hari pertama puasa. Rutin masih macam biasa setakat pagi ni. Ada kelas 11.50 nanti. Sementara tu cuba siapkan kerja-kerja yang mula menimbun - SSQS tutup 30 Ogos, tamabah pulak lagi penilaian SPS tutup 16 ogos... kalau sorang je tak pe la, ni melibatkan ramai guru.. isinya sorang la.. sbbb yg lain tak guna pun SPS. Maka berlalu la hari ni... sehingga pukul 2 ada mesyuarat JK Asrama.. habis 3.30 ptg. Hajat nak balik awal untuk baring2 sementara iftar tak kesampaian. Tok tek tok tek dah masuk asar... ke masjid ..tengok kerja masak bubur lambuk.. tengok je orang lain yang buat. Lepas solat, tadarus sekejap berempat je... bubur lambuk pun dah siap berbungkus. Bawa balik untuk berbuka.. ambil lebih sikit bagi jiran2. Dalam masa 45 minit selesai buat tuntutan JKKK.. mlm ni nak serah kepada Ameer (AJK) untuk serahkan kepada PLB. Kalau lulus ada le RM5K untuk JKKK. Satu lagi hajat tak kesampaian.. nak iftar di masjid tapi perut tak mengizinkan. Lepas berbuka dengan air dan kurma (buah kurma bukan lauk kurma tau!) .. ragam baisa datang semula. Apa dia? Biarlah rahsia.. tak elok nak cerita pun... melibatkan perut dan saluranya. Isyak di masjid... sekali lagi buat pengumuman sementelah jemaah sedang ramai. Tarawih buat lapan je.. kali ni ramai juga ikut buat solat sunat witir.. semalam sorang je ikut sbb makluman tak sampai. Lepas tu urusan dengan Ameer pasal tuntutan kerja letrik... nak gi balik ke masjid untuk tadarus pun rasa malas .. dah 10 mlm. Sempat siap surat penghargaan penyumbang dan baucer bayaran pembekal kerja letrik, siap draft tuntutan nak buat program jamuan hari raya. yang menunggu nak dibuat pun banyak lagi. Sikit2 le.. lama-lama tak habis2 juga. Masuk tidur seblum 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/
atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat
http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment