Friday, August 13, 2010

Ogos 13

Jumaat - pagi ni terlewat sikit je bangun.. biasa 5 pagi..hari ni 5.20 pagi.. sbb alarm pda ni silent mode. Nasib baik terjaga dek gegarannya. Dah tu hujan turun lebat pulak.. hujan rahmat pagi jumaat. Lepas sahur .. perut meragam lagi.. tak sempat subuh di masjid.. tapi sujud sajadah buat sendiri kat rumah. Yang pasti mata hari ni tak brapa nak sihat... mengantuk keterlaluan. Dalam blik air-con ni mmg sesuai untuk 'take a nap'. Tapi sekejap je... selesai kerja mana yang patut sebelum time balik. Lepas Jumaat ambil ongumah kat sekolah. Lepas asar di masjid..tadarus.. bawa balik bubur lambuk ..untuk jiran sebungkus (sebab sebungkus je yang tinggal) untuk sendiri masuk tipuware. Sementara tunggu berbuka buat kerja2 jkkk..surat kepada yb2 minta sumbangan. Elok masuk waktu berbuka.. berkejar ke stesen komuter ambil anak dari Serdang. Timing ok.. hari ini perut tak meragam.. dapat le ke mesjid awal mcm biasa..untuk tarawih. Malam ni ada task baru.. tak dpt terus tutup 8 rakaat.. kena jaga disilin bebudak. Malam ni tak ramai macam biasa sebab hujan agak lebat ... lepas selesai bebudak makan, baru sambung tutup 8 dan witir,, bersama SU. Tadarus sampai 11 mlm. Sambung kerja sikit lagi..sampai 12.30 mlm Nak masuk tidur pintu berkunci pulak...ikut sunah Nabi jangan ganggu orang tidur..makannya tidur kat luar je.. bukan luar rumah, luar bilik je.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/
atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat
http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment