Sunday, August 22, 2010

Ogos 22

Ahad - Hari ni tak banyak event - lepas subuh baring kejap..jam 9 ke pasar... balik pasar ke mesjid tengok kerja2 baiki speaker...sampai masuk Zohor.. lepas zOhor masih tengok2 lagi..balik salin untuk Asar... tadarus.. hari ni pun tak ada bubur lambuk..tukang masak tak sihat. Nasib baik ada bekalan semalam... berbuka dengan lambuk juga le. Malam ni nak imamkan solat tadarus sebab buat 8 je..lepas tu ada mesyuarat JK. Semua berjalan lancar.. solat selesai 9.40 mlm.. lepas moreh mesyuarat mula. Pada mulanya ok tapi bila pusing bagi peluang JK bercakap ada sorang ahli tak puas hati dengan pengurusan pembekalan moreh yang dikuasai Bendahari. Bila dirasakan isu dah nak settle, tetiba Bendahari naik hangin... ni kali pertama ana tengok orang yang dikatakan panas baran. Dia hilang pertimbangan dengan tetiba... menaikkan suara, menetup lantai, nak letak jawatan terus...dan cakap benda yang selama ni dirahsiakan (pasal anaknya). Akhirnya dapat dikawal oleh jk lain dan dia terus balik. Sebelum ni pun ramai juga yang dah kena penangan dia ni. Habisnya mesyuarat diteruskan tanpa banyak cerita lagi dan berakhir 11.10 mlm. Ana pun menapak balik dari masjid ke rumah... sampai 11.30 terus masuk tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment