Wednesday, August 4, 2010

Ogos 3 & 4

Selasa - Miss lagi satu hari... awal pagi dah keluar dari rumah menuju ke Damasara Heights... tumpang kereta Cikgu Ssemah. Untuk apa? Kursus pendek Intel Propject Based Learning. Keluar dari rumah 6.45 menuju ke toll Bukit Beruntung... sampai destinasi 8.30 pagi. Tempat agak susah nak masuk keluar..tight security... masuk tandas pun nak kena kad keluar masuk.. berkunci lagi. Kursus kat tingkat 14 ..semua belik bertutup rapat... surau kat tingkat 4 - tempat letak kereta..biasa la kat mana-mana shopping kompleks pun macam tu... ni pejabat swasta. Selesai kursus 5.00 ptg... sampai rumah 6.30 ptg. Tok tek tok tek..maghrib sampai Isyak... lepas isyak bincang sikit dengan Ameer pasal surat JKKK. Balik buat kerja mencetak..selesai 11.30 masuk tidur.

Rabu - Pagi ni dah kena pusing keliling sekolah .. nak cari guru untuk bawa pelajar tengok wayang Toy Story 3 Rabu depan. Terserempak dgn PAR.. hulur slip relif - 2 kelas 8.50 & 11.10 Lepas tu 11.50 ada kelas sendiri. Selesai semuanya. Jam 2 ada taklimat lagi kat bilik guru.. aktiviti tersusun hari sabtu nanti - perkhemahan RIMUP ada, Kem Rabbani ada, mesyuarat guru PPU ada, program motivasi pelajar Islam ada, motivasi pelajar bukan Islam ada, kabbadi pun ada. Jadinya hari Sabtu ni sekolah ganti cuti raya dipenuhi aktiviti... tak masuk kira yang akan ponteng nanti. Tu yang kat sekolah.. yang kat luar .. gotong royong kat masjid ada, kat surau ada, jemputan kenduri pun ada siang ada malam pun ada. Kira pack betul program. Pukul 3.30 baru bergerak balik ke rumah... menghadap kerja lagi ... ada pulak tetamu dari Jabatan Kesenian Negara - KeKWa - hantar notis Masjid Ampang Pecah dipilih bangunan warisan.... sampai terlajak asar pukul 6.. dah siap untuk maghrib pulak. Isyak kat masjid sebab ada perbincangan AJK pasal Sabtu ni punya program dan selit2 sikit hal lain. Dari situ dah pukul 10.. gi pulak kat balai raya ada usrah... balik 11.45 baru tidur.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau wwww.ads4buckspmalam.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment