Tuesday, August 24, 2010

Ogos 24

Selasa - Sebelum melangkah keluar dari rumah, dapat berita kenalan lama meninggal dunia. Kak Ani isteri Pak Ya satay, pernah berkerja di asrama SM3KB dari tahun 70an sampai 90an. Pindah ke sekolah lain dan menghidap penyakit kencing manis. Kononnya dah lama masuk wad. Tak sempat la pulak nak jengok ,, hantar wakil je atas nama JKKK. Hari ni pun berlalu seperti biasa..tak ada apa yang luar biasa. Sekolah dilepaskan lebih awal hari ni sebab ada majlis antara pengetua-guru - sesi perpisahan. Ana dah ada program lain kat luar, so skip je bab tu, Lepas solat tak sempat nak buat apa lagi dah bergerak ke Rumah Rehat KKB untuk sesi dialog Blueprint Perancangan Negeri Selangor 2011-2013. Selesai jam 6 petang tunggu waktu berbuka ,,, biasa je makananya.. korma, agar2, karipap, limau, nasi, ikan sardin masak cili, sayur kobis campur, kailan, kacang campur ayam dan tomyam. Tak le ana makan semuanya... ratah ikan & sayur je. Balik maghrib kat rumah.. ke masjid untuk tarawih.. mata memang dah letih sangat.. 4 hari dah tak dapat tidur petang.Tadarus pun semak bacaan bebudak ...pastu balik..masuk tidur 11 mlm.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment