Wednesday, March 14, 2012

Mac 14

Rabu - awal pagi tadi hujan lebat...sekarang dah terang. Dpt mesej mlm semalam pagi ni ada press conference di pekan kkb... ptg ni ada mesy jkkk.. come what may!!! Keluar dari rumah awal sikit seblum 10.30. Singgah ke sekolah.. saja je nak jengok ..ada pulak JKR dan kontaktor padang nak serah peralatan sukan.. ambil gambar nak masuk blog. Sebelum 11 hantar keta nak cuci radiator yang dah berkarat... rupa2nya ada kebocoran. Kena ganti la nampakje..melayang RM750 lagi. Sementara tu ke press conference PR buka sekatariat.. depan bengkel tu je. Selesai 11 .30... singgah pasar beli buah untuk ziarah us dlm ward. Tunggu SU & Bendahari masjid..ambil kat pasar untuk ke hospital pun 1/2 jam. Elokla juga ngam2 waktu melawat sampai baru lepas 12.30. Boleh terus masuk tak perlu tunggu2. Ada pulak 2-3 orang yang kenal kat dlm wad tu. Lepas ni kena buat rombongan melawat hospital program ziarah bulanan. Balik ke rumah hampir pukul 1 . Lepas makan, solat zohor dah 2.30. Berjalan ke balairaya untuk mesyuarat JKKK... mula pukul 3,30ptg. Pekena nasi impit kuah kacang & kuih (baru 2 jam lepas makan nasi)... naik ke gula dlm darah ni. Selesai mesy 5.30 ptg.... minta KK hantarkan ke pekan ambil trajet.. balik solat asar. Sementara masuk maghrib buat kerja fotostat dokumen...paper pulak asyik jem... terus tak mau roll.. baru lagi printer ni dah buat hal.Lepas maghrib...isyak di masjid. Lepas tu terus ke rumah naqib usrah mlm ni di Tmn Desa Rening. Tunggu dia selesai tahlil di Dg Setia..dah 10 lebih baru mula. Dah mula lewat habisnya lewat jugala.. hampir 12 tgh malam.. pekena nasi lemak 2 bungkus.. naik lagi gula dlm darah. Selesai semua 12.30 sampai rumah....terus masuk tidur.


No comments:

Post a Comment