Thursday, March 22, 2012

Mac 22

Khamis - dari Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Lepas Subuh sempat rehat sekejap je dah kena turun sarapan. Naik dah 8 lebih.. turun untuk slot pertama 8.30 pagi. Gina Lambert citer pasal status sekoah bestari. Sementara tunggu org2 YTL nak perkenalkan Virtual Learning Environment (VLE) yang dibekalkan oleh YTL ke sekolah... ada dibagi slot tanya masalah. Dari semalam dah tekad tak nak bangun bercakap tapi dah diprovok oleh yang lain2. Cakap la sikit sentuh pasal SPS, Bestarinet, jawatan GPB. Lepas minum pagi baru sesi kedua bermula sampai 12. Timbalan KP sampai.. sesi perasmian bengkel.. lepas tu sesi bergambar. Naik semula sambung lagi VLE sampai berhenti makan pukul 1. Lepas tu rehat.. solat zohor tak sempat nak lelapkan mata dah hampir .2.30 ptg. Sesi ke3 hands on VLE... timbul pula masalah YTL tak bagi cukup akaun untuk akses VLE. Kena bising sikit..adu itu ini baru dapat untuk 1 group 5 orang... puas hati. Ada yang minta urusakan kutipan kilat untuk arwah2 GPB yang dah meninggal dunia lebih dulu. Dpt la kolek 680 bagi 2. Nanti nak serahkan kepada pengganti mereka untuk diserahkan kepada keluarga masing2. Selesai sesi 4.30 ..minum2 dulu.. naik ke bilik. Nak asar.. nak makan malam..nak turun sesi malam pulak..come what may!!!Turun lepas solat isyak... slot pembetangan VLE. DApat selit masuk buat presentation..sbb ada yang terhegeh2... dpt tepukan lagi... cuma cakapkan apa yang dikuasai dengan tunjuk ajar 3 jam ptg tadi.. itu je. Naik bilik lepas minum2...hampir 11 mlm... tidur betul2 pukul 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

1 comment:

  1. jgn perasan kalau org bertepuk.Tak semestinya org suka...

    ReplyDelete