Friday, March 2, 2012

Mac 2

Jumaat - 2-3 hari ni hujan sebelah petang.. lebat pulak tu. Pagi ni harap cerah la. Jap lagi ada program HALUS - harapan lulus untuk SPM di blk mesy. Biasala urus lcd.. persembahan..ambil gambar. Tapi kaunselor pun dah boleh uruskan.. tak tau le pagi ni dia nak rajin ka tak. Selain tu nak siapkan surat permohonan bantuan.. petang ada mesy khairat...come what may!!! Awal pagi dah pasang apa yang patut... serah pada kaunselor je..ambil gambar 5-6 keping, masuk ke bilik...sambil2 masuk ke pantry minum..makan nasi lemak & bubur pulut hitam. Habiskan masa dlm bilik je tak keluar merayau2 walaupun dengar isu berbangkit melibatkan guru. Biar dulu nanti akan tau juga duduk citernya. Balik siap solat Jumaat di masjid Darul Quran. Ke sekolah ambik ongumah.. balik siap2 nak ke mesyuarat khairat. Nasib baik pukul 3.30 ptg..singgah sekolah jap ada pisang sedang digoreng. Ke rumah SU tempat mesy..mula 3.30 ptg sampai 5.30 ptg. Mesy pertama... semua dijemput.. pengerusi tetap & timbalan, juru odit pun sama... isu2 lama dibangkitkan untuk pengetahuan bersama. Balik lepas asar mula create akaun email khairat dan webpage.. www.khairatkkb.webs.com Lepas maghrib terus tunggu isyak. Lepas tu keluar ke masjid kKB ada mesy lagi.. isu perlantikan nazir masjid dan mesy PASKAW. Habisnya 1.30 pagi... sampai rumah tak ada nak buka pintu... ada yang tengok tv.. lampu menyala tapi tak respond pun bila gate besi ditutup, keta dicuit berkali... tidur dlm keta sampai 2 pagi...tetiba lampu luar rumah ditutup..tekan hon la jadinya baru pintu terbuka. Masuk tidur 2 lebih.

No comments:

Post a Comment