Monday, March 5, 2012

Mac 5

Isnin - seminggu sebelum cuti... minggu baru bulan Mac. Masa berlalu dengan pantas, kerja je yang tak pantas sangat... ataupun mungkin tanggung kerja banyak sangat... come what may!!! Ke perhimpuan dulu.. banyak gambar nak diambil. Dah habis ambil gambar 4 acara..baru nak melangkah naik anak tangga ke tempat duduk, lutut ni bunyi meletup.. sakit tak boleh pijak tumit kaki. Lepas perhimpunan masuk bilik ..ada relif 11.10 nanti.. kaki makin sakit. Tak boleh berjalan tanpa tongkat. Minta izin ke hospital .. tanya pakar untuk kepastian sbb banyak andaian dibuat. Keluar 10.30 pg.. ongumah hantarkan.. selesai 11 lebih. Diagnosisnya.. ligamen kat lutut ni koyak. Nanti pulih sendiri tapi makan masa - 1 tahun mungkin. Doc bagi ubat sapu, pain killer...suruh pakai knee guard. Kira tak lama la kat hospital kalau banding pi awai2... tunggu kad..tunggu doktor.. tunggu ubat.. ni settle dalam 30 min. Balik dari hosp.. telan pain killer sebiji ..1/2 jm lepas tu dah kurang sikit.. dah boleh pijak ..tak perlu tongkat sangat. Sampai balik duduk dlm bilik.. layan RL 6. Sampai rumah dekat 3 ptg.. lepas zohor lepak dpn tv... kepala masih ada pening2 2-3 hari.. suspek cermin mata puncanya. Terlelap sekejap... perut rasa lapar.. pekena nestum. Tetiba tv ditutup... malas nak buka semula.. masuk bilik baring atas katil bawah kipas. Terlena sampai hampir 6 ptg. Lepas asar, lepak2 lagi.. tak ada mood nak menghadap nb walaupun kerja banyak blum settle. Bawa ke malam..makan malam sebelum maghrib..tunggu hujung2 sbb nak elak ambil wuduk 2 kali.. sambung isyak...mandi manda.. telan ubat...masuk tidur 10.30 mlm.


No comments:

Post a Comment