Monday, August 13, 2012

ogos 13

Isnin - awai2 dah ke perhimpunan... tak sempat lagi nak buat kerja2 awal dlm bilik.. apa nak dikejar hari ni.. come what may!!!Lepas tu masuk bilik .. ada relif tapi gurunya dah balik dari cuti bersalin.. sampai waktu balik. Ada perjumpaan guru sekejap lepas waktu sekolah.. pasal nak mohon tak idak cuti tambahan dan ganti hari khamis ni. Ada yang setuju, ada tak setuju... keputusan tak cuti.. ada yang pecah hati. Sebelum tu dah solat zohor kat surau.. balik dptlah lena2 sampai 4 ptg. Keluar ambik anak 5 dari tusyen.. singgah klinik.. sempat jumpa ameer serah notis mesy.. hantar notis mesy kat tmn damai..seblum tu ambil kon tepi jalan dah lama terbiar kat situ... Lepas asar browse sikit berita online.. pesanan nasi arab pun sampai.. 10 bungkus@RM15.. 3 untuk rumah ..6 untuk masjid.1 spare. Berbuka kat masjid.. ngam2 ada 6 orang... kemudian baru sampai pakcik daud.. terpandang kat sorang ni yang tak pandai nak sorok benda sikit pada yang tak dpt. Bila dah bertanya apa benda dah masuk hajat kat situ.. tambah lagi terpacul cakap .. saya pun tak pernah makan nasi arab. Jadi yang spare tu memang rezeki pakcik Daud. 3 set kat rumah pun cukup utk 3 orang makan.. sendiri tak merasa pun tak kisah... ada rezeki rabu ni makan lagi nasi arab. Lepas berbuka tak sempat maghrib.. perut meragam.. terus balik kado hajat dulu. Lepas maghrib terus berkejar ke masjid... lepas isyak sebelum tarawh ada majlis serah sumbangan saguhati  imam,bilal,siak & ahli marhaban. Ada ustaz ysury jadi imam mlm ni. Walaupun tarawih start lambat, imam baca bukan surah lazim..tapi tamatnya tepat mcm hari2 biasa seblum 10 mlm.. Yang lambat sikit tu tahlil. Lepas tu pekena bihun singapura kot.. putih lesi tak ada isi..(telu goreng je sikit) tapi sedap juga.. lagi sedap kalau ada kicap cili api. Tadarus pun mula 10.30 lebih... ada ahli yang uzurkan diri... tamat 11 lebih. Sembang sekejap sebelum balik sampai rumah 11.45 masuk tidur. Dpt la minum kopi makan kek.

nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

No comments:

Post a Comment