Thursday, August 16, 2012

Ogos 16

Khamis - cuti ganti hari ni.. lepas subuh.. ngaji...wirid.. lelap..buka nb. . akses failed.. malas nak troubleshoot...mandi jam 9 lebih keluar ke pasar.. singgah dulu jumpa bendahari ambil buku akaun. Singgah bank... keluarkan duit.. tukar2 duit... baru ke pasar beli ikan. Singgah kedai... tup tup dah 11 lebih. Balik hantar barang teringat pulak nak buat tempahan ayam golek & sate untuk mlm raya di masjid sabtu ni. keluar semula... settle sudah. Dah masuk tengahari baru dpt masuk pakai broadband. Satu hal lagi bateri pulak kong.. tak mau charge.. patut la asyik mati sendiri je. Lepas zohor ni nak rehat jap... lepas asar nak pi berbuka di Hotel Holiday Villa Subang.. come what may!!!Sebelum tu lelapkan mata, pasang penyangkut baju yang beli 18 biji untuk sangkut koleksi topi sampai lepas 3 ptg baru nak baring. Terjaga menjelang masuk asar... lepas asar siap nak bergerak ke Subang Jaya- bersama ongumah, anak 3,4,5, peneusi jkkk dan ameer. Perjalanan ok ikut highway tapi sebaik keluar tol subang jem dah mula. Singgah petronas beli airdan kudapan buat spare... sampai di persimpangan USJ-Shah Alam, ambil flyover ke USJ - ada signboar kata ke Subang Jaya juga... akhirnya tersangkut kat situ sampai masuk waktu berbuka - berbekalkan air, biskut & kacang je. Masuk ke highway semula... keluar tol Subang semula. singgah petronas yang sama juga untuk solat maghrib. Bergerak semula kali ni ambil simpang ke Shah Alam dan sampai ke hotel tak sampai 20 minit.. trafik pun dah ok. Cari parking pula problem.. penuh sepenuhnya. Dapat masuk ke dewan makan 8 lebih... tgh makan azan isyak. Mcm2 ada untuk dimakan - tapi rasa sikti2 je - nasi briani sikit, nasi kerabu sikit, daging masak rendang hitam sikit, kambing panggang sikit, ketam 2 ketul, sayur sikit, sate sikit, juih sikt2, abc semangkok - kira ok la tak kenyang sgt pun. Lagipun tgh pakai bengkung sbb sakit belakang mencucuk2 sejak 2-3 hari lepas. Bergerak balik 9 lebih ikut jalan lama - masuk KL - nak tengok keadaan trafik - masih jem menghala ke jln kucing - masuk LDP pun keta penuh tapi trafik lancar. Akhirnya sampai rumah 11 lebih. Dalam penat2 tu buat tarawih 4 rakaat dulu dan masuk tidur.

nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

No comments:

Post a Comment