Tuesday, August 14, 2012

Ogos 14

Selasa - bangun 2.30 pagi.. qiam sendiri je sbb ustaz kat masjid dah tak ada uummmp... mula 2 pagi.. 2,40 selesai dgn doa... tak ada wirid2. tak ada nak titis air mata. Selesai qiam malam dah pukul 3.30 dpt idea nak settle isu cuti khamis.. hantar sms kepada su & naib pengerusi kestaf minta siapkan dokumen rayuan cuti khamis ni. Dari 4 pagi nak lelapkan mat pun tak berapa nak... sampai sahur jam 5 pagi. Subuh bersama oungumah & anak 2.. keluar ke sekolah seblum 7 pagi. Cuaca sejuk & suasana tenang.. awal pagi dah ke tapak perhimpunan. Sempat speedtest cable dpt 14/4.1M.. wifi page tak mau buka. Dari padang terus bersama pengetua buat penggambaran.. persediaan dokumentari untuk calon jusa C. Tu yang sempat selitkan cadang untuk lulus cuti khamis ni yang jadi isu petang semalam. Kena berhenti sbb bateri dah kong.. dah 9 pagi. Lepas ni.. come what may!!! Masuk kelas ... masuk bilik ... masuk kelas.. balik. Singgah bengkel tengok kereta merah dah siap ka belum... dah lepas 3 minggu janji nak cat baru lepas 1 tahun lebih tunggu baiki enjin. Cadang nak bawa keluar je.. tak payah nak tolong2 cat dah. Sekali tengok bahagian depan keta tu remuk.. cermin pecah bererai. Katanya kena langgar bas kat bengekl tu juga.. kecuaian pekerja dia. Terlupa pulak nak ambil gambar. Dia janji akan baiki semula semuanya... boleh ka percaya india punya cakap. Bukan sikit2 kalau nak baiki mcm asal. Dalam keadaan macam ni nak gaduh2 pun tak guna.. benda dah jadi.. tak tau la rezeki sapa.. nak dpt keta nampak baru atau melepas terus jadi besi buruk. Sampai rumah lepas zohor baru lelap mata sekejap anak 5 minta ambil kat asrama. Sambung relaks... ada orang hantar air biodisk (order lagi 25 botol). Baru lelap 30 minit ada org hantar bubur lambuk (dah pesan kat ahli masjid oku sorang ni... sekali pesan setiap hari dia hantar). Lepas asar.. mengaji.. wirid dah dekat nak masuk waktu berbuka. Siap2 ke masjid... anak 2 tak balik kerja ada ot.. pergi dgn trajet. lepas maghrib balik.. tarawih di rumah.. ke masjid smula seblum 10.30 mlm untuk tadarus (walaupun saguhati dah dpt - tak khatam pun) sampai 11 mlm. Sampai ke rumah dah 11.30 lebih.. siap2 masuk tidur je.

nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

No comments:

Post a Comment