Friday, August 24, 2012

ogos 24

Jumaat - dari Sastria Hotel Sungai Petani Kedah. Nasib baik ada wifi .. psd hotelsastria je. Baru lepas pekena roti canai kat gerai depan hotel... bekal 5 bungkus nasi lemak. Bilik hotel pun ok... ada pintu tengah.. ambil 2 bilik =RM190.80. Lepas ni nak ke Perlis... come what may!!! Bergerak lepas 9 pagi terus ke Kangar Perlis. Sampai dlm 12 lebih. Lepas check in kat Putera Puteri lodge.. sebuah rumah 3 bilik.. ada astro, air panas.. selesa la juga. Dah settle down sekejap, keluar cari makan.. ada 1 je gerai yang buka. Sambil tu kakak & anak cucu on the way. Tak tahu jalan.. kena pandu via telefon... dan berkumpul di gerai makan.. habis la makanan kat situ jadinya.. = RM60 je @20 orang makan. Lepas tu balik ke homestay. Ada juga masalah tak cukup bilik... disediakan satu lagi rumah 2 bilik. Dalam pada tu dah hampir 4 ptg.. hujan pulak turun lebat sekali. Berkumpul di rumah penanggah...dalam hujan... bergerak lepas 4.30 ptg.. lepas azan asar... hujan masih lebat.. sampai rumah pengantin 5 lebih.. hujan masih lebat. Timbul kecoh sikit sbb laluan sempit, hujang, tak cukup ruang. Selesai urusan dah hampir 7 mlm. Maghrib-Isyak dengan anak cucu.. siap ke rumah penanggah sekali lagi untuk makan malam. Dari situ ke Kuala Perlis.. ratah ikan bakar, kerang bakar (jadi arang), sotong salut tepung goreng = RM? tak tahu anak buah belanja. Balik sampai tempat menginap dah dekat 12 mlm... masuk tidur terus..keletihan & kekenyangan.

nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

No comments:

Post a Comment